Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Saturday, June 02, 2012

Kerana Pulut Santan Binasa


Ini cerita saya. Kisah saya. Isu saya sejak bulan lepas. Kesinambungan dari entri ini.

Siapa pembawa cerita, saya tidak tahu. Mungkin lebih elok sekiranya saya tidak tahu. Seperti kata mentor saya, lebih baik tidak tahu kerana ini peluang untuk saya mengutip pahala sebanyak banyaknya. Tetapi tidak dapat tidak, pasti terlintas di hati dan minda saya untuk mencari.

Siapa penyebar cerita, oh, ia pastinya angkara mulut tempayan yang tidak dapat ditutup dek air di dalamnya hangat menggelegak.

Saya berfikir berkali-kali, berhari-hari perlu atau tidak saya menulis entri ini. Kerana banyak aib akan terbuka (ini berkait rapat dengan entri ini). Tetapi hari ini saya rasa terpanggil untuk bercerita, kerana saya tahu, ada orang di luar sana yang menyalahkan saya. Anda mendengar cerita dari satu sudut, ini cerita sudut saya.

Ianya bermula dari sekeping gambar rumah tangga, secara kebetulan saya berada hampir dengan bingkainya. Silap saya, berdiri terlalu hampir dengan bingkainya sehingga saya terjerumus masuk ke dalam gambar tersebut. Saya bukan siapa-siapa di dalam gambar itu.

Kalau diikut hati, mati. Kalau diikut rasa, binasa. Kalau diikut rasa sakit hati, mahu saja saya dedahkan semua bukti, tetapi banyak aib yang akan terbuka. Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri juga.

Lelaki.

Perempuan.

Lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga. Sudah berkahwin. Ini pesan saya.

Hal rumah tangga, cuba selesaikan di rumah walau seteruk mana sekalipun. Ramai orang yang berada di tepi bingkai gambar keluarga anda. Ada yang berdiri, duduk, melompat, menjeling, melintas lalu, cuba lompat terjun ke dalam gambar, yang meneropong, yang tidak ambil pusing. Bermacam-macam perangai dan kerenah. Tetapi ingat.

Lelaki.

Perempuan.

Lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga. Sudah berkahwin.

Jangan mudah menunding jari ke arah mereka yang berdiri di tepi bingkai gambar cerita keluarga anda. Ada yang berada dekat dengan tepi bingkai cerita hidup anda secara kebetulan.

Kalau diikut amarah, pelbagai carut nista akan saya lontarkan.
***
Rukun Iman ada enam. Kesemuanya bermula dengan perkataan yang sama- percaya.
***
Lagu Fynn Jamal, Biar Jiwa terangkap ayat ini,
Tak mampukah kau percaya
Haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia
Diksi yang hebat- dengki dunia.

Dalam sekeping gambar keluarga anda yang nampak sempurna berbingkai cantik, ada yang berdiri dekat itu dengki dengan kesempurnaan gambar tersebut.

Notakeyboard: Rujuk surat cinta kedua, ayat ke 191

Thursday, May 31, 2012

Soalan Cepu Cemas: Kenapa Tak Kahwin Lagi?


Saya dah tak larat menjawab soalan yang satu ini. Kalau dulu, pelbagai jawapan boleh saya berikan. Tetapi maklum sajalah, jawapannya semua yang menyimpang dari soalan asal. Sekarang ini, kalau ada yang bertanya, saya cuma nak jawab.

“Tuhan belum gerakkan hati mana-mana lelaki untuk masuk meminang saya.”

Kalau disuruh memilih, saya akan kata saya berkenan dengan Anuar Zain. Tapi hey, siapa saya. Maka sekarang saya berkenan dengan Incik Saharil Hasrin Sanin. Tak kenal? You are so yesterday.

Kalau ada yang berkata dan mengata sekiranya seseorang perempuan itu masih belum berkahwin itu rugi KERANA dia tidak dapat berbakti, maka saya mahu orang tersebut periksa di mana letak duduk otaknya. Jangan sempitkan konsep berbakti HANYA melalui perkahwinan.

