Showing posts with label Teacher n Students. Show all posts
Showing posts with label Teacher n Students. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Mari Bersampin

Ahad lepas. Saya membawa tiga orang hulubalang untuk beraksi di sebuah majlis. 


Aksi hulubalang dengan anak tuan rumah. Kesemuanya anak-anak yang belajar silat (termasuklah orang yang ambil gambar tu).


Punyalah risau saya tak reti mengikat sampin untuk mereka. Sebabnya, ikatan sampin bagi pesilat sedikit berbeza dari yang biasa. Ikatan samping yang biasa digayakan sama ada berdagang dalam mahupun luar kurang praktikal untuk mereka. Sukar untuk membuka langkah.

Tetapi terima kasih kepada Youtube, saya dapat juga pakaikan mereka dengan ikatan ini.
*Cuba sendiri kat diri sendiri 3, 14 kali. Kalau saya pakai sepersalinan lengkap dengan sampin, saya rasa saya pun hensem juga. Ha ha.*

Cara mengikat adalah seperti tutorial di bawah.


Phew! #lappeluh

Sunday, May 06, 2012

Mahmudah Versus Mazmumah

Tempat untuk saya membebel dengan diri sendiri adalah di mana burung biru berkicau. Yang kadangkala tiba-tiba ada paus comel terdampar kesedihan. *ayat madah berhelah*

Saya taip (di bawah ini adalah versi yang telah diedit kerana terdapat kesalahan):
"Setiap manusia ada masa lampau yang tidak mahu dikenang. Ianya ibarat hantu yang muncul *plop* tiba-tiba dan *plop* hilang sekelip mata.
Jadi hantu ini sentiasa menghantui kita. Kita takut orang tahu/ nampak hantu ini.
Jadi, untuk memastikan hantu ini tidak menghantui kita, maka janganlah kita memberi tahu sesiapa tentang kehadiran hantu ini dalam hidup kita.
Juga, janganlah kita mendedahkan hantu (kisah silam/ aib) orang lain."

Dalam keadaan diuji ini, saya berperang dengan syaitan yang ada dalam diri. Sabar, sabar, sabar.

Moga Mahmudah menang besar dalam perlawanan menentang mazmumah.

notakeyboard: Saya mohon doa dari murid saya supaya saya menang moral dalam situasi ini. Murid-murid bagi saya bukan sekadar murid, tetapi mereka anak-anak saya.

Sunday, April 01, 2012

Bukan April Fool

Ini abang saya.

Sebab saya panggil dia abang. Dia panggil saya adik. Okay, sweet, kan?

He he.

Hari ini hari jadi dia. Saya baru tahu hari ini. Itu pun selepas adegan terjun tiruk, jerit-jerit, tolak menolak di tepi kolam. Maaf, ini bukan pool party tetapi kami sedang mengadakan perkhemahan gabungan. Dengan baju separuh kering-lembap, pelajar saya yang iras iras Lisa Surihani (ada yang kata rupa Ana Raffali) menyanyikan lagu Happy Birthday kepada abang kami ini.

Abang, terima kasih sebab membantu dan mengajar saya.

notakeyboard: Hari ini juga hari jadi emak kawan baik saya. Puan Faridah Munafaat, selamat hari jadi!

Friday, March 02, 2012

Trivia Bulan Dua

"Dari skala 1 hingga 10?" soalku.
"Abang bagi adik 6" balasnya.

Kadangkala abang Zaidie panggil saya adik. Jujurnya saya suka. Bunyinya cukup klasik. Dan bunyinya cukup manis di telinga, intonsinya tidak sama dengan frasa 'cik adik'.

notakeyboard: Syukur kini saya sudah bergelar pelajar beruniform semula. Terima kasih abang Zaidie kerana sudi mengajar saya.

Monday, February 27, 2012

Sokongan Yang Tidak Terlihat

Kadangkala kita tidak tahu, sebenarnya ramai yang menyokong kita dalam diam. Maka kita menyangka orang tidak peduli. Sehingga ada yang cuba menjatuhkan kita, tanpa kita sedari, ada suara yang melintaslalu menyatakan dokongan yang tidak terduga.

