Showing posts with label down the memory lane.... Show all posts
Showing posts with label down the memory lane.... Show all posts

Friday, June 08, 2012

Trivia Bulan Lima

Sebulan saya berusaha mencuba untuk bertemu dengannya. Saya beri masa sebulan kepada diri saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebulan. Payah.

Saya cuma dapat saya hubungi, cuma pembantu peribadinya. Saya hampir yakin, pembantu peribadinya sudah muak dengan panggilan telefon dari saya. Sebenarnya, saya ada nombor telefon tuan empunya badan, tetapi saya enggan menghubunginya melalui telefon. Entah kenapa, saya merasakan, selagi saya masih boleh menggunakan saluran formal, saya akan menggunakannya.

Ada cadangan dari rakan-rakan untuk bertemu dengannya di rumahnya. Malah, ada yang sanggup membawa saya ke sana. Tetapi sekali lagi saya tidak tergerak untuk bersetuju. Saluran formal seboleh mungkin.

Entah bagaimana, tuan empunya badan sendiri yang menemui saya. Masalah selesai. 'Kes' tutup. Tetapi rekod saya sudah buruk.

notakeyboard: Betul-betul genap sebulan masalah saya selesai. Syukur.

Saturday, June 02, 2012

Kerana Pulut Santan Binasa


Ini cerita saya. Kisah saya. Isu saya sejak bulan lepas. Kesinambungan dari entri ini.

Siapa pembawa cerita, saya tidak tahu. Mungkin lebih elok sekiranya saya tidak tahu. Seperti kata mentor saya, lebih baik tidak tahu kerana ini peluang untuk saya mengutip pahala sebanyak banyaknya. Tetapi tidak dapat tidak, pasti terlintas di hati dan minda saya untuk mencari.

Siapa penyebar cerita, oh, ia pastinya angkara mulut tempayan yang tidak dapat ditutup dek air di dalamnya hangat menggelegak.

Saya berfikir berkali-kali, berhari-hari perlu atau tidak saya menulis entri ini. Kerana banyak aib akan terbuka (ini berkait rapat dengan entri ini). Tetapi hari ini saya rasa terpanggil untuk bercerita, kerana saya tahu, ada orang di luar sana yang menyalahkan saya. Anda mendengar cerita dari satu sudut, ini cerita sudut saya.

Ianya bermula dari sekeping gambar rumah tangga, secara kebetulan saya berada hampir dengan bingkainya. Silap saya, berdiri terlalu hampir dengan bingkainya sehingga saya terjerumus masuk ke dalam gambar tersebut. Saya bukan siapa-siapa di dalam gambar itu.

Kalau diikut hati, mati. Kalau diikut rasa, binasa. Kalau diikut rasa sakit hati, mahu saja saya dedahkan semua bukti, tetapi banyak aib yang akan terbuka. Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri juga.

Lelaki.

Perempuan.

Lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga. Sudah berkahwin. Ini pesan saya.

Hal rumah tangga, cuba selesaikan di rumah walau seteruk mana sekalipun. Ramai orang yang berada di tepi bingkai gambar keluarga anda. Ada yang berdiri, duduk, melompat, menjeling, melintas lalu, cuba lompat terjun ke dalam gambar, yang meneropong, yang tidak ambil pusing. Bermacam-macam perangai dan kerenah. Tetapi ingat.

Lelaki.

Perempuan.

Lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga. Sudah berkahwin.

Jangan mudah menunding jari ke arah mereka yang berdiri di tepi bingkai gambar cerita keluarga anda. Ada yang berada dekat dengan tepi bingkai cerita hidup anda secara kebetulan.

Kalau diikut amarah, pelbagai carut nista akan saya lontarkan.
***
Rukun Iman ada enam. Kesemuanya bermula dengan perkataan yang sama- percaya.
***
Lagu Fynn Jamal, Biar Jiwa terangkap ayat ini,
Tak mampukah kau percaya
Haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia
Diksi yang hebat- dengki dunia.

Dalam sekeping gambar keluarga anda yang nampak sempurna berbingkai cantik, ada yang berdiri dekat itu dengki dengan kesempurnaan gambar tersebut.