Isu ini timbul bila saya berbincang dengan seorang rakan sejawat. Soalan yang sama dilontarkan kepadanya walaupun orang yang bertanya itu adalah orang yang sedia maklum dengan latar belakang rakan ini. Perempuan, kalau anda masih belum berkahwin, jangan kesal mengeluh kesah kak esah. Jika anda masih ada ibu bapa, curahkan bakti anda kepada mereka. Ramai yang mungkin tidak perasan, mereka inilah yang paling banyak menyumbang untuk keluarga di kampung, paling cepat tiba jika ada perkara berlaku, paling tidak banyak songeh bila diberikan tugas. Tapi kami juga ada hati.

Kalau dikata memilih, jawapannya memang harus memilih. Cuba periksa setiap satu barangan yang anda ada, ada tak yang ada tidak pilih, hatta barangan dari kedai RM 2. Ada sebab kenapa anda pilih untuk beli barang itu dari kedai tersebut. Kalau dikata jika membeli barangan pakai buang tidak perlu memilih, biar saya cucuk biji mata oarng tersebut. Kanta lekap yang saya pakai dari jenis pakai buang (daily) pun saya pilih jenamanya!

Pra syarat bakal suami saya tidak dikira sangat dari segi paras rupa. Anda tidak perlu bergaya sangat seperti Anuar Zain atau bijak bistari seperti Saharil. Tetapi tolonglah jangan kemproh sangat. Penampilan itu penting kerana ya, saya perempuan yang jangok. Taraf pendidikan sekurang kurangnya ijazah sarjana muda dan tolong, tolong jadikan membaca itu satu keperluan hidup anda. Bukan sekadar surat khabar, tetapi bahan bacaan bermutu. Ayah saya sendiri selari minat membacanya dengan saya.

Syarat utama- agama.

Syarat kedua- perlu menerima hakikat, sekiranya anda berkahwin dengan saya, saya ada abang anak istimewa yang berada di bawah tanggungjawab saya. Yang sekiranya Ayah saya pergi dulu (saya tidak mendoakan Ayah saya pergi awal, tetapi mati itu pasti), abang saya berada di bawah tanggungjawab saya.

Syarat ketiga- bukan sekadar anda menerima keadaan abang saya, tetapi keluarga anda juga. Tak perlu tipu saya, stigma orang keliling masih ada. Khuatir anak akan menjadi sebegitu rupa juga. Janji Tuhan, setiap anak ada rezekinya. Maka, percaya.

Syarat keempat- menerima saya dengan idea gila saya juga. Minat dan cinta saya- dunia pendidikan, drama (teater), menulis dan cinta baru saya- silat.

Syarat kelima- hakikatnya saya ada seorang kawan baik yang berjantina lelaki. Teman susah senang ketawa menangis bergaduh sejak 12 tahun yang lepas. Hubungan kami platonik- tanpa sebarang rasa cinta. Jangan terkejut sekiranya dia lebih faham saya (kadangkala) berbanding saya memahami diri saya sendiri.

Amacam?

Tuesday, May 08, 2012

Jiwa

Aku peluk Maria. Kaunselor di hadapan kami sedang menulis terpinga-pinga.
Kenapa?
Aku balas. Stress.

Kaunselor berdiri dan peluk aku.

"Ay dah kurus."

Ya, kerana hal ini, berat aku turun mendadak. 4kg dalam masa sebulan. Hebat. Tak perlu berdiet.

Waktu itu, aku terasa. Alangkah bagusnya kalau Emak yang memeluk aku ketika itu. Al- Fatihah.

Wednesday, February 01, 2012

Trivia Bulan Satu

Bos saya panggil saya dengan nama pertama saya.

notakeyboard: Tak ramai yang panggil saya macam ni. Tapi ia sebahagian dari nama saya juga, cuma ia bukan kebiasaan. Untuk kawan kesayangan, saya lebih suka awak panggil saya- ay. Seperti mula-mula kita kenal.

Tuesday, October 18, 2011

Tips Putus Cinta

Saya jarang mendengar radio ketika ke tempat kerja. Entah kenapa, 2 3 hari ini teringin pula. Dan pagi ini, ketika mahu turun, terdengar tips putus cinta. Menarik...

Katanya bagi perempuan, kalau mahu menangis semahunya silakan. Jika ia membantu. Tapi maaf, perkara itu tidak terjadi kepada say a. Menangis tak sampai seminiy, air mata dah kering. Puncanya?

