Walaupun Maskara sudah berusia 5 tahun, tetapi scene aku berMaskara masih lagi hijau. Setahun yang lalu, Maskara 22 menjadi saksi kehadiran aku ke Rumah PENA buat kali pertama. Walaupun hadir dan pulang paling lambat, itu Maskara terbaik buat aku. Sebabnya? Baca entri ini.
Ketika tiba di Rumah PENA (selepas berpusing-pusing hampir 5 kali dan abang jaga Restoran Tupai-Tupai menjenguk keluar) akhirnya aku tiba di Rumah PENA dengan hati berbelah bahagi mahu turun atau tidak. Kerana satu-satunya orang yang aku rasa mengenali aku di situ cuma Tok Rimau.
Tetapi syukur aku masih berjaya menggagahkan diri menapak masuk (walaupun malam pekat hitam legap sampai aku tak tahu nak jalan kat mana- rabun aku berkuasa tinggi), disambut dengan suara Bang Naga, "masuk je dalam. Buat tak malu macam rumah sendiri."
Tetapi satu perkara yang pasti, dari kali pertama aku pergi Maskara sampai sekarang, aku tak pernah makan apa-apa yang dihidangkan, aku cuma minum. Aku kenyang dengan persembahan yang dihidangkan (padahal balik rumah rasa nak mengamuk sebab lapar. ha ha).
Membebel banