(ini entri mengumpat. Tak suka sila tinggalkan blog ini.)
Saya perlu menulis. Saya perlu luahkan apa yang ada dalam hati dan minda saya.
Sejak dari hari pertama saya di lahirkan, bahkan sejak saya berada di dalam rahim emak saya lagi, saya sudah mendiami rumah ini. Berjiran dengan mereka yang bukan Islam, bukan Melayu, tetapi saya gembira. Kami gembira kerana tidak ada pergaduhan besar-besaran, bahkan permuafakatan yang baik. Kami tidak pernah disisihkan. Sehingga saya berada di dalam Tingkatan 4, saya tidak pernah ada jiran Melayu.
Saya tidak anti dengan bangsa sendiri, tetapi say hairan dengan jiran Melayu saya. Bercakap sekuat hati, putar volume radio dan televisyen pada kadar maksimum, jerit tempik anak sendiri siang malam. Saya pening. Si anak pula sesuka hati memanggil ibu mereka bodoh dan gila, bermain di luar rumah tidak ingat siang malam, ponteng sekolah. Saya tertekan.
Bukan bermaksud keluarga saya sangat baik. Tetapi sekurang-kurangnya kami memahami erti timbang rasa. Mungkin kerana terbiasa dengan kawasan perumahan yang tenang-tenang, saya tidak betah dengan perkara sebegini.
Saya tidak pernah rasa tidak selamat di rumah sendiri. Tetapi itu yang saya rasa sekarang. Jangan salahkan kami kalau paranoid. Rasanya sesiapa pun akan begitu kalau rumah sebelah diintip, diserbu polis.
Oh ya, jiran-jiran Melayu saya sangat berat mulut juga. Bahkan tidak diajar anak-anak mereka untuk menegur kami. Jiran Cina, India bahkan Orang Asli yang saya pernah ada sekurang-kurangnya berbahasa. Jika tidak menegur saya pun, mereka menegur Ayah, abang atau Emak saya (ketika dia masih ada).
Tolong saya. Tolong saya memahami jiran yang sebangsa dengan saya. Saya tidak anti bangsa sendiri.
No comments:
Post a Comment