Seorang kawan saya putus cinta hampir 2 tahun lalu dan merana hingga berbulan-bulan. Kebetulan hujung tahun lepas saya keluar dengan dia. Kami bertukar cerita dan saya memberitahu bahawa emak say sudah tiada. Dia terdiam kemudian membalas. "I thought my problem is bad, yours is even worst."

Kalau saya masih kuat ketika emak pergi, putus cinta adalah hal yang lebih kecil. Putus cinta menjadikan saya lebih kuat bekerja (saya tak salahkan awak. ini cara saya). Bahkan, rasanya tidak ada beza hubungan kami ketika bercinta dan selepas putus cinta. Kami masih berbual di atas talian, panggilan telefon sekali sekala dan pesanan ringkas. Kami masih berbincang hal-hal serius dan mengarut. Dan lebih penting, sokongan moral darinya masih tidak berubah. Saya tak terasa rugi apa-apa.

Kesimpulannya, saya okay selepas putus cinta. Walaupun kadang-kadang bengong juga! Hi hi.

Thursday, September 15, 2011

Manipulasi

Semalam aku bayar semua bil yang ada. Tak mahu tertunggak. Habis bayar bil telefon bimbit, aku capai 2 risalah Samsung yang baru. Oh, ada Galaxy Tab 10.1 rupanya.

Malamnya sambil menonton berita, aku belek risalah yang aku capai petang tadi. Aku mengantuk dan menyorongkan bantal. Dah sorong bantal (kusyen sebenarnya), aku tertidur. Sedar-sedar, Ayah kejut aku suruh tidur dalam bilik. Sambil itu, sempat lagi Ayah bertanya,

"Tu (merujuk kepada risalah), ambil tu nak beli ke?"

Dalam separuh mamai, aku mencari cermin mata dan menjawab.

"Taklah, Lily nak beli untuk suaminya. Hari jadi suami dia bulan ni."

Dua, tiga kali jugalah aku terpaksa ulang jawapan tu kerana aku separuh mumbling. Rupanya dalam keadaan mamai, aku masih boleh berfikir secara logik. Ha ha.

Dan jawapan aku sebenarnya separuh sahaja betul.

Aku memang berkira-kira untuk membeli telefon baru, tapi masih tidak pasti. Aku cuba iPhone4, Blackberry dan terbaru Samsung (yang mana satu ya?). Tapi bila Ayah bertanya soalan itu malam tadi, aku jadi tak pasti mahu membelinya pula. Aiyo, macam mana ni?

notakeyboard: aku dan Lily teruja dengan promo ini sebenarnya. Dan sebenarnya memang hari jadi suaminya hujung bulan ini ^___^

Saturday, September 10, 2011

Dokumentasi Warisan

Pandangan atas
Pandangan depan
Pandangan sisi (1)
Pandangan sisi (2). La... hak kerajaan rupanya. Aku nak beli sendiri jangan haraplah.
Jika ada yang menjadi kawan aku di Facebook atau mengikuti aku di Twitter, pasti perasan tentang status/ twit aku berkaitan dengan Warisan. Warisan sebenarnya adalah projek sketsa kedua aku. (kalau perasan, sketsa pertama tahun lepas sekitar bulan 7) Skrip aku buat sendiri.

Lepas habis sketsa, aku malas nak layan komen-komen negatif dari penonton. Kasilah aku rehat kejap, dah dekat sebulan aku kerjakan projek ni. Selaku orang yang tamak, aku uruskan sendiri. Handycam aku pinjam dengan sekolah. Tripod pinjam dari cikgu lain. 2 minggu lagi aku akan rakam projek DIE dengan anak-anak 1 Execl pula.

AJ kata dia akan rindu aku dan projek Warisan ini. Walaupun kami dalam sekolah yang sama, bukan hari-hari aku jumpa dia. Nasib baik 2 minggu sahaja sela masa Warisan den projek DIE aku. Kalau tak aku pun mungkin akan weng sedikit. Tapi aku tak lupa, sebenarnya aku pun perlukan rehat juga!

Dari kiri (berdiri):
Zarina (kecil), Makcik baca Yassin (2), Azizah, Pencerita, Makcik baca Yassin (1), Zarina (besar), Pegawai Tentera dan Zainal (kecil).
(duduk)
Kapten Aziz dan Zainal (besar).

Tiada dalam gambar
Kawan Zarina dan Zainal (kecil)

Nasib baik aku tak buang clapper board aku tadi. Ha ha.

