Sebenarnya saya baru putus cinta. Kelakar sungguh cara saya bercinta dan dengan siapa saya bercinta. Bila dia kata dia mahu memutuskan perhubungan, saya kata 'okay'. Bukan maksudnya saya sudah tidak sayangkan dia lagi. Tapi saya tahu, kalau saya tahan dia sekalipun, tak ada gunanya. Walaupun dia kata dia masih sayangkan saya, saya tahu perhubungan kami tidak akan ke mana.
Saya pernah bercerita tentang perhubungan kami melalui entri ini. Kepada sesiapa yang bijak, sila tafsir dan beritahu saya. Kalau betul, saya belanja kopi c",)
Rasanya saya perlu berhenti menulis di blog buat seketika. Entri pada 19 dan 26 Jun ini adalah entri auto-post. Saya perlukan masa untuk merawat hati. Saya perlu tampal handyplast di hati saya. Ironinya, saya sudah beli handyplast itu ketika hubungan kami belum pun sampai sebulan.
Doakan saya kuat. Saya ada keluarga yang memerlukan saya dan anak-anak yang masih memerlukan bimbingan saya.
Buat RR, jangan bimbang tentang saya. Janji saya, kita masih berkawan. Saya masih perlukan bimbingan dan nasihat awak. Terima kasih di atas segala kenangan manis yang awak berikan kepada saya. Terima kasih kerana mendengar dan membaca omelan saya. Terima kasih kerana memberikan perhatian kepada saya, satu-satunya perkara yang saya sangat mahu dari awak (awak pernah tanya, tapi saya tak berikan jawapannya). Kalau kita jumpa lagi, saya harap awak sudi berduet dengan saya lagu ini.
Okay, sekarang saya nak tampal plaster. Babai!
2 comments:
Tp kenapa tajuk tupperware?
Tupperware= jenama bekas.
Ini entri tentang bekas pakwe aku. Ha ha.
Post a Comment