Sunday, July 01, 2012
Monday, June 18, 2012
GASAK- Lebih baik mati dengan prinsip daripada hidup macam pondan (sesi photoshoot)
Assalamualaikum. Hai semua, saya Arshad. hari ni saya ambil alih blog acik Ain. sekarang ni dia sibuk (malas). Sementara ummi saya ajar budak silat, saya tolong kemaskinikan blog acik Ain yang dah bersawang ni.
Saya anak pendekarlah. Awak ingat saya takut?
Tengok tu, acik Zaidie saya tengah ajar abang-abang saya cara-cara mengemaskan langkah.
Inila acik Ain. Ehem, dialah salah seorang penulis buku Gasak. Asyik duduk tepi aje acik Ain ni, nanti Arshad report kat acik Zaidie suruh dia ulang balik berlatih buah pukul.
Ini pula abang-abang silat dan acik Zaidie tengah dok promo buku acik Ain. (sebenarnya mereka semua tu kena paksa dengan acik Ain)
Dah, Arshad penat nak bercerita. Arshad pun nak baca juga buku Gasak ni!
Friday, June 08, 2012
Trivia Bulan Lima
Sebulan saya berusaha mencuba untuk bertemu dengannya. Saya beri masa sebulan kepada diri saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebulan. Payah.
Saya cuma dapat saya hubungi, cuma pembantu peribadinya. Saya hampir yakin, pembantu peribadinya sudah muak dengan panggilan telefon dari saya. Sebenarnya, saya ada nombor telefon tuan empunya badan, tetapi saya enggan menghubunginya melalui telefon. Entah kenapa, saya merasakan, selagi saya masih boleh menggunakan saluran formal, saya akan menggunakannya.
Ada cadangan dari rakan-rakan untuk bertemu dengannya di rumahnya. Malah, ada yang sanggup membawa saya ke sana. Tetapi sekali lagi saya tidak tergerak untuk bersetuju. Saluran formal seboleh mungkin.
Entah bagaimana, tuan empunya badan sendiri yang menemui saya. Masalah selesai. 'Kes' tutup. Tetapi rekod saya sudah buruk.
notakeyboard: Betul-betul genap sebulan masalah saya selesai. Syukur.
Saya cuma dapat saya hubungi, cuma pembantu peribadinya. Saya hampir yakin, pembantu peribadinya sudah muak dengan panggilan telefon dari saya. Sebenarnya, saya ada nombor telefon tuan empunya badan, tetapi saya enggan menghubunginya melalui telefon. Entah kenapa, saya merasakan, selagi saya masih boleh menggunakan saluran formal, saya akan menggunakannya.
Ada cadangan dari rakan-rakan untuk bertemu dengannya di rumahnya. Malah, ada yang sanggup membawa saya ke sana. Tetapi sekali lagi saya tidak tergerak untuk bersetuju. Saluran formal seboleh mungkin.
Entah bagaimana, tuan empunya badan sendiri yang menemui saya. Masalah selesai. 'Kes' tutup. Tetapi rekod saya sudah buruk.
notakeyboard: Betul-betul genap sebulan masalah saya selesai. Syukur.
Saturday, June 02, 2012
Kerana Pulut Santan Binasa
Ini cerita saya. Kisah saya.
Isu saya sejak bulan lepas. Kesinambungan dari entri ini.
Siapa pembawa cerita, saya
tidak tahu. Mungkin lebih elok sekiranya saya tidak tahu. Seperti kata mentor
saya, lebih baik tidak tahu kerana ini peluang untuk saya mengutip pahala
sebanyak banyaknya. Tetapi tidak dapat tidak, pasti terlintas di hati dan minda
saya untuk mencari.
Siapa penyebar cerita, oh,
ia pastinya angkara mulut tempayan yang tidak dapat ditutup dek air di dalamnya
hangat menggelegak.
Saya berfikir berkali-kali,
berhari-hari perlu atau tidak saya menulis entri ini. Kerana banyak aib akan
terbuka (ini berkait rapat dengan entri ini). Tetapi hari ini saya rasa
terpanggil untuk bercerita, kerana saya tahu, ada orang di luar sana yang
menyalahkan saya. Anda mendengar cerita dari satu sudut, ini cerita sudut saya.
Ianya bermula dari sekeping
gambar rumah tangga, secara kebetulan saya berada hampir dengan bingkainya.
Silap saya, berdiri terlalu hampir dengan bingkainya sehingga saya terjerumus
masuk ke dalam gambar tersebut. Saya bukan siapa-siapa di dalam gambar itu.
Kalau diikut hati, mati.
Kalau diikut rasa, binasa. Kalau diikut rasa sakit hati, mahu saja saya
dedahkan semua bukti, tetapi banyak aib yang akan terbuka. Ibarat menepuk air
di dulang, terpercik ke muka sendiri juga.
Lelaki.
Perempuan.
Lelaki dan perempuan yang
sudah berumahtangga. Sudah berkahwin. Ini pesan saya.
Hal rumah tangga, cuba
selesaikan di rumah walau seteruk mana sekalipun. Ramai orang yang berada di
tepi bingkai gambar keluarga anda. Ada yang berdiri, duduk, melompat,
menjeling, melintas lalu, cuba lompat terjun ke dalam gambar, yang meneropong,
yang tidak ambil pusing. Bermacam-macam perangai dan kerenah. Tetapi ingat.
