Gua tak datang, gua kodi T_______________T
Tapi gua ada alasan sendiri. Dah kalau orang tak bagi pergi, memang cari bala kalau pergi juga. Untuk meredakan hati yang sedikit geram kerana tak dapat pergi, gua pakai t-shirt Maskara Shorties tahun lepas. Hajat asalnya nak pakai t-shirt KODI, tak takut pengetua terkejut pula. Tapi sungguh, t-shirt tu padan dengan selendang baru gua.
Gua ada projek baru. Dan malam tadi gua sibuk berbincang dengan salah seorang penulis Gangguan juga. Terima kasih di atas idea itu. Gua kena buat sedikit (sebenarnya baaaanyak!) kajian untuk watak yang diperkatakan.
Akhir sekali, gua cuma nak cakap selamat berhujung minggu. Gua nak ngedate dengan salah seorang pembeli Gangguan petang ni.
Sudah, sudah. Gua nak pergi pekena teh vanila!
No comments:
Post a Comment