Thursday, December 23, 2010

Disihir Bahasa

(gambar diambil dari Google Images)

Setiap teks atau karya yang saya baca, tidak dapat tidak meninggalkan sedikit kesan pada diri. Tetapi, ada beberapa teks yang cukup saya gemari kerana bahasanya. Saya tergoda, disihir bahasa.

Tidak tahu sudah berapa banyak kali saya ulang novel Lembing Awang Pulang ke Dayang. Novel cinta terbaik bagi saya kerana banyak pantun di dalamnya. Pantun kegemaran dalam novel ini adalah azimat saya sejak Tingkatan 3.

Nyiur gading tinggi mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang bercerai,
Belum dapat tidak berhenti.

Ketika di Tingkatan 5, saya terjumpa sebuah sajak yang saya tidak tahu pengarangnya, tetapi saya jatuh cinta tatkala membacanya buat kali pertama.

Belilah hati ini
Tambatkan pada tiang Arasy-Mu,
Landakan gelora
Kecamukan petaka dunia
Leburkan langit
Bungkuslah bumi
Namun tiada cinta di bumi
Setulus cinta Mu
Biar luka
Biar nestapa
Demi Engkau yang aku kenal
Tambatkanlah hati ini
Ikatkan dengan simpulan mati

Awal tahun ini, saya membeli novel Menara (Isa Kamari). Sekali lagi saya tersihir dengan bahasa (oh, rupanya saya belum habis baca lagi novel ini).

risik hujan
di dinding kaca
mengapa dingin
angin di kota
risik angin
di dinding jiwa
mengapa tertutup
jendela cinta

Dari novel 5 Menara yang saya baru khatamkan awal minggu ini, saya tertarik dengan syair Imam As Syafii yang telah diterjemahkan.

Orang pandai dan beradab tidak
akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan
merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapat pengganti
daripada kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa
sesudah lelah berjuang.
Syair ini seperti menyindir saya. Tetapi bukan kuasa saya menentukan di mana saya harus bertugas.
Sihir. Ia mengingatkan saya kepada sesuatu...

Tuesday, December 21, 2010

Azam Tahun Baru

Tajuk adalah sangat klise.

Hari ini 15 Muharam 1432H. Lebih kurang 10 hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi.

Saya kira hari ini hari terbaik.

Seorang kawan di laman Facebook saya bertanya, apakah azam tahun baru saya? Saya menjawab, 'mahu mencari calon suami bernama Azam'.

Okay, saya tipu.

Mencari calon suami dan berkahwin masih tidak ada dalam senarai semak hidup saya. Kalau ada pun, mungkin di tangga ke 15, mungkin juga tangga ke 20. Saya tak tahu (tak pernah senaraikan pun).

Tapi, saya tahu fokus hidup saya bagi tahun Hijrah dan Masihi ini. 3K yang menjadi fokus saya adalah:
Keluarga
Kerjaya
Kewangan

Lari dari topik sudah.

Kalau nak disenaraikan azam saya, mungkin terlampau banyak. Tetapi, mungkin dapat saya rangkumkan kepada dua perkara sahaja.
Fokus
Konsisten

Saya sangat mudah hilang tumpuan dengan perkara/ benda lain apabila saya stress. Harapnya apa yang saya rancang tahun depan akan menjadi kenyataan.

Kahwin? Nanti dulu...

Friday, December 17, 2010

Saya Sudah. Anda?

SMS ini saya terima dua hari lepas. Ya, ketika saya sedah memecahkan perut, memutuskan urat gelak dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. (Saya tak mahu ulas cerita ini sebab ramai sangat dah ulas. Ha ha.)

SMS yang diterima:
+6285250887461
Ini ayah tlong bgi credit mxis RM30 ke Nombo bru ayah
0128271042 Ayah lgi ada msalah kat blai Plice. Lepas credit masuk bru ayah
call.
Disebabkan saya sudah terbaca laporan akhbar dan status kawan dan kenalan di FB, maka saya tidak mempedulikan SMS ini.

Jika betul pun ini SMS yang dihantar oleh Ayah saya, maka ada beberapa unsur tidak logik di situ.
1. Saya tahu Ayah saya selamat di rumah. Sebab kalau nak ke mana sekalipun, Ayah akan beritahu kami (kami pun sama).
2. Nombor telefon Ayah sebenarnya didaftarkan atas nama saya. (Saya menang peraduan Cornetto Love Perhaps, dapat SIM kad Maxis). Apa kejadahnya Ayah nak guna nombor baru?
3. Ayah tak pernah tambah nilai kreditnya sendiri. Semua saya yang buat. Ayah pun tak tahu macam mana nak tambah nilai sendiri. (kalau saya bepergian, saya akan pastikan kredit Ayah cukup supaya dapat hubungi kami kalau berlaku kecemasan).
4. Nombor telefon tersebut sah-sah bukan nombor dari mana-mana operator telefon di Malaysia.

... dan yang paling tak logiknya adalah....
*
*
*
*
*
5. Ayah saya tak pandai taip dan hantar SMS! Ha ha. Nak buka peti masuk SMS pun dia malas. Nak masukkan nombor ke telefonnya pun saya yang buat. =D

Salah orang la nak menipu...

Thursday, December 16, 2010

Not A Loser

Sambungan dari entri lepas...

2010
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Okay, dapat juga. Ha ha. Tak ada tema? Tak kisahlah, janji dapat!

Resolusi 2011, pergi dating dua bulan sekali dengan tema yang pelbagai dan pemandu yang berbeza (sakit pinggang sebab memandu seharian semalam).

Tuesday, December 14, 2010

Loser

2008


2009

2010
*
*
*
*
*
Tak ada apa-apa? Cis, tak boleh jadi ni.

I need a vacation!!!