Itu yang terjadi kepada saya.

Saya kita orang tersebut ada masalah dengan saya. Puncanya saya sendiri tidak maklum. Saya cuma buat apa yang saya suka. Bukan untuk membangga diri, tetapi kerana minat. Tujuannya juga untuk kebaikan anak-anak yang saya ajar.

Anak saya diperlekeh. Pastinya saya berang. Bila saya bersemuka dengannya, dia menyindir saya semula. Katanya kalau tak sedia mendengar komen, kritikan, sila duduk di gunung. Sebagai dewasa yang sudah baligh lagi mumaiyiz, saya kira itu satu bentuk pendedahan terhadap kebodohan diri sendiri. Mendedahkan keburukan diri dengan mengeji orang lain.

Saya akui saya hampir lemah. Mujur ada kenalan di laman maya yang memberi semangat.

Dan sehari selepas acara, pihak atasan mengucapkan tahniah kepada saya di atas usaha saya.

Trilogi Monolog Mencari Jiwa

Saya hasilkan skripnya kurang lebih 24 jam. Petangnya terus sesi membaca skrip dan memilih satu watak terakhir. Latihan dengan anak-anak saya hanya 3 hari, kurang lebih 6 jam sahaja.

Anak-anakku, saya bangga dengan komitmen dan semangat anda!

Wednesday, February 15, 2012

Rabak

Kepala agak serabut. Saat entri ini ditaip, saya sedang mendengar lagu Kau Ilhamku oleh Man Bai. Bukan kerana saya suka sangat lagu ini, tetapi ketika terbangun dari tidur petang tadi, saya terdengar lagu ini di tv (lagu latar untuk sebuah iklan). Lantas saya mendapat idea. Ting!

Kerja makin bertambah dan saya sering tertanya berapa kuat saya untuk melenturkan diri dan masa untuk menyiapkan semuanya?

Kurang seminggu, majils persaraan pengetua akan berlangsung. Baru hari semalam saya mendapat tahu secara rasminya secara hitam putih bahawa saya perlu menyediakan persembahan pelajar. Seminggu? Standard saya, paling kurang sebulan kalau untuk sketsa. Sebab saya berurusan dengan budak kecil. Tingkatan 2.

Sebulan adalah minima. Skrip, pemilihan pelakon dan krew, latihan. Ini asas. Saya bukan professional dalam bidang ini. Yang meneruskan saya dengan hal begini cuma minat dan kesungguhan. Saya mencabar diri sendiri.

Harap saya dapat bersabar dari rabak dengan tugasan yang menimbun.

Amanah.

Wednesday, February 01, 2012

Trivia Bulan Satu

Bos saya panggil saya dengan nama pertama saya.

notakeyboard: Tak ramai yang panggil saya macam ni. Tapi ia sebahagian dari nama saya juga, cuma ia bukan kebiasaan. Untuk kawan kesayangan, saya lebih suka awak panggil saya- ay. Seperti mula-mula kita kenal.

Monday, January 30, 2012

Recce

Ikut bos.

Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka

Kem PLKN Sri Ledang, Jementah, Johor

Kau agak bos pilih yang mana?

Friday, December 30, 2011

Rakaman Momen Personal 2011

Kalau entri sebelum ini saya memaparkan 12 gambar yang saya rakamkan, kali ini saya memaparkan gambar saya yang dirakam oleh orang lain. Sebahagiannya adalah gambar kandid, saya cuma tahu bila ia tersiar di Facebook dan saya ditanda berada di dalam gambar tersebut.

Ketika MSSD Daerah. Sungguh out of place. Pakai baju Kodi. Kandid.

Hari guru 2011. Sekali lagi, pakai baju yang tak kena tempat. Baju 5 tahun Sol-Jah. Gambar dirakam oleh salah seorang pelajar.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama mentor saya. Sungguh tak sangka ada yang rakam dalam sesak ramai orang di ruangan Sofa Putih ITNM. Kandid.

