Wednesday, June 08, 2011

Caca Marba

Dah lama sebenarnya nak buat entri mengenai peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Baru hari ini berpeluang untuk mengedit gambar yang berada dalam kamera.

Soalan subjek Sains, Kertas 2 bagi pelajar Tingkatan 1.

Soalan: Berdasarkan struktur sel yang diberikan dalam Jadual 2, nyatakan fungsinya. (Ada 3 sel, tapi aku mahu fokus pada sel yang kedua sahaja. Tengok gambar kau tahu sel apa. Aku gelak-gelak baca jawapannya.)

Jawapan 1

Menyuburkan

Jawapan 2
Anak benih

Jawapan 3

Memudahkan pergerakan sel-sel di dalam darah

Jawapan 4

Klamiaomonas- bergerak di dalam air

Jawapan 5
Menjadi sel manusia untuk bergerak

Jawapan 6
Superma: fungsinya ialah yang di dalam kandung perempuan dengan persetubuhan untuk mendapat cahaya mata.

Jawapan 7

-living thing -can move -very tiny

Jawapan 8Untuk menjaga hidupan dalam air

Jawapan 9

Untuk pembiakan wanita

Aku pantau jawapan pelajar sambil tergelak-gelak. Rasanya anak-anak aku ni tidaklah terlalu naif. Mungkin, mereka tahu jawapannya cuma tak tahu macam mana nak menerangkannya.

7 comments:

ღnFashyaღ said...

Akikikiki....gelak kecik2 aku kat sini ain... macam2 jawapan diorg. yang lukisan tu pun, sape yang lukis tuh? HAHAHAHA

ay_yusof said...

Aku tak pasti la siapa yang lukis. Mungkin cikgu dia yang lukis, mungkin juga dia photostat atau scan dari buku kerja.

Ni baru satu soalan kau tengok. Kalau kau pantau budak masa exam, lagi macam-macam jawapan kau boleh jumpa.

She is Afiqah Zakiyah said...

menjadi sel manusia untuk bergerak???hehehe

~hidayah~ said...

ekekeke ok la tu kan... ada gak jawapan daripada tinggal kosong then tdo sampai cukup waktu.... ahahaha...sakit perut akak gelak sambil baca

ay_yusof said...

Afiqah:
yang lebih tak tahan tu bergerak dalam air. Kehkehkeh.

Kak Dayah:
ada juga yang biarkan kosong. Tapi sepanjang kita pantau, satu kelas semua jawapan lebih kurang macam ni. Semua tak masuk akal. Ha ha.

rudy bluehikari said...

hahahahaha gelak guling2 neh yang jwp: persetubuhan untuk mendapat cahaya mata. hehehehe shomell jerr

ay_yusof said...

Incik Rudy:
Ahaha, cahaya mata tu... bukan anak. Sikit punya baik bahasa dia. Kehkehkeh.