Wednesday, September 07, 2011

3

"Baiknya hati u."

"Samada i baik hati, atau i sebenarnya bodoh sangat"

"Entah u ni. U kena la jaga2."

Mungkin sebenarnya aku adalah kombinasi keduanya. Baik hati dan bodoh.

Lurus.

I never pray bad things will happen to you. Loving you means not being able to be yours






forever.

Wednesday, August 10, 2011

Obsesi Rimau

el tigre- teman sejati
lil tiger- aka apam balik kacang
rintoo- teman sepanjang perjalanan
taj- sudah menjadi milik apam balik kacang
bob- koleksi baru dalam keluarga kecil rimau aku.

Tiada kat mengait dengan Tok Rimau

Sunday, June 26, 2011

8 bulan 1 minggu 5 hari

"Pakcik, kenapa saya tak marah bila pakwe saya minta putus?"
"Hah?"














"Our last breakfast?"

Sunday, June 19, 2011

Lelaki Paling Istimewa Dalam Hidup Saya

Kalau ada perempuan kata dia tak perlukan lelaki,
kalau ada lelaki kata dia tidak perlukan perempuan,
maka dia bodoh.

Lelaki dan perempuan diciptakan saling memerlukan satu sama lain. Melengkapi kekurangan. Merai kelebihan. Bagaikan satu bulatan yang ada missing piece nya. Seperti Ying dan Yang.

Tanpa dia, saya tak mungkin ada dan berada di tahap ini. Tak mungkin saya dapat menaip entri ini.

Terlalu banyak rasa yang terpendam dalam hati ini yang tak mungkin saya mampu luahkan. Dia istimewa dengan caranya yang tersendiri. Dia bukan yang terbaik, tetapi dia berusaha dan saya tahu dalam hatinya penuh dengan cinta kepada perempuan disekelilingnya termasuk saya.

Mungkin saya akan berjumpa orang sepertinya lagi, mungkin juga tidak. Jika ada sekalipun, tidak akan sama walaupun serupa.

Dia lelaki yang meraikan dalam diam. Yang membuat saya yakin kepada diri sendiri, yang melepaskan saya saat saya sudah boleh berdikari walau dalam hatinya masih ada sangsi. Membakar semangat saya saat saya rasa terlalu lemah dengan nasihat yang dipetik dari salah satu surat cinta yang berjumlah 114 itu. Kadangkala dia sengaja melemparkan saya ke laut lepas dan cuma memerhati dan berbisik dalam diam bahawa saya mampu.

Kerana itu, saya dedikasikan lagu ini buatnya. (Terima kasih Fynn Jamal kerana menciptakan lagu yang sangat bermakna ini)



Lelaki, sambutkan hormatku dari seluruh perempuan.

Baris yang paling bermakna buat saya. Betapa tinggi pengharapan itu.

Ketika belajar di peringkat Ijazah, sangat jarang terlintas di hati saya untuk mencari seseorang buat menemani saya di sebelah. Kenapa? Kerana saya ada dia. Sifat pelindung dan pembelai kasihnya menebal dalam hati saya membuatkan saya tidak terfikir untuk mencari yang lain. Apa perlunya yang lain jika saya ada dia?

Tetapi, jika satu hari nanti dia pergi, bagaimana agaknya saya?

Segala kasih, cinta, kekuatan dan penghormatan yang diberikan kepada saya, rasanya terima kasih itu terlalu kecil.

Buat bakal ayah dan ayah di luar sana, sayangi anak perempuanmu. Manjakan mereka lebih dari anak lelaki (dengan cara yang terkawal). Raikan mereka kerana mereka akan membesar sebagai anak yang menyayangi keluarga mereka lebih dari yang lain. Cinta mereka akan lebih kepada keluarga.

Ayah, saya bangga membawa nama Yusof sepanjang perjalanan kaki saya.

notakeyboard:
1. 114 surat cinta- surah di dalam Al-Quran
2. Tips menawan hati anak sebelum dan apabila mereka dilamun cinta- rujuk majalah Anis edisi Oktober 2010 (terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.)

Saturday, June 11, 2011

Tupperware

Sebenarnya saya baru putus cinta. Kelakar sungguh cara saya bercinta dan dengan siapa saya bercinta. Bila dia kata dia mahu memutuskan perhubungan, saya kata 'okay'. Bukan maksudnya saya sudah tidak sayangkan dia lagi. Tapi saya tahu, kalau saya tahan dia sekalipun, tak ada gunanya. Walaupun dia kata dia masih sayangkan saya, saya tahu perhubungan kami tidak akan ke mana.

