Gua malas nak update. Tapi gua janji dengan diri sendiri kena buat juga entri ni. Sebab suka hati gualah. Ini, 12 momen yang gua rakamkan sendiri. Baik pakai kamera digital, mahu pun telefon genggam yang dua jenis itu. Gua susun ikut bulan.
Januari

Budak kena kahwin paksa. Sebab tu masam aje mukanya. Tapi kat sebelah takde pasangan. Hi hi.
Februari

Gua syak masa ni ada acara merentas desa. Macam biasa gua suka-suka ja rakam gambar dan muat naik ke Facebook. Budak-budak ni mana boleh bawa kamera digital. Tapi yang bawa telefon genggam, ramai.
Mac

Sebahagian koleksi novel gua. Yang banyaknya novel Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. Buku rujukan dan latihan gua letak di rak dalam bilik.
April

Gua tak sangka gua dapat rakam momen ni sebenarnya. Dua orang anak kembar cikgu sekolah aku. Si adik (kanan) suka cubit kakaknya (kiri), bila si kakak tak perasan. Tapi kakak
steady tak nangis. Tabik.
Mei

Bukan budak-budak je yang buat perangai macam ni. Cikgu pun sama gak. Ni masa hari biru, eh, hari guru atau hari-cikgu-dapat-hadiah-dari-kedai-2-ringgit. Lu syak kasut gua yang mana satu?
Jun

Gua
dating kat Mekdi dengan dua pakwe atlet sekolah. Jambu dan HJ. Dekat 3 jam gua kena buat-buat
steady supaya gelak gua tak barai. Maklumlah, gua dapat anugerah guru paling popular kat sekolah. Gua kena kontrol cun (keji!).
Julai

Welkam anak kelinci! Macam biasa anak kakak gua mesti terlebih dari tarikh yang ditetapkan untuk lahir. Sedap sangat duduk dapat perut ibu, ya adik?
Ogos

Gengster kuih raya. Anak rimau pandai
attack kuih raya yang dia boleh makan. Sudahnya gua dan ibu dia sorok balang kuih belakang tv.
September

Pertama kalinya sketsa yang gua tulis dan arahkan sendiri dipentaskan di khalayak. Gua
steady, tapi gabra lutut juga. Kalau lu pandai, cuba cari kat mana yang salah kat
clapper board ni. Nanti gua bagi
clap-clap-clap.
Oktober

Gua merayau dekat Amcorp Mall, tempat feveret gua hujung minggu sebab ada
flea market. Gua syak Transformers dan Spider Man ni dah penat mengekor awek mengukur kedai di Amcorp.
November

Gua pentaskan sketsa kedua di wakaf ni. Gua buat cerita Snow White, jadi gua nak ambil
feel. Ada pokok-pokok, cahaya matahari, angin, pondok, tangga. Kalau kat dalam dewan semuanya kaku. Ada tempat, jadi gua
explore. (sebenarnya gua rasa macam
feel Maskara. Ha ha.)
Disember

Gua ngedate dengan
ex boyfies dan
aweks gua 3 tahun lepas. Selama mana gua dah bekerja, selama itulah gua tak jumpa mereka. Gua kangen bangat sama mereka. Tapi yang paling
best, gua kena payung mereka masa hari tu.
Dah. Gua
stop dulu. Lepas ni ada entri bergambar lagi.
1 comment:
Kak, bkn Transformers tapi robot Power Rangers.
Post a Comment