Notakeyboard: Rujuk surat cinta kedua, ayat ke 191

Friday, May 04, 2012

Trivia Bulan Tiga dan Empat

Saya sedang diuji oleh Tuhan.
Dengan kesibukan dan kepenatan pada bulan tiga.
Yang mana ia menjadi satu fitnah melarat di bulan empat.

Air mata jadi mudah. Kilang air mata beroperasi dengan baik, mencuci segala kotoran mata (secara literal dan harafiahnya- dosa yang dibuat oleh mata secara sengaja dan tidak sengaja). Tidak perlu menonton 1 Liter of Tears.

Saya mengira-ngira sifir hidup.
"Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan hambaNya"
"Tuhan tidak akan menguji kita dengan ujian yang kita tidak mampu pikul."
"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum selagi mereka tidak berusaha mengubahnya."
"Tuhan mendengar doa orang yang terainaya."
"Setiap kesusahan pasti akan ada penyelesaiannya."

Saya bukan terlalu fasih dengan ilmu agama. Masih banyak yang saya tidak tahu dalam saya tahu. Tapi dengan sedikit pengetahuan yang saya faham, saya amalkan.

Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah.
Walaupun.
A little knowledge is a dangerous thing.

Saya sedang cuba berlapang dada dengan ujian ini. Moga saya kuat, moga ada penyelesaian yang baik dan moga ia menjadi ibrah (teladan) kepada mereka yang tahu hal ini.

notakeyboard: Trivia ini dikategorikan sebagai tak aci. Sebab campur bulan tiga dan empat sekali. Tapi gua busy bai! (takkan nak menulis dalam keadaan emosi, nanti menyesal)

Monday, April 16, 2012

Ujian

Satu pesanan Abang Zaidie yang saya tak mungkin lupa,
"Bila adik mula berlatih, akan banyak ujian yang datang. Adik kena ingat betul-betul tu. Adik kena kuat."

Satu pesanan dari Kalai, bekas teman lelaki kawan saya juga merangkap kawan/ senior saya di maktab.
"Man, I thought my problem was bad (breaking up with his girlfriend). Yours is even worst (when I told him about my mum had passed away). Believe me Ain, if you can go through that time, that situation, you can handle anything. Any problems."

Saya tak ingat petikan di bawah ini dari surah yang mana, apatah lagi ayat ke berapa. Tetapi kenalan di laman maya selalu memetik,
"Tuhan uji kita kerana dia sayangkan kita."
Tambah mereka,
"Jangan diminta dikurangkan ujian. Tetapi pintalah supaya lebih dikuatkan iman."

notakeyboard: kepada yang terasa dan ingin menyebarkan, mungkin hari ini, ketika ini saya diuji. Mungkin akan datang, anak atau ahli keluarga anda yang kena. Ketika itu, apa reaksi anda agaknya?



Najwa Mahaddin kata,
"Senyum, tak perlu kata apa-apa"

Friday, March 02, 2012

Trivia Bulan Dua

"Dari skala 1 hingga 10?" soalku.
"Abang bagi adik 6" balasnya.

Kadangkala abang Zaidie panggil saya adik. Jujurnya saya suka. Bunyinya cukup klasik. Dan bunyinya cukup manis di telinga, intonsinya tidak sama dengan frasa 'cik adik'.

notakeyboard: Syukur kini saya sudah bergelar pelajar beruniform semula. Terima kasih abang Zaidie kerana sudi mengajar saya.

Friday, December 30, 2011

Rakaman Momen Personal 2011

Kalau entri sebelum ini saya memaparkan 12 gambar yang saya rakamkan, kali ini saya memaparkan gambar saya yang dirakam oleh orang lain. Sebahagiannya adalah gambar kandid, saya cuma tahu bila ia tersiar di Facebook dan saya ditanda berada di dalam gambar tersebut.

Ketika MSSD Daerah. Sungguh out of place. Pakai baju Kodi. Kandid.

Hari guru 2011. Sekali lagi, pakai baju yang tak kena tempat. Baju 5 tahun Sol-Jah. Gambar dirakam oleh salah seorang pelajar.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama mentor saya. Sungguh tak sangka ada yang rakam dalam sesak ramai orang di ruangan Sofa Putih ITNM. Kandid.

Pementasan Warisan. Nampak sungguh muka risaunya tu. Paling kelakar, selesai pementasan dan rakaman, GPK 1 tolong betulkan tripod. Rupanya boleh tinggi lagi. Hi hi. Kandid.

Bersama awek baru kesayangan Nini Marini ketika MASKARA Shorties. Tak sangka, bermula dengan perkenalan di Twitter, kami jadi baik. Gambar dirakam oleh Ismail Othman.

Ah, saya teringin mengulang pakai seragam sekolah lagi! Ketika pementasan Snow White and The Seven Dwarfs, saya memaksa krew supaya tidak memakai seragam sekolah kerana saya ingin membuat kejutan. Nyata, ramai yang terkejut dan bersorak selepas itu. Dasar cikgu suka cari publisiti. Hi hi. Gambar dirakam oleh pelajar.

Bertemu cinta hati pengarang jantung selepas 3 tahun lebih tidak bersua. Ketika bersms, mereka panggil saya 'kakak', dulu panggil 'mak', 'mama', 'ibu'. Bila bertentang mata, panggil teacher. Hi hi. Sayang anak-anak saya. Gambar dirakam Achik, salah seorang pelajar.

Selamat menyambut tahun baru Masihi 2012!

Thursday, December 29, 2011

Rakaman 12 Momen 2011

Gua malas nak update. Tapi gua janji dengan diri sendiri kena buat juga entri ni. Sebab suka hati gualah. Ini, 12 momen yang gua rakamkan sendiri. Baik pakai kamera digital, mahu pun telefon genggam yang dua jenis itu. Gua susun ikut bulan.

Januari
Budak kena kahwin paksa. Sebab tu masam aje mukanya. Tapi kat sebelah takde pasangan. Hi hi.

Februari
Gua syak masa ni ada acara merentas desa. Macam biasa gua suka-suka ja rakam gambar dan muat naik ke Facebook. Budak-budak ni mana boleh bawa kamera digital. Tapi yang bawa telefon genggam, ramai.

Mac
Sebahagian koleksi novel gua. Yang banyaknya novel Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. Buku rujukan dan latihan gua letak di rak dalam bilik.

April
Gua tak sangka gua dapat rakam momen ni sebenarnya. Dua orang anak kembar cikgu sekolah aku. Si adik (kanan) suka cubit kakaknya (kiri), bila si kakak tak perasan. Tapi kakak steady tak nangis. Tabik.

Mei
Bukan budak-budak je yang buat perangai macam ni. Cikgu pun sama gak. Ni masa hari biru, eh, hari guru atau hari-cikgu-dapat-hadiah-dari-kedai-2-ringgit. Lu syak kasut gua yang mana satu?

Jun
Gua dating kat Mekdi dengan dua pakwe atlet sekolah. Jambu dan HJ. Dekat 3 jam gua kena buat-buat steady supaya gelak gua tak barai. Maklumlah, gua dapat anugerah guru paling popular kat sekolah. Gua kena kontrol cun (keji!).

Julai
Welkam anak kelinci! Macam biasa anak kakak gua mesti terlebih dari tarikh yang ditetapkan untuk lahir. Sedap sangat duduk dapat perut ibu, ya adik?

Ogos
Gengster kuih raya. Anak rimau pandai attack kuih raya yang dia boleh makan. Sudahnya gua dan ibu dia sorok balang kuih belakang tv.

September
Pertama kalinya sketsa yang gua tulis dan arahkan sendiri dipentaskan di khalayak. Gua steady, tapi gabra lutut juga. Kalau lu pandai, cuba cari kat mana yang salah kat clapper board ni. Nanti gua bagi clap-clap-clap.

Oktober
Gua merayau dekat Amcorp Mall, tempat feveret gua hujung minggu sebab ada flea market. Gua syak Transformers dan Spider Man ni dah penat mengekor awek mengukur kedai di Amcorp.

November
Gua pentaskan sketsa kedua di wakaf ni. Gua buat cerita Snow White, jadi gua nak ambil feel. Ada pokok-pokok, cahaya matahari, angin, pondok, tangga. Kalau kat dalam dewan semuanya kaku. Ada tempat, jadi gua explore. (sebenarnya gua rasa macam feel Maskara. Ha ha.)

Disember
Gua ngedate dengan ex boyfies dan aweks gua 3 tahun lepas. Selama mana gua dah bekerja, selama itulah gua tak jumpa mereka. Gua kangen bangat sama mereka. Tapi yang paling best, gua kena payung mereka masa hari tu.

Dah. Gua stop dulu. Lepas ni ada entri bergambar lagi.

Wednesday, October 19, 2011

Perjalanan Paling Jauh

Ke mana perjalanan paling jauh anda pernah tempuhi? Dari utara ke selatan? Dari semenanjung ke Malaysia timur? Ke luar negara? (dari JB ke Singapura tidak di ambil kira ya) Kadangkala, perjalanan itu sebenarnya perjalanan yang biasa lalui. Tetapi kerana hal tertentu, perjalanan itu terasa amat jauh.

Dan sepanjang saya hidup, baru dua kali saya menghadapinya. Pertama ketika emak pergi.
Kota Tinggi-Johor Bahru-Segamat. Perjalanan sepatutnya sekitar 4 jam sahaja. Tetapi pada saat itu, rasanya perjalanan itu mengambil masa separuh hari.

Kedua, ketika Incik Bulat diserang asma. Ketika itu saya yang memandu. Lawatan ke hospital adalah perkara biasa, tak sampai 20 minit pun perjalanan (dicampur masa menunggu di lampu isyarat). Tetapi hari itu, terasa pemanduan melebihi sejam perjalanan. Runsing. Itu yang menyebabkan kita terasa masa bergerak begitu perlahan, kan?

Perjalanan paling jauh anda?

Monday, September 26, 2011

"Kita masih berkawan"
"Tidak. Kita masih berkasih."

Perbualan Adila dan Nasir.

Senator Adila, Khadijah Hashim

Sunday, August 28, 2011

Sepasang Kurung Biru

Satu satunya lagu raya kegemaran saya. Bila difikir-fikirkan semula, baju kurung terakhir yang saya jahit untuk arwah emak berwarna biru. Sebetulnya, baju itu tidak pernah siap. Tersadai dalam bakul. Tinggal menebuk leher, menyiapkan kemasan leher, mengelim hujung lengan dan badan, dan menjahit cangkuk pada kain. Baju itu tidak siap kerana saya sudah mula sibuk menjalani latihan praktikal.

Sejujurnya, itulah baju terakhir yang saya jahit. Sejak emak pergi, saya tiada hati ingin menjahit baju kurung lengkap. Sekadar menjahit kain yang koyak, menampal seluar Ayah, memotong jubah yang labuh dan menjahit manik.

Tapi setiap kali raya, lagu itu juga yang saya dengar. Tak mengapalah, saya selesa hidup begitu.

Harapnya raya kali ini ada yang baik untuk kami sekeluarga.
ay yusof, pak yusof, bulat, ms tepung, incik kacang senyum, apam balik kacang dan anak kelinci

Salam Aidilfitri 1432H.

Sunday, August 14, 2011

Hassan Ali

"Politik itu kotor"- Duan

Senator Adila, Khadijah Hashim.

Saya tidak begitu mengikuti perkembangan politik. Tidak berminat pun. Tetapi saya bersetuju dengan pendiriannya dengan hal yang satu ini.

notakeyboard: Entah kenapa, walaupun banyak motivator di luar sana, saya masih tetap minat dia. Sejak dia berkecimpung dengan politik, saya terus tidak berminat dengan motivator lain.

Sunday, July 17, 2011

3!


Alhamdulillah, semalam genap 3 tahun saya berkhidmat sebagai pendidik. Antara percaya atau tidak, rasanya baru lagi kami berkumpul pagi itu di Dewan Jauhar JPN Johor. Sepatah kata Jon, "welcome back to Johor". 4 tahun di Johor dan kami berkidmat di negeri yang sama juga.

3 tahun perjalanan ini, haruslah banyak perkara yang terjadi. Tetapi harapan saya masih sama- untuk mendidik anak-anak ini lebih baik dari semalam. Jujurnya saya bukan cikgu yang baik, tidak cukup sabar dan macam-macam lagi kelemahan yang saya sendiri nampak.