Lelaki.
Perempuan.
Lelaki dan perempuan yang
sudah berumahtangga. Sudah berkahwin.
Jangan mudah menunding jari
ke arah mereka yang berdiri di tepi bingkai gambar cerita keluarga anda. Ada
yang berada dekat dengan tepi bingkai cerita hidup anda secara kebetulan.
Kalau diikut amarah,
pelbagai carut nista akan saya lontarkan.
***
Rukun Iman ada enam.
Kesemuanya bermula dengan perkataan yang sama- percaya.
***
Lagu Fynn Jamal, Biar Jiwa
terangkap ayat ini,
Tak mampukah kau percaya
Haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia
Diksi yang hebat- dengki
dunia.
Dalam sekeping gambar
keluarga anda yang nampak sempurna berbingkai cantik, ada yang berdiri dekat
itu dengki dengan kesempurnaan gambar tersebut.
Notakeyboard: Rujuk surat cinta kedua, ayat ke 191.
Thursday, May 31, 2012
Soalan Cepu Cemas: Kenapa Tak Kahwin Lagi?
Saya dah tak larat menjawab
soalan yang satu ini. Kalau dulu, pelbagai jawapan boleh saya berikan. Tetapi
maklum sajalah, jawapannya semua yang menyimpang dari soalan asal. Sekarang
ini, kalau ada yang bertanya, saya cuma nak jawab.
“Tuhan belum gerakkan hati
mana-mana lelaki untuk masuk meminang saya.”
Kalau disuruh memilih, saya
akan kata saya berkenan dengan Anuar Zain. Tapi hey, siapa saya. Maka sekarang saya
berkenan dengan Incik Saharil Hasrin Sanin. Tak kenal? You are so
yesterday.
Kalau ada yang berkata dan
mengata sekiranya seseorang perempuan itu masih belum berkahwin itu rugi KERANA
dia tidak dapat berbakti, maka saya mahu orang tersebut periksa di mana letak duduk
otaknya. Jangan sempitkan konsep berbakti HANYA melalui perkahwinan.
Isu ini timbul bila saya
berbincang dengan seorang rakan sejawat. Soalan yang sama dilontarkan kepadanya
walaupun orang yang bertanya itu adalah orang yang sedia maklum dengan latar
belakang rakan ini. Perempuan, kalau anda masih belum berkahwin, jangan kesal
mengeluh kesah kak esah. Jika anda masih ada ibu bapa, curahkan bakti anda
kepada mereka. Ramai yang mungkin tidak perasan, mereka inilah yang paling
banyak menyumbang untuk keluarga di kampung, paling cepat tiba jika ada perkara
berlaku, paling tidak banyak songeh bila diberikan tugas. Tapi kami juga ada hati.
Kalau dikata memilih,
jawapannya memang harus memilih. Cuba periksa setiap satu barangan yang anda
ada, ada tak yang ada tidak pilih, hatta barangan dari kedai RM 2. Ada sebab
kenapa anda pilih untuk beli barang itu dari kedai tersebut. Kalau dikata jika
membeli barangan pakai buang tidak perlu memilih, biar saya cucuk biji mata
oarng tersebut. Kanta lekap yang saya pakai dari jenis pakai buang (daily) pun
saya pilih jenamanya!
Pra syarat bakal suami saya
tidak dikira sangat dari segi paras rupa. Anda tidak perlu bergaya sangat
seperti Anuar Zain atau bijak bistari seperti Saharil. Tetapi tolonglah jangan
kemproh sangat. Penampilan itu penting kerana ya, saya perempuan yang jangok.
Taraf pendidikan sekurang kurangnya ijazah sarjana muda dan tolong, tolong
jadikan membaca itu satu keperluan hidup anda. Bukan sekadar surat khabar,
tetapi bahan bacaan bermutu. Ayah saya sendiri selari minat membacanya dengan
saya.
Syarat utama- agama.
Syarat kedua- perlu menerima
hakikat, sekiranya anda berkahwin dengan saya, saya ada abang anak istimewa
yang berada di bawah tanggungjawab saya. Yang sekiranya Ayah saya pergi dulu
(saya tidak mendoakan Ayah saya pergi awal, tetapi mati itu pasti), abang saya
berada di bawah tanggungjawab saya.
Syarat ketiga- bukan sekadar
anda menerima keadaan abang saya, tetapi keluarga anda juga. Tak perlu tipu
saya, stigma orang keliling masih ada. Khuatir anak akan menjadi sebegitu rupa
juga. Janji Tuhan, setiap anak ada rezekinya. Maka, percaya.
Syarat keempat- menerima
saya dengan idea gila saya juga. Minat dan cinta saya- dunia pendidikan, drama
(teater), menulis dan cinta baru saya- silat.
Syarat kelima- hakikatnya
saya ada seorang kawan baik yang berjantina lelaki. Teman susah senang ketawa
menangis bergaduh sejak 12 tahun yang lepas. Hubungan kami platonik- tanpa
sebarang rasa cinta. Jangan terkejut sekiranya dia lebih faham saya
(kadangkala) berbanding saya memahami diri saya sendiri.
Amacam?
Subscribe to:
Posts (Atom)