Pementasan Warisan. Nampak sungguh muka risaunya tu. Paling kelakar, selesai pementasan dan rakaman, GPK 1 tolong betulkan tripod. Rupanya boleh tinggi lagi. Hi hi. Kandid.

Bersama awek baru kesayangan Nini Marini ketika MASKARA Shorties. Tak sangka, bermula dengan perkenalan di Twitter, kami jadi baik. Gambar dirakam oleh Ismail Othman.

Ah, saya teringin mengulang pakai seragam sekolah lagi! Ketika pementasan Snow White and The Seven Dwarfs, saya memaksa krew supaya tidak memakai seragam sekolah kerana saya ingin membuat kejutan. Nyata, ramai yang terkejut dan bersorak selepas itu. Dasar cikgu suka cari publisiti. Hi hi. Gambar dirakam oleh pelajar.

Bertemu cinta hati pengarang jantung selepas 3 tahun lebih tidak bersua. Ketika bersms, mereka panggil saya 'kakak', dulu panggil 'mak', 'mama', 'ibu'. Bila bertentang mata, panggil teacher. Hi hi. Sayang anak-anak saya. Gambar dirakam Achik, salah seorang pelajar.

Selamat menyambut tahun baru Masihi 2012!

Thursday, December 29, 2011

Rakaman 12 Momen 2011

Gua malas nak update. Tapi gua janji dengan diri sendiri kena buat juga entri ni. Sebab suka hati gualah. Ini, 12 momen yang gua rakamkan sendiri. Baik pakai kamera digital, mahu pun telefon genggam yang dua jenis itu. Gua susun ikut bulan.

Januari
Budak kena kahwin paksa. Sebab tu masam aje mukanya. Tapi kat sebelah takde pasangan. Hi hi.

Februari
Gua syak masa ni ada acara merentas desa. Macam biasa gua suka-suka ja rakam gambar dan muat naik ke Facebook. Budak-budak ni mana boleh bawa kamera digital. Tapi yang bawa telefon genggam, ramai.

Mac
Sebahagian koleksi novel gua. Yang banyaknya novel Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. Buku rujukan dan latihan gua letak di rak dalam bilik.

April
Gua tak sangka gua dapat rakam momen ni sebenarnya. Dua orang anak kembar cikgu sekolah aku. Si adik (kanan) suka cubit kakaknya (kiri), bila si kakak tak perasan. Tapi kakak steady tak nangis. Tabik.

Mei
Bukan budak-budak je yang buat perangai macam ni. Cikgu pun sama gak. Ni masa hari biru, eh, hari guru atau hari-cikgu-dapat-hadiah-dari-kedai-2-ringgit. Lu syak kasut gua yang mana satu?

Jun
Gua dating kat Mekdi dengan dua pakwe atlet sekolah. Jambu dan HJ. Dekat 3 jam gua kena buat-buat steady supaya gelak gua tak barai. Maklumlah, gua dapat anugerah guru paling popular kat sekolah. Gua kena kontrol cun (keji!).

Julai
Welkam anak kelinci! Macam biasa anak kakak gua mesti terlebih dari tarikh yang ditetapkan untuk lahir. Sedap sangat duduk dapat perut ibu, ya adik?

Ogos
Gengster kuih raya. Anak rimau pandai attack kuih raya yang dia boleh makan. Sudahnya gua dan ibu dia sorok balang kuih belakang tv.

September
Pertama kalinya sketsa yang gua tulis dan arahkan sendiri dipentaskan di khalayak. Gua steady, tapi gabra lutut juga. Kalau lu pandai, cuba cari kat mana yang salah kat clapper board ni. Nanti gua bagi clap-clap-clap.

Oktober
Gua merayau dekat Amcorp Mall, tempat feveret gua hujung minggu sebab ada flea market. Gua syak Transformers dan Spider Man ni dah penat mengekor awek mengukur kedai di Amcorp.

November
Gua pentaskan sketsa kedua di wakaf ni. Gua buat cerita Snow White, jadi gua nak ambil feel. Ada pokok-pokok, cahaya matahari, angin, pondok, tangga. Kalau kat dalam dewan semuanya kaku. Ada tempat, jadi gua explore. (sebenarnya gua rasa macam feel Maskara. Ha ha.)