Tapi perjalanan ini harus diteruskan. Kontrak masih berbaki 2 tahun lagi. Tetapi rasanya saya tidak akan lari ke mana pun. Harapan saya, cepat-cepatlah sahkan jawatan saya (kalau ikut kerajaan, ini tahun keempat saya) dan silalah cepatkan urusan pemabayaran elaun BISP saya. Kalau cikgu yang lagi lambat posting dari saya dah setahun dapat, kenapa saya tak dapat?

Okay, tak mahu marah-marah. Ini antara ucapan kawan-kawan di Facebook dan twit saya di Twitter.



Sunday, July 03, 2011

Setahun Bersama Maskara

Walaupun Maskara sudah berusia 5 tahun, tetapi scene aku berMaskara masih lagi hijau. Setahun yang lalu, Maskara 22 menjadi saksi kehadiran aku ke Rumah PENA buat kali pertama. Walaupun hadir dan pulang paling lambat, itu Maskara terbaik buat aku. Sebabnya? Baca entri ini.

Ketika tiba di Rumah PENA (selepas berpusing-pusing hampir 5 kali dan abang jaga Restoran Tupai-Tupai menjenguk keluar) akhirnya aku tiba di Rumah PENA dengan hati berbelah bahagi mahu turun atau tidak. Kerana satu-satunya orang yang aku rasa mengenali aku di situ cuma Tok Rimau.

Tetapi syukur aku masih berjaya menggagahkan diri menapak masuk (walaupun malam pekat hitam legap sampai aku tak tahu nak jalan kat mana- rabun aku berkuasa tinggi), disambut dengan suara Bang Naga, "masuk je dalam. Buat tak malu macam rumah sendiri."

Tetapi satu perkara yang pasti, dari kali pertama aku pergi Maskara sampai sekarang, aku tak pernah makan apa-apa yang dihidangkan, aku cuma minum. Aku kenyang dengan persembahan yang dihidangkan (padahal balik rumah rasa nak mengamuk sebab lapar. ha ha).

Membebel banyak tak guna. Cuma satu sahaja harapan aku, aku boleh sokong Maskara untuk satu jangkamasa yang panjang. Aku jadikan Maskara satu ganjaran kepada diri selepas bergelumang dengan kerja dan anak-anak yang selalu buat aku stress. Teringat Maskara sahaja sudah boleh buat aku senyum sampai telinga.

Terima kasih Sol-Jah kerana menghidangkan Maskara untuk menghiasi bulu mata aku pada malam minggu!

Monday, June 06, 2011

What's Your Fragrance?

I was reading my old Her World magazine when I came across an article about how a smell could ring a bell of memory of someone or incident. As far as I am concern, I had this phobia of perfumes when I was 4 or 5 years old.

Back than, I was a little rascal (I bet I am still one!). While playing with my brother one day, I accidentally shower myself with my father's perfume. (Until now I could not remember the brand or the smell. Hopefully it is not the perfume that my mom gave to my father as a part of the hantaran!) Too bad, instead of feeling happy for the nice smell, I had rashes all over my body. Those days, I had allergic to a lot of things. Perfumes, seafood... just name it.

When I grow up, I tried to challenge my fear of perfumes and yes, I did it! My first perfume (if I say it is a real one) is a bottle of roll on EDT that you can buy at the price of RM 6- RM 10 and the smell was strawberry. Hi hi.

I realized that the smell that I picked is very much influenced my mom's opinion. She loves Sweet Honesty and I tried it too. When I checked my cosmetic pouch on my dressing table, I came across 2 bottles of roll on Sweet Honesty. Too bad, I do not find it sweet anymore.

Then, I jumped into Body Shop. Why? Because the price is affordable and you can find it almost anywhere. I fall in love automatically with this particular perfume. It makes me hungry and craving for it. The first thing that came to my mind was, will my students dare to 'bite' me if they smell this? Ha ha. I know someone will 'bite' me if I wear it. *wink*wink*

Choclatey taste and smell, yes, it was my dear Amorito. Amorito, love.