Saya pernah bercerita tentang perhubungan kami melalui entri ini. Kepada sesiapa yang bijak, sila tafsir dan beritahu saya. Kalau betul, saya belanja kopi c",)

Rasanya saya perlu berhenti menulis di blog buat seketika. Entri pada 19 dan 26 Jun ini adalah entri auto-post. Saya perlukan masa untuk merawat hati. Saya perlu tampal handyplast di hati saya. Ironinya, saya sudah beli handyplast itu ketika hubungan kami belum pun sampai sebulan.

Doakan saya kuat. Saya ada keluarga yang memerlukan saya dan anak-anak yang masih memerlukan bimbingan saya.

Buat RR, jangan bimbang tentang saya. Janji saya, kita masih berkawan. Saya masih perlukan bimbingan dan nasihat awak. Terima kasih di atas segala kenangan manis yang awak berikan kepada saya. Terima kasih kerana mendengar dan membaca omelan saya. Terima kasih kerana memberikan perhatian kepada saya, satu-satunya perkara yang saya sangat mahu dari awak (awak pernah tanya, tapi saya tak berikan jawapannya). Kalau kita jumpa lagi, saya harap awak sudi berduet dengan saya lagu ini.



Okay, sekarang saya nak tampal plaster. Babai!

Friday, June 03, 2011

Praimeri

Kuali sayur masih bertenggek di atas dapur. Saya berkira-kira untuk mencuci beras. Di satu sudut dapur, pemain mp3 saya tergantung bersama pembesar suara mini. Lagu 'Bibir Ceri Melati' berkumandang.

Ayah masuk ke dapur.

"Sekarang ni gitar tong pun budak-budak main juga ye?"
"Biasala. Lagi-lagi yang baru belajar (cakap macam terrer benor). Ni band dari Kuala Lipis."
"Kalau macam tu, band Orang Asli main lagi best. Kehkehkeh."

Tiba-tiba aku rasa bersalah.

Thursday, May 26, 2011

Secangkir Kopi Yang Dikongsi



Semasa kecil, agak selalu juga saya menemani Ayah mengeteh (walaupun kadang kala yang diminum bukan teh). Mungkin kerana itu saya kenal (walaupun tak rapat) dengan kawan-kawan Ayah. Pendek kata, kalau berselisih jalan, boleh angkat tangan.

Dan setiap kali Ayah memesan minuman, selalunya yang dipesan cuma satu. Bila minuman sampai, Ayah akan tuangkan air yang dipesan ke dalam piring yang mengalas cawan. Ayah tiup air itu dan saya minum.

Tapi kalau kita perhatikan, situasi ini sudah mungkin tidak berlaku lagi. Kalau ke kedai makan, anak-anak sekarang sudah tahu apa yang mereka mahukan. Baik makanan mahupun minuman. Tiada lagi berkongsi. Anak sepupu saya, kalau tiba di kedai makan, minuman yang pasti dipesan pastinya iced lemon tea! (ketika itu dia masih tadika) Alamak, saya pun tak secanggih dia.

Bagi saya berkongsi minuman antara Ayah/ Emak dengan anak bukan kerana tidak mampu (walaupun mungkin itu sebenarnya yang terjadi). Tetapi ia lebih kepada simbolik perhubungan ibubapa dan anak. Apa tafsirannya, anda boleh fikirkan sendiri.

Mungkin juga sekarang kita tidak mengamalkan perkara ini kerana sekarang air yang dihidang juga sudah tidak lagi beralas...


*kredit gambar: Ismail Othman

Monday, April 11, 2011

Dalam Perhubungan

Tina menukar statusnya di Facebook. Dari single kepada in a relationship.

Emmm...

3 bulan kemudian, teman lelakinya bertanya.
"Eh, you dah tukar status you kat Fb ya? You in a relationship dengan siapa?"
"Dengan you la, siapa lagi."
"Ya ke? Sukanya I. Kalau boleh I nak bagi tahu satu dunia."

Tapi tak siapa pun tahu.





Tina cuma selingkuhan.



Aku memandu sambil menutup mata.
Aku memandu mimpi.

