Sekarang musim orang kahwin. Kata seorang kawan saya, musim mengawan. Sememangnya musim cuti sekolah menjadi pilihan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Hujung tahun, berebut-rebut bakal pengantin cari kalendar nak pilih tarikh majlis. Kalau kau buat majlis bukan pada musim cuti sekolah atau cuti umum di tambah lagi tengah-tengah minggu, orang kata kau gila. Lain la kalau kau artis. Ini semua mind set orang sahaja. Suka hati kau la nak kahwin bila. Kan? Tapi jangan gaduh kalau tak ramai datang.
Kepada yang masih solo, belum berhajat untuk berduet, trio mahupun membuat satu kumpulan band, 'lagu' yang sering dikumandangkan ke telinga anda adalah 'bila nak kahwin?' dan 'bila nak merasa nasi minyak?' Maka di sini diturunkan jenis-jenis nasi minyak yang kau boleh 'hidang'kan kepada mereka yang bertanya.
1. Nasi minyak masak
Minyak masak banyak jenama. Pilih aja mana satu. Nak yang biasa? Kurang kolestrol? Pemeringkatan 2 kali?
2. Masi minyak angin
Minyak Cap Kapak? Minyak Geliga? Minyak Cap Dua Singa?
3. Nasi minyak urut
Nak yang biasa-biasa ada, yang panas berangin pun ada.
4. Nasi minyak wangi
Tempatan atau antarabangsa? Murah, mahal pun ada. Lepas makan nafas berbau wangi.
5. Nasi minyak zaitun
Nak minyak zaitun yang untuk masakan ada untuk kecantikan pun ada. Kalau untuk masakan punya boelh pilih yang biasa atau pun EVOO (extra virgin olive oil)
6. Nasi minyak guna-guna/ dagu
Yang ini rare. Nak dapatkan pun susah. Tapi kalau kena gaya, boleh la tawan anak lelaki atau anak perempuan makcik/ pakcik yang bertanya. Tapi kalau yang bertanya tu kawan sendiri yang baru 2,3 bulan berkahwin, nampaknya terpaksa la kau tunggu sampai anak dia besar baru kau boleh pinang.
7. Nasi minyak petrol
Harga petrol naik sekarang. Kalau nak jimat, guna RON 95. NGV tidak diambil kira.
Sekian tutorial untuk hari ini. Idea untuk tutorial hari ini adalah hasil perbincangan melalui SMS dengan CikMus dan adik-adiknya.
2 comments:
masa lin kahwin, lin buat nasi minyak rambut. hahahah...sebab makcik yang mekap kan Lin tu, dibedalnya rambut aku buat snaggul tinggi guna minyak rambut n spray rambut...cis....tak cium bau syurga aku..nasib aku dah tobat tak nak buat camtu....
minta tak cukur kening, dia setuju, tapi aku lupa pulak nk kasitau jgn buat sanggul tinggi macam unta kat keplaa aku....lega tak tinggi sangat
Lin,
ahahaha, kenangan tu. Takpe, dalam versi modified nanti Ay letak Nasi Minyak Rambut pula.
Anyway, thanks for reading!
Post a Comment