Untill end of last year, I was running out of it. I search for it up and down. All the way from KL to JB. To my disappointment, it has been discontinue (just like Dewberry). The best thing that I can do at that time was looking for another perfume that has more or less the same note. Therefore, I found Vanilla.

I realized that Sweet Honesty, Amorito and Vanilla have one thing in common. The base note for these perfumes is vanilla. A flower that you can use as a part of your food and perfume. However, I hate vanilla as a flavor in food. I hate vanilla ice-cream, I hate vanilla roll. I hate the sweet taste.

Yet, I love the sweet smell.



I still miss my Amorito, and my dear amorito too.

Monday, April 18, 2011

Istilah

KDPM- Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KDP- Kursus Dalam Perkhidmatan

KDC- Kursus Dalam Cuti

PKPG-Program Khas Pensiswazahan Guru

PBPP- Program Berkembar Pra Perkhidmatan

PISMP-Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

KPLSPM- Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia





Hari terakhir kami di Maktab. 16 Mei 2008. Hari Guru terakhir di Maktab.




Menghitung hari. Rupanya tinggal kurang 3 bulan lagi genap 3 tahun kami bergelar Cikgu.

Bagaimana prestasi diri berbanding hari pertama mengajar?

Friday, March 18, 2011

Fobia

(semalam entri yang agak emo. Maaf ye)

Saya takut naik basikal. Okay, motorsikal pun sama. Rasanya macam tak selamat, terdedah pada bahaya. Kalau saya naik motorsikal, saya akan pegang penunggangnya kuat- kuat. He he, maaflah kepada 3, 4 orang kawan yang pernah membawa saya naik motorsikal.

Puncanya?


Okay, abaikan gambar kaki yang tak lawa itu. Itu bukan roda basikal atau motor. Bukan, Itu roda kerusi roda. Sorong kerusi roda ni rupanya macam bawa kereta juga. Kalau tak pernah bawa kereta, err, macam sorong troli di pasaraya. Takkan tu pun tak pernah, kut?

Ketika saya kecil, (masih tak pandai bawa basikal) saya membonceng makcik saya menaiki basikal. Seronoknya pergh, macam pelakon dalam cerita Isabella! Kemudian, kakak saya (yang juga tak pandai bawa basikal sampai sekarang) menuntut untuk menjadi pembonceng pula.

Dek kerana keras kepala (sampai sekarang), saya enggan mengalah. Sudahnya, kakak saya berjaya juga membonceng dengan duduk di belakang. Saya? Duduk di palang basikal. Awal-awal lagi makcik saya sudah berpesan, jaga jaga kaki. Takut tersepit di celah jeriji basikal.

Tapi dek kerana syoknya naik basikal (bagi orang yang tak pandai bawa), saya terleka. Kaki saya tersepit di celah jeriji dan kami semua tergolek. The next thing that I know, kaki saya sedang diurut oleh arwah nenek. Rasanya itulah kali pertama saya pengsan.

Sampai sekarang saya tak pandai naik basikal T_T

Rugi.
Sekian. Saya nak pergi kerja hari ini. Ayah pesan, balik awal sebab dia nak pergi sembahyang Jumaat. Bahaya tinggalkan Incik Bulat sendirian di rumah.
Berkorban sampai terkorban perasaan sendiri.

Tuesday, March 15, 2011

Ucapkan Selamat Tinggal...

kepada UPM.

M. Ed (TESL) tidak ditawarkan untuk program PJJ. Mari cari universiti lain.

Sedih juga sebenarnya. Rindu fakulti, rindu berpoya-poya di foyer, rindu makanan murah di kafe fakulti, rindu DKAP (Dewan Kuliah Atas Pelantar, kata Aan), rindu konti Putra.fm (yang sejuuuk bangat!), rindu Astaka Seni (tempat menari chewwah!), rindu Panggung Percubaan ^_^, rindu Bukit Ekspo, rindu Mid Valley... eh, ha ha.

Tapi keadaan keluarga sekarang rasanya tak membenarkan aku untuk sambung belajar dulu. Bila agaknya ya?

Wednesday, March 09, 2011

Pengalaman Saya Kurus

... satu ketika dulu.

Tapi ini tidak bermakna saya gemuk sekarang. Tidak! Berat badan saya masih ideal.

