* Siapa kata cuma manusia ja baca Kekah? (merujuk kepada Siapa Kekah Bidan Sepiah?). Tengok, el tigre saya pun baca juga!
*
*
Membaca Kekah membuatkan saya tegak bulu tengkuk. Kenapa? Sebab sebelum saya menghadamkan Kekah, saya menelefon ayah. Ayat terakhir ayah adalah, "Tidur malam ni baik- baik. Duduk sorang tu". Maummm! Itu bunyi yang menyahut dari Kekah.
*
Memandangkan saya bukan pakar mengulas buku, di sini saya menurunkan beberapa sebab kenapa anda perlu baca Kekah:
i. Setiap tajuk/ bab dalam Kekah terpisah tetapi bersambung- sambung. Dalam ertikata lain, setiap bab boleh berdiri dengan sendiri tetapi lebih seronok jika di baca secara berturut- turut
ii. Pemilihan nama watak sangat bersangkut paut dengan perwatakan mereka. Dengan membaca nama mereka sahaja, anda boleh membayangkan perwatakan mereka
iii. Nota/ diari harimau jadian membantu anda untuk menjejak siapakah antara harimau jadian di dalam Kekah
iv. Membaca penghujung Kekah membolehkan anda menyimpulkan bahawa cerita ini sedikit sebanyak terbina dari pepatah Melayu, "keluar mulat harimau, masuk mulut buaya" ha ha ha...
*
Pastikan anda membeli Kekah sebelum kehabisan stok! Tanda tangan The Sol Jahs juga akan anda dapati di dalam buku anda (kecuali tanda tangan Tok Rimau). Siapa- siapa yang dapat tandatangan Tok Rimau, bukunya lebih rare dan bernilai tinggi. Sila sampul elok- elok dan tunggu dalam 20 tahun lagi. Cuba jual di e-bay, pasti harganya melambung tinggi.

"Saya mahu baca lagi!" kata el tigre.**
2 comments:
comel el-tiger. boleh jadi maskot kekah ni
boleh- boleh.
el- tigre memang dah ready ni
Post a Comment