Kalau entri sebelum ini saya memaparkan 12 gambar yang saya rakamkan, kali ini saya memaparkan gambar saya yang dirakam oleh orang lain. Sebahagiannya adalah gambar kandid, saya cuma tahu bila ia tersiar di Facebook dan saya ditanda berada di dalam gambar tersebut.
Ketika MSSD Daerah. Sungguh out of place. Pakai baju Kodi. Kandid.
Hari guru 2011. Sekali lagi, pakai baju yang tak kena tempat. Baju 5 tahun Sol-Jah. Gambar dirakam oleh salah seorang pelajar.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama mentor saya. Sungguh tak sangka ada yang rakam dalam sesak ramai orang di ruangan Sofa Putih ITNM. Kandid.
Pementasan Warisan. Nampak sungguh muka risaunya tu. Paling kelakar, selesai pementasan dan rakaman, GPK 1 tolong betulkan tripod. Rupanya boleh tinggi lagi. Hi hi. Kandid.
Bersama awek baru kesayangan Nini Marini ketika MASKARA Shorties. Tak sangka, bermula dengan perkenalan di Twitter, kami jadi baik. Gambar dirakam oleh Ismail Othman.
Ah, saya teringin mengulang pakai seragam sekolah lagi! Ketika pementasan Snow White and The Seven Dwarfs, saya memaksa krew supaya tidak memakai seragam sekolah kerana saya ingin membuat kejutan. Nyata, ramai yang terkejut dan bersorak selepas itu. Dasar cikgu suka cari publisiti. Hi hi. Gambar dirakam oleh pelajar.
Bertemu cinta hati pengarang jantung selepas 3 tahun lebih tidak bersua. Ketika bersms, mereka panggil saya 'kakak', dulu panggil 'mak', 'mama', 'ibu'. Bila bertentang mata, panggil teacher. Hi hi. Sayang anak-anak saya. Gambar dirakam Achik, salah seorang pelajar.
Selamat menyambut tahun baru Masihi 2012!
No comments:
Post a Comment