Monday, August 08, 2011

Nota Untuk Fikri

Aku tak datang sekolah tadi. Tapi macam biasa, aku selalunya takkan tinggalkan anak-anak aku begitu sahaja. Dasar cikgu kejam, kata budak. Aku peduli apa. Gaji aku dibayar untuk mengajar mendidik mereka.

Dan Fikri adalah ketua tingkatan aku yang sweet dan pandai buat kerja. Tapi kadang-kadang aku rasa nak lempang dia juga. Ha ha. Cikgu kejam la katakan.


Esok aku datang sekolah semula ya, anak-anak. Jangan risau. 'Mak tiri' kesayangan anda akan periksa buku anda semua (ketawa jahat).

Wednesday, August 03, 2011

Jalan Sehala

Kita bermula dari dua arah berbeza.

Kau mula dulu, aku kemudian. Kita bertemu secara tidak sengaja. Kita bergerak selari. Pernah aku teringin melompat ke jalan kau.

Tapi itu semua mimpi.

Kita terus bergerak selari.

Sampai satu detik kita perlu berpisah. Kita mungkin seiring tapi tak sehaluan. Seperti jalan persekutuan dan lebuhraya yang dipisahkan dengan pagar lebuhraya. Kita berpisah di tol lebuhraya.

Aku cuma menyinggah, bukan?

Kau terus meluru laju, aku terus menghadap jalan berliku.

Satu ketika nanti, kau dan aku akan kembali sebelah menyebelah.
Mungkin kau di lebuhraya, aku masih di jalan persekutuan.
Mungkin kita sama-sama di lebuhraya. Kau lorong paling kanan, aku lorong paling kiri.
Atau juga mungkin. kita sama-sama di lebuhraya.

Kau menghala ke selatan, aku ke utara.

Sunday, July 31, 2011

... and with her life, is a dream

i had a dream last night.

in the dream,
i slept on your lap.


TOY

Sunday, July 24, 2011

Pasca MASKARA 29

Gua tak datang, gua kodi T_______________T

Tapi gua ada alasan sendiri. Dah kalau orang tak bagi pergi, memang cari bala kalau pergi juga. Untuk meredakan hati yang sedikit geram kerana tak dapat pergi, gua pakai t-shirt Maskara Shorties tahun lepas. Hajat asalnya nak pakai t-shirt KODI, tak takut pengetua terkejut pula. Tapi sungguh, t-shirt tu padan dengan selendang baru gua.

Gua ada projek baru. Dan malam tadi gua sibuk berbincang dengan salah seorang penulis Gangguan juga. Terima kasih di atas idea itu. Gua kena buat sedikit (sebenarnya baaaanyak!) kajian untuk watak yang diperkatakan.

Akhir sekali, gua cuma nak cakap selamat berhujung minggu. Gua nak ngedate dengan salah seorang pembeli Gangguan petang ni.

Sudah, sudah. Gua nak pergi pekena teh vanila!

Friday, July 22, 2011

MASKARA 29


Siapa tak datang dia KODI. Den mungkin ada malam esok. Den pakai t-shirt KODI. Tapi den tak KODI sebab den pernah datang MASKARA. Buleh mintak sain den dan amik gambar dengan den.

Dan den jugo tak KODI sebab den salah seorang penulis Gangguan (nada riak).

Ada pelancaran Gangguan juga. Siapa tak beli dia rugi. Tapi siapa tak baca, dia KODI!