Disember
Gua ngedate dengan ex boyfies dan aweks gua 3 tahun lepas. Selama mana gua dah bekerja, selama itulah gua tak jumpa mereka. Gua kangen bangat sama mereka. Tapi yang paling best, gua kena payung mereka masa hari tu.

Dah. Gua stop dulu. Lepas ni ada entri bergambar lagi.

Monday, December 26, 2011

Projek Master Saya

Hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Walaupun saya dikategorikan bercuti panjang, kira-kira enam minggu, sebenarnya saya rasa saya tidak bercuti. Bezanya saya tidak perlu bangun seawal 5 pagi, bersiap dan ke sekolah. Kerja saya tidak pernah habis walaupun sekolah bercuti.

Cita-cita itu tidak pernah padam. Kalau entri sebelum ini dibaca, anda pasti perasan yang saya sebenarnya berhajat menyambung pelajaran ke peringkat Master. Saya cemburu. Cemburu dengan kawan kawan seangkatan yang sudah menyambung pelajaran dan ada yang sudah bergraduat. Dan mereka semua sudah berkahwin. Saya?

Bagi memujuk diri sendiri, saya katakan mungkin satu hari nanti saya akan menyambung pelajaran semula. Bila? Tidak tahu. Mungkin saya perlu mengumpul lebih banyak pengalaman di lapangan (mengajar) sebelum menyambung pelajaran. Mungkin juga perkara itu tidak langsung akan terjadi juga (sangat pesimis!).

Tetapi saya kira saya sudah ada 'Projek Master' saya sendiri sepanjang tahun ini.

Projek Master 1
Sketsa Warisan

Di pentaskan (walaupun tidak ada pentas sebenar) ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Satu kelainan tahun ini, mungkin juga berbanding 5 tahun lepas. Diberi kepercayaan untuk membentuk kumpulan sendiri, sekurang kurangnya saya berbangga dengan hasil kerja saya yang pertama. Anak anak ini bermula dari sifar. Saya menulis skrip, memilih, mengedit lagu (editing pertama saya buat, editing kedua pelajar buat), melatih pelajar. Persembahan mereka juga cukup bagus bagi mereka yang tidak pernah/ sudah lama tidak berlakon.

Projek Master 2
Buku Gangguan

Buku pertama mengandungi tulisan saya yang diterbitkan secara bercetak. Sekurang kurangnya kawan kawan saya yang lain tidak ada yang membuat begini. (Nilai tambah untuk diri sendiri ^_^)


Sempat juga saya menyelit agenda makan makan indie- jamuan raya ala pot luck kelas. Projek haram kerana TIDAK dimaklumkan kepada pihak pentadbiran dan semestinya tidak mendapat kebenaran! Yang lebih ekstrim, saya cuma hadir ke jamuan ketika tetamu sudah habis pulang. Saya tukang kemas dengan anak anak yang masih tinggal.

Projek Master 3
DIE! Project

Projek drama tahunan saya masuk tahun kedua. Sudah ada peningkatan berbanding tahun lepas. Dipentaskan di dewan sekolah (tahun lepas dewan dalam proses baik pulih) dan anak-anak mendapat sijil penghargaan. Masih didanai diri sendiri, InsyaAllah tahun hadapan akan mendapat dana dari bahagian Ko Kurikulum. Seperti kata Tok (pencetus idea projek ini), sekurang kurangnya pihak sekolah sudah buka mata pada usaha saya.

Projek Master 4

FYP (Final Year Project)- Snow White and the Seven Dwarfs

Walaupun saya bagi tahu jiran sebelah meja di bilik guru, cukup-cukuplah saya berdrama tahun ini, tetapi semangat berpentas terlalu menggila. Juga pujukan dari anak yang terlibat dengan DIE! Project, maka terhasillah FYP. Didanai bahagian Ko Kurikulum (RM 30 ringgit sahaja ya) dan mendapat pertolongan salah seorang pembantu makmal sekolah saya. Terima kasih abang Zaidie. Sambutan saya kira cukup hangat dan di luar dari kebiasaan kerana saya memilih untuk mementaskannya di wakaf yang terletak antara blok kelas. Penonton duduk di depan pentas, 'menebeng' di luar kaki lima kelas dan menjenguk dari tingkap. Memang itu imej yang tergambar di minda saya ketika memilih tempat itu.