Saya membaca blog Kak Pnut yang bercerita tentang Diet Atkins dan tiba-tiba rasa seronok. Tapi itu tidak bermaksud saya akan mengikutinya. Saya termasuk dalam kategori yang akan disumpah oleh rakan sejawat sekiranya saya berdiet. BFF saya kata saya pendek, kawan kesayangan saya kata saya petit. Okay, dua-dua saya terima ^_^

Berat saya tidak berubah sejak habis SPM. Cuma dua kali sahaja saya kurus dalam kategori melayang jika ditiup angin. Percayalah, ia pernah terjadi kepada saya.

Pertama pada tahun 2006. Saya sibuk dengan subjek ko-kurikulum, teater, bulan Ramadhan dan ya, saya baru cabut gigi bongsu ketika itu. Percayalah, saya sudah menjadi seperti papan lapis ketika itu. Sebelum pulang beraya, saya timbang berat badan (yang tak berat) di sebuah pasaraya. Saya turun 10 kg. Berat saya ketika itu sama seperti ketika saya di sekolah rendah. Saya tahu saya kurus (penanda aras saya adalah cincin belah rotan yang saya pakai, longgar habis!), tetapi tidak menyangkan seekstrim itu.

Kedua pada penghujung tahun 2007. Saya diet duit, muahahaha... Diet yang sangat berkesan sekiranya seseorang pelajar itu sengkek. Sebetulnya saya menyimpan untuk praktikum pada tahun hadapannya. Elaun yang diberi kerajaan kecil (tapi masih bersyukur sebab tak payah bayar) dan elaun FAMA ketika itu sedikit terganggu. Saya berpuasa Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Ditambah lagi dengan keletihan menguruskan keluarga, ketika inilah saya pernah hampir melayang di tiup angin. Sudahlah ketika itu saya membawa payung. Saya rasa seperti Mary Poppins. Teruk sungguh rupa saya ketika itu. Tapi nasib baiklah tak ada yang melihat.

Kesimpulannya, saya tak perlu dan tak nak kurus sangat. Bak kata Ayah saya, 'perempuan, kalau kurus sangat, buruk rupanya'. Okay, saya ikut cakap Ayah!

^_^ sangatlah anak Ayah.

Wednesday, February 16, 2011

Observation

This morning I was observed by none other than my former Bahasa Malaysia teacher, Pn. NZ. Since I atarted teaching in July 2008, she is the only person who observe and give me marks. Ironically, almost everytime she observed me, I'll be teaching summary. Only twice I taught literature. *sigh* This might be a punishment to me as I was very weak in summary for BM when I was form four T_T

I am not afraid to be observed. But somehow, if the same person observes me for the past four years, I feel uneasy. I feel exposed. Although I am quite pretty sure that she doesn't really understand what I teach (of course she won't check on my grammar). I've counted, she had been observing me for six times! And I have a strong feeling that for the next semester, she'll be observing me. Again.

I would like to get opinon for different people, my Head of Panel, for example. Unfortunately, our schedule always clash. Most of the time, she'll be having calss when I'm having class too. How can she observe me?

Observation also gives me an uneasy feeling. It will bring me back to April 16th, 2008. I was observed by my leacturer (for minor). That day, I was teaching There's been a Death in the Opposite House (Emily Dickinson). I taught my students about the people who are involved in a funeral. Without the jester in that class, my lesson was just like another funeral. Everybody just kept quiet. Either they stared at their book/handout or they stared at me.

After the lesson ended, my lecturer aske d me, what happened? My performance on that day was way too bad, compard to my previous lesson (I had two observations for my minor). I just shocked my head.

Little that I know, that I'll be attending my mum's funeral that afternoon.

Saturday, December 11, 2010

Without You.


Everytime i sit at my dressing table
and i look at the mirror,
i'll see you.
how i miss to hug you,
bathe you, comb your hair,
cook for you.
most importantly,
how i regretted the most
when i didn't look at you
the last time i saw you breathing.
i was too ego to shed tears
in front of you.
i was too ego to show off
what i feel.
and i regretted
for not giving you a call
the night
before you leave me forever.
what's left with me
are memories
and a smile that i don't even
inherit.
1 Muharam