Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa.
Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang and ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspress (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.
Sanggup membaca noval cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!
Asyik tekenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan anda tidak temui.
Susah hati sekiranya tidak mendapat surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.
Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
Lebih banyak mengucapkan kalimah ‘I Love You’ berbanding kalimah zikir separti: Subhanallah, Alhamdullilah dan Allah hu Akbar!
No comments:
Post a Comment