Projek Master 5
Modul untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tahun depan. Saya menganggarkan tahun depan saya akan lebih sibuk. Keluar waktu P&P atas tugas rasmi (taklimat/ kursus/ mesyuarat) adalah perkara biasa. Tidak masuk lagi cuti rehat khas (CRK) dan cuti sakit (MC). Prinsip saya, saya tidak akan tinggalkan anak-anak tanpa tugas, walaupun cuma untuk menyalin nota atau contoh karangan. Bunyinya macam zalim, tapi saya dibayar gaji untuk mengajar mereka. Saya tidak mahu anak anak mengalami apa yang saya alami ketika bersekolah dahulu. Sangat memeritkan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam.
Juga modul saya sudah dikongsi dengan dua orang guru dari sekolah lain. Modul saya sememangnya tidak lengkap, tidak sempurna. Tetapi saya harap ia dapat membantu mereka.

Projek Master 6
Jualan buku di koperasi

Saya belajar untuk jadi bos. Cikgu senior sibuk menelefon saya sepanjang dua minggu lalu berkenaan dengan hal ini. Sejujurnya saya agak tertekan sebab saya masih baru (kira-kira 3 tahun), tetapi saya perlu menguruskan hal ini. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka sedang 'berperang' untuk menghantar markah kertas peperiksaan awam yang mereka tanda. Ini mungkin latihan untuk diri sendiri andai satu hari nanti mereka berpindah sekolah. Saya juga yang kena bukan?

Ini entri balas dendam, mungkin. Sebab panjang.

Tetapi projek master saya yang utama, yang telah ditulis untuk saya adalah untuk berbakti kepada Ayah dan abang saya. Sebelum saya menjadi seorang pelajar, sebelum saya menjadi seorang guru, saya adalah hamba kepadaNya, anak kepada seorang ayah dan adik kepada seorang abang.

Family first. Tak gitu?

Sunday, November 27, 2011

Dilema

Sebenarnya aku nak menaip entri berkenaan projek yang menyebabkan aku sibuk hampir 3 bulan. Dalam masa 3 bulan itu jugalah, hampir setiap hari aku berada di sekolah sehingga jam 5 petang. Tapi memandangkan aku lupa bayar bil internet, maka tak dapatlah aku online menggunakan komputer riba. Sila umpat aku sebab tak reti nak sambungkan internet handphone dengan komputer. (LTS ada ajar dulu, tapi aku tak ingat caranya. Mamat tu kalau bercakap memang laju.)

Sebenarnya awal tahun ini aku merancang untuk sambung belajar. Cita-cita sudah lama ada, tetapi aku merasakan sekaranglah masa yang lebih sesuai. Sebabnya, aku sudah ada sedikit pengalaman berada di sekolah. Berhadapan dengan pelajar, urusan pentadbiran, berjumpa dengan ibu bapa dan lain-lain perkara yang sebenarnya kalau ikut logik akal, bukan tugas cikgu.

Tetapi rancangan Tuhan di luar jangkaan aku. Keadaan Ayah dan Incik Bulat membuatkan aku sungguh tak akan mampu untuk menyambung pelajaran. Ada sedikit cemburu dan kecewa. Cemburu pada kawan yang sudah memulakan pengajian dan ada yang sudah bergraduat tahun ini. Kecewa kerana rancangan aku tidak kesampaian. Benar kata kawan kesayangan aku, aku takkan mampu melakukannya tahun ini. Komen dia bukan untuk melemahkan aku. Tetapi dia menganalisis situasi aku sebelum memberi komen.

