Ke mana perjalanan paling jauh anda pernah tempuhi? Dari utara ke selatan? Dari semenanjung ke Malaysia timur? Ke luar negara? (dari JB ke Singapura tidak di ambil kira ya) Kadangkala, perjalanan itu sebenarnya perjalanan yang biasa lalui. Tetapi kerana hal tertentu, perjalanan itu terasa amat jauh.
Dan sepanjang saya hidup, baru dua kali saya menghadapinya. Pertama ketika emak pergi.
Kota Tinggi-Johor Bahru-Segamat. Perjalanan sepatutnya sekitar 4 jam sahaja. Tetapi pada saat itu, rasanya perjalanan itu mengambil masa separuh hari.
Kedua, ketika Incik Bulat diserang asma. Ketika itu saya yang memandu. Lawatan ke hospital adalah perkara biasa, tak sampai 20 minit pun perjalanan (dicampur masa menunggu di lampu isyarat). Tetapi hari itu, terasa pemanduan melebihi sejam perjalanan. Runsing. Itu yang menyebabkan kita terasa masa bergerak begitu perlahan, kan?
Perjalanan paling jauh anda?
1 comment:
Perjalanan paling jauh saya adalah dari katil saya ke bilik mandi waktu bangun pagi. Jauh sesangat.
Post a Comment