Sunday, January 18, 2009

*
Aku sebenarnya tak la pandai sangat meng'edit' gambar. Tapi, bila tengok gambar-gambar anak jiran aku ni, terus aja aku dapat idea nak buat benda ni. Budak dua orang yang kat dalam gambar ni masih tak sekolah lagi, tapi sibuk-sibuk kat meja tu sementara menunggu abang mereka pulang.
*
Bila aku balik dari sekolah, masing-masing akan panggil aku. Dan ayat yang paling best dari mereka adalah:
*
"Kakak, ketik gambar kon"
*
Maksudnya: Kakak, amik gambar saya
*


Inilah tiga beradik yang menceriakan aku setiap hari. Sehari tak jumpa rindu...
*

Saturday, January 17, 2009

Masa Untuk Menghitamkan Kulit...

*
Oh, minggu kedua sekolah, mula la cikgu-cikgu dan anak-anak murid menghitamkan kulit. Yup, melalui aktiviti Merentas Desa. Masa aku sekolah dulu, trek lariannya tak adalah desa sangat. Kampung biasa aja. Kat sekolah ni aku tak tau la pula, sebab masa hari Merentas Desa aku bertugas di bahagian penerimaan kupon pelajar. Masa ni la budak-budak menunjukkan semangat kesukanan dengan mendapatkan mata untuk rumah masing-masing.
Sekitar hari Merentas Desa...
Guru-guru senior yang menjadi hakim
*
Lain dari tu, ada dua orang cikgu baru mendaftarkan diri di sekolah aku. One of them is an English teacher, and Gosh! he is actually my junior at STS. Such a small world. I'm sure after this he'll be bored because he has to serve at his hometown. However, I'm glad that he's coming. Know why? Because I can get rid of one of the classes that I teach this year. Nghahahahaha... I love it!
*

Sunday, January 11, 2009

First Week at School

*
Gosh, I'm sure everybody knows how busy school will be on the first week, when students came back to school. For Form 1 students, they will have to go through Orientation Week


Orientation Week

For other classes, they have to start learning. Weather they like it or not, hey, the first two period after assembly for Form 2E is my class. Ahahaha, anyway, I think they are a lot more better than last year Form 2 students. (ecah, don't be mad at me ok!)
*
(On the left, my Form 2E students, copying literature notes)
*
Oh ya, another thing, I've started giving tuition at a tuition centre which belong to my teacher. Those who came are smart students (I wonder why smart students still want to attened tuition)




(On the right, my tuition students)

*
Since the school is on, I'm back to work. I have to admit that I'm a little bit blured for the first few days because I'm now a form teacher. Phew, I'm just expect the unexpected. Ahahaha... This also means that I can't update my blog frequently, maybe just once a week (during weekend).
*
Till here, cherrio!
*

Saturday, January 03, 2009

Aku dan DATSUN

Ini kete Datsun. Model apa aku tak tau. Aku memang banyak tak tau pasal kete. In fact, apa beza Proton Saga dan Proton Iswara pun aku tak boleh cam (kalu kena wat kawad cam, musti aku fail)

Tapi, kete ni la yang aku bawak ari-ari gi skola. Bila di umum kan semua kete kat Mesia kena pasang tali-pinggang-keledar, aku jadi susah ati. Tapi ada skali aku nonton Buletin Utama dengan ayah (aku memang anak ayah), newscaster tu kata:
"kenderaan yang di daftarkan SEBELUM 1995 tidak akan di saman sekiranya tidak ada tali-pinggang-keledar"

Aku pandang ayah, dan tanya:
"kete ayah tu daftar taun brapa?"

Ayah aku gelak kuat2:
"taun 70-an"

Aku pun gelak kuat2 gak. Suka betul ati aku

Aku tau, time aku bawak kete ni ramai yang pandang semacam. Mesti diaorang kata dalam ati:
"apala budak kecik ni bawak kete buruk"

Helo, buruk2 pun kete gak. Dan setiap kali aku gi kedai photostat, pasti ada mamat2 student YPJ yang gi photostat sama gak. Dan mamat2 tu semua tengok aku semacam je. Apa kes? Sekali aku langgar motor kau dengan DATSUN nih, menangis sampai keluar bijik mata kau nanti!

Kadang2 aku wat lawak kat students aku. Aku ugut diaorang sikit2.
"hafal apa yang saya bagi kat awak tu. kang nanti time pekse tak tau nak jawap apa. at least kalau awak tulis apa yang saya bagi ni, saya bagi awak 2 markah. kalau nak markah lebih lagi, kena la stadi"

Mula la students aku mengomel ntahapapa. Aku pun cakap kat diaorang:
"ok, camni saya paksa semua hafal. next week waktu literature saya nak test sorang2. kalau ada sape2 yang tak hafal, saya langgar dengan DATSUN saya"

Pergh, bukan takut malah diaorang gelak dengan gumbiranya. Anak, anak...

Itulah secebis kisah aku dan DATSUN. Kerana sayangkan kete ni, aku telah membuat aksi stunt yang tak merbahaya dengan melanggar kete lain. Hasilnya? Kos untuk menegetuk kete ni cuma RM30 je. (lepas aku accident, aku tak trauma pun, tapi rasanya ayah aku yang lebih trauma. kete dia oi... tapi kos baik pulih aku yang tanggung...)
*

Thursday, January 01, 2009

Bom atau bumi?

*
Anda lancar membaca jawi? Sejak pemansuhan Jawi dari sistem persekolahan, ramai di antara kita yang tidak lagi lancar membaca apatah lagi menulis Jawi. Saya sendiri merangkak-rangkak kerana sudah lama tak membaca bahan-bahan bertulis Jawi.
*
Satu kenangan yang saya ingin kongsikan ialah ejaan Jawi lama. Kepada anak-anak Johor yang pernah bersekolah agama, pasti kenal dengan Kitab Mat’al Badrin. Dalam kitab ini ada macam-macam topik. Muamalat, munakahat, ibadat, jinayat (my fav)...
*
Apa yang istimewa menganai kitab ini, adalah sangat sukar untuk kita menemui tanda nokhtah (full stop). Oleh itu, sekiranya anda berjumpa dengan orang yang suka bercakap tanpa berhenti, anda bolehlah mengibaratkan orang tersebut seperti kitab tersebut.
*
Ejaan yang di gunakan dalam kitab ini adalah ejaan Jawi lama. Cuba anda eja perkataan ini:
*
Ba-wau-mim
*
Bom atau bumi? Pasti kelirukan? Sebenarnya cara membacanya bergantung pada konteks. Ia boleh jadi bom, boleh jadi bumi. Tapi kalau dah namanya kitab agama, tak kan la bom...
*
(baca: siapa yang nak diletupkan?)
*