Sudahnya, kerana kecewa berganda (mungkin lebih kecewa kerana putus cinta), aku habiskan banyak masa di sekolah. Melatih anak-anak berlakon. Aku salurkan kekecewaan dengan menyibukkan diri. Hasilnya tidaklah begitu mengecewakan. Bahkan bila aku beritahu kawan baik tentang projek drama/ sketa dan pertandingan sketsa yang aku buat, dia mengesyorkan aku menjadikannya projek sekiranya aku menyambung pelajaran nanti. Persoalannya, diterimakah?

Kalau di ikutkan kecenderungan, aku lebih menjurus ke arah sastera. Tetapi pasaran mungkin kurang. Berapa banyak sekolah di Malaysia yang menawarkan subjek English Literature untuk dipelajari untuk SPM? Yang lebih realistik, menyambung dalam bidang pendidikan juga.

Mungkin impian itu terpaksa dipendam untuk beberapa tahun lagi. Lagi pun, tahun depan sudah semestinya aku sibuk dengan jawatan baru- Setiausaha Ko Kurikulum. Runsing, kalau ada yang akan cakap belakang kerana aku masih baru lagi. Bahkan, mengikut cakap-cakap, jawatan itu sebenarnya disandang oleh guru DG44. Aku? Harap maklum, masih tak sah jawatan lagi walaupun sudah berkhidmat selama 3 tahun 4 bulan. Sila gelak, sebab aku malas mahu bergaduh dengan kerani di pejabat untuk menguruskan pengesahan jawatan aku.

Ini entri emo. Sebab aku tak ada lawan bergaduh kerana sekarang cuti sekolah. Kalau tak cuti, aku boleh berperang dengan anak- anak ^_^

Monday, October 17, 2011

Mod Hibernasi

Sungguh, dah lama tak update blog kerana sibuk dan menyibukan diri dengan kerja. Kerja dah banyak, tetapi sengaja beban itu ditambah. Sengaja mengainaya diri.

Lepas projek Warisan, sibuk dengan DIE! Project tahun kedua. Ada penambahbaikan, tapi masih didanai diri sendiri. Mungkin tahun depan boleh dapat dua dana. Dana panitia dan dana ko kurikulum. Masih dalam skala yang sama. Aku tak mahu nanti ada pelajar salahguna nama aku dan jaja aku suruh berlakon. Padahal aku tak suruh pun (dah jadi kes pun minggu lepas).

Sibuk dengan peperiksaan akhir tahun minggu ini, ada juga spekulasi aku nak buat kelas tambahan kerana baik dengan adik AJ. Macsm-macam budak ni. Jadi cikgu pun tak lepas dari gosip. Projek drama akhir tahun akan berjalan selepas peperiksaan akhir tahun. Harapnya baik-baik sajalah. Kali ini aku ambil muka baru. Beri mereka peluang ke depan pula.

Niat di hati nak sertai Projek Lawan-Lawan, tapi bahan pun tak kumpul lagi. Haish. Harap-harap sempatlah menghantar penyertaan sebelum cukup 20 orang (sekarang dah 15 orang wei!). Dapat tak dapat belaktlaang kira, janji mencuba. Bak kata Tok dulu, "you got nothing to lose if you try". Iyo lah tu Tok. Saya cuba lagi kali ni ye... (kalau sempatlah)

Saturday, September 10, 2011

Dokumentasi Warisan

Pandangan atas
Pandangan depan
Pandangan sisi (1)
Pandangan sisi (2). La... hak kerajaan rupanya. Aku nak beli sendiri jangan haraplah.
Jika ada yang menjadi kawan aku di Facebook atau mengikuti aku di Twitter, pasti perasan tentang status/ twit aku berkaitan dengan Warisan. Warisan sebenarnya adalah projek sketsa kedua aku. (kalau perasan, sketsa pertama tahun lepas sekitar bulan 7) Skrip aku buat sendiri.

Lepas habis sketsa, aku malas nak layan komen-komen negatif dari penonton. Kasilah aku rehat kejap, dah dekat sebulan aku kerjakan projek ni. Selaku orang yang tamak, aku uruskan sendiri. Handycam aku pinjam dengan sekolah. Tripod pinjam dari cikgu lain. 2 minggu lagi aku akan rakam projek DIE dengan anak-anak 1 Execl pula.