Friday, March 11, 2011

Bermadu

Dua minggu yang lalu, saya menghadiri taklimat berkaitan koperasi anjuran ANGKASA. Itu pun selepas bendahari dan setiausaha koperasi bertolak-tolak tidak mahu pergi. Maka, saya dengan rela hati menggantikan mereka selepas GPK 1 dan GPK Ko Kurikulum juga menolak untuk pergi (padahal apabila tiba, ramai juga Pengetua yang datang). Kenapa saya tidak menolak? Sebab kursusnya di Johor Bahru! Yeay!

Sebelum pulang, setiap guru yang menghadiri taklimat itu mendapat sedikit cenderahati. Kemudian, pengacara majlis yang sporting pun naik ke pentas dan memberikan beberapa maklumat tambahan. Dengan nada berseloroh, sang pengacara majlis berkata, "kalau cikgu-cikgu lelaki ni dapat bawa balik madu seorang satu, dah cukup baik dah" dan disambut dengan ketawa besar dari semua peserta taklimat.

Saya juga pulang dengan madu saya.
*
*
*
*
*

Kawan kesayangan, awak ingat siapa madu saya? Ha ah ha.

Thursday, December 24, 2009

Subjektif

*
[,,,]
Tagline L'Oreal;
> kerana dirmu begitu berharga.
*
[,,]
Becky M. Leogardo kata;
> "kecantikan adalah hak milik setiap insan"
*
[,]
> "Tak handsome!" kata junior aku.
*

Friday, August 28, 2009

Mencari Calon Pengapit...

*
Sibuk dengan urusan perkahwinan? Masih tercari- cari calon yang sesuai menjadi pengapit anda? Jangan bimbang, saya akan uruskan...
*
Ececeh... promosi diri nampak... Anda pernah menonton cerita 27 Dresses? Saya tidak lagi, tapi ada yang kata, cerita ini sesuai untuk saya. Mungkin juga saya akan menjadi seperti Fara Fauzana yang sudah (agak) acap kali menjadi pengapit kepada kawan artisnya.
*
Saya? Baru tiga kali...
*
Dulu- dulu, yang menjadi pengapit adalah mak andamnya sendiri. Tetapi sekarang, sudah menjadi kelaziman pula untuk kawan- kawan menjadi pengapit. Dulu katanya, tak manis anak dara menjadi pengapit. Tapi sekarang, itulah penambah pemanisnya di pelamin. Dan mereka yang menepung tawar pun dengan sukarela 'menempiaskan' tepung tawarnya kepada pengapit yang masih bujang. (Sila ambil perhatian, aksi ini acapkali tidak di senangi oleh jurugambar. Anda harus faham kenapa).
*

Iya, dan saya akan pastikan bahawa saya kurang cantik dari pengantinnya (contohnya, memiliki eye bag yang sangat dahsyat dan tidak di tutupi oleh solekan dengan betul). Jangan risau pengantin, saya tidak akan enterframe shot untuk anda. Anda adalah raja sehari, saya cuma tukang kipas aje...
*
(mahukan testimonial mereka? sila bertanya di blog- blog mereka ya...)
*
for those who are interested, feel free to contact me