AJ kata dia akan rindu aku dan projek Warisan ini. Walaupun kami dalam sekolah yang sama, bukan hari-hari aku jumpa dia. Nasib baik 2 minggu sahaja sela masa Warisan den projek DIE aku. Kalau tak aku pun mungkin akan weng sedikit. Tapi aku tak lupa, sebenarnya aku pun perlukan rehat juga!

Dari kiri (berdiri):
Zarina (kecil), Makcik baca Yassin (2), Azizah, Pencerita, Makcik baca Yassin (1), Zarina (besar), Pegawai Tentera dan Zainal (kecil).
(duduk)
Kapten Aziz dan Zainal (besar).

Tiada dalam gambar
Kawan Zarina dan Zainal (kecil)

Nasib baik aku tak buang clapper board aku tadi. Ha ha.

Monday, August 08, 2011

Nota Untuk Fikri

Aku tak datang sekolah tadi. Tapi macam biasa, aku selalunya takkan tinggalkan anak-anak aku begitu sahaja. Dasar cikgu kejam, kata budak. Aku peduli apa. Gaji aku dibayar untuk mengajar mendidik mereka.

Dan Fikri adalah ketua tingkatan aku yang sweet dan pandai buat kerja. Tapi kadang-kadang aku rasa nak lempang dia juga. Ha ha. Cikgu kejam la katakan.


Esok aku datang sekolah semula ya, anak-anak. Jangan risau. 'Mak tiri' kesayangan anda akan periksa buku anda semua (ketawa jahat).

Tuesday, July 19, 2011

Lusuh


Minggu lepas, ada sesi penggambaran untuk majalah sekolah. Sikit punya lewat la. Anak aku dari 40 orang, jadi 41 orang. Kemudian jadi 40 semula. Sekarang ni tinggal 39 orang sahaja, baru nak buat sesi fotografi =.="

Selaku guru yang berdedikasi (kononnya), gua pakai uniform. Tapi ramai yang komplen, "kenapa baju kau dah lusuh? Pudar je warnanya?"

Gua balas, "gua otai, penasihat lagi. Haruslah baju gua dah lusuh. Budak-budak ni pakai baju subsidi. Baju dari stor, sebab tu warnanya elok lagi."

Tiba-tiba gua rasa nak pergi tempah baju dan but baru.

Dan gua rasa nak pergi latihan supaya gua boleh ditauliahkan sebagai pegawai (lepas tu tak payah la pakai baju celoreng lagi). Tapi masalahnya gua tetiba gerun sebab kes kadet yang kena botakkan kepala tu. Ahaks!

Wednesday, June 08, 2011

Caca Marba

Dah lama sebenarnya nak buat entri mengenai peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Baru hari ini berpeluang untuk mengedit gambar yang berada dalam kamera.

Soalan subjek Sains, Kertas 2 bagi pelajar Tingkatan 1.

Soalan: Berdasarkan struktur sel yang diberikan dalam Jadual 2, nyatakan fungsinya. (Ada 3 sel, tapi aku mahu fokus pada sel yang kedua sahaja. Tengok gambar kau tahu sel apa. Aku gelak-gelak baca jawapannya.)

Jawapan 1

Menyuburkan

Jawapan 2
Anak benih

Jawapan 3

Memudahkan pergerakan sel-sel di dalam darah

Jawapan 4

Klamiaomonas- bergerak di dalam air

Jawapan 5
Menjadi sel manusia untuk bergerak

Jawapan 6
Superma: fungsinya ialah yang di dalam kandung perempuan dengan persetubuhan untuk mendapat cahaya mata.

Jawapan 7

-living thing -can move -very tiny

Jawapan 8Untuk menjaga hidupan dalam air

Jawapan 9

Untuk pembiakan wanita

Aku pantau jawapan pelajar sambil tergelak-gelak. Rasanya anak-anak aku ni tidaklah terlalu naif. Mungkin, mereka tahu jawapannya cuma tak tahu macam mana nak menerangkannya.