Saturday, May 23, 2009

Edisi Pra- Perkahwinan

(maaf, entri ini tidak bermaksud yang saya bakal berkahwin dalam masa terdekat ini ya...)
*
Sejak tahun lepas, sejak saya mula bekerja, seringkali saya diajukan Soalan-Cepu-Cemas. Kepada mereka yang tidak tahu apakah itu Soalan-Cepu-Cemas yang sering diajukan pada saya, di sini dengan senang hati saya menaip soalan itu;
"Bila nak kahwin?"
*
Iya, itulah soalannya.
Berdasarkan tarikh yang tertera di sijil kelahiran saya, saya bakal berusia 25 tahun pada bulan Ogos nanti. Dan Soalan-Cepu-Cemas sangat kerap diajukan kepada saya sehingga saya telah membuat satu larangan kepada para pelajar Tingkatan Satu yang saya ajar bahawa soalan ini adalah soalan yang di larang sama sekali dalam kelas saya.
*
Iya, itulah soalannya.
Mana tidaknya, anak- anak Darjah Lima yang saya ajar di pusat tuisyen juga bertanyakan soalan yang sama pada saya. Maaf, tidak ada soalan lain kah? Tapi saya maafkan anak- anak Darjah Lima itu kerana mereka (mungkin) belum mumaiyiz.
*
Sebetulnya, adakah mereka ini kekurangan soalan atau sebenarnya mereka merasakan bahawa soalan ini adalah soalan yang paling sesuai untuk memulakan perbualan kecil (small talk)?
*
Satu ketika dulu (ketika arwah emak masih hidup), saya pernah berkata: "Kalau ada makcik- makcik tanya saya bila nak kahwin, saya akan balas, 'Kalau nak suruh saya kahwin esok pun boleh, tapi makcik kena la sedikan semuanya untuk saya. Saya ni harta pun tak ada. Jangan lupa sertakan sekali bakal suaminya juga sebab saya tak ada calon lagi".
*
Dan arwah cuma ketawa.
*
Bagi yang mahu berkahwin, kahwin lah. Saya pasti mereka juga pernah melalui saat- saat yang sama seperti saya diajukan Soalan-Cepu-Cemas. Dan kepada ibubapa, sila jangan ajar anak- anak anda bertanya kepada orang lain dengan sesuka hati Soalan-Cepu-Cemas ini. Ia tidak lucu, dan mungkin akan menyebabkan ada hati yang terguris.
*
Kepada yang masih inde (iya, bunyinya sangat sedap dalam entri ini!), nikmatilah hidup ini sepuasnya selagi anda masih inde... Kepada yang masih mencari, teruskan mencari.
*
Ketika entri ini di taip, lima orang guru di sekolah saya telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam tahun ini (dua dari mereka bertugas di sekolah saya). Bakal menyusul dua orang lagi dalam masa terdekat (cuti sekolah nanti).
*
Ada yang sudah gatal- gatal mulut bertanya, "Nak pass baton pada siapa pula lepas ni?"
*
Jangan harap nak pass baton pada saya ya! Ini adalah amaran keras dari pemandu drift kereta DatsUn.
*
Jika ingin tahu kenapa saya masih inde, sila baca entri seterusnya...
*

Sunday, August 31, 2008

Stages of a Relationship (Part 2- Falling Apart)

Stage One: Differentiating
The interdependence of their courting stage is no longer so attractive. Now they are beginning to focus on how different they are, and much of their conversation is about their differences rather than similarities. To some extent, the differentiating stage is a healthy phase that most couples experience.
The differentiating stage can be worked out if the differences are not too great. The differences the two recognized and tolerated become focal points for discussion and argument. The most visible sign of differentiating is conflict. But differentiating can take place without conflict.

Stage Two: Circumscribing
At this stage, less and less information is exchanged. For them, it is better to stay away from mentioning them in order to avoid a full scale fight. Conversation is superficial. The number of interactions is decrease, the depth of discussions is reduced, and the duration of each conversation is shortened. Because communication is constricted, the relationship is constricted. Persons who are in this stage often cover up their relationship problems.

Stage Three: Stagnating
The stagnating stage is a time of inactivity. The relationship has no chance to grow, and when the partners communicate, they talk like strangers. The subject of the relationship itself is now off limits. How long this stage lasts depends on many things. Most couples whose relationship reaches this stage feel a lot of pain. They may find it hard to separate and may hold on to the hope that they can still work things out.

Stage Four: Avoiding
The avoiding stage involves physical separation. The parties avoid face-to-face interaction. They are not interested in spending time together. This stage is usually characterized by unfriendliness, hostility and antagonism.

Stage Five: Terminating
The participants find a way to bring their relationship to an end. Both parties are preparing themselves for life without the other. Differences are emphasized, and communication is difficult and awkward.
Knapp, in “The Rhetoric of Goodbye” state three distinct types of statements that commonly occur in terminating relationship.
First; there are the summary statements. “Well, we certainly have tried to make a go of it”
Secondly; statements that signal the likelihood of decreased access. “It might be better if we didn’t see each other quite so often”.
Finally; there are messages that predict what the future relationship (if any) will be like. “I don’t ever want to see you again”.

So, that’s it. Think about your relationship again. As for me, I’m at integrating stage, with my best friend, of course (hey, we’ve known each other for eight years!). We can predict our emotion. And sometimes, my best friend can sense that I’m in trouble and need support. So, he will be with me (on the phone!) and help to go through those difficult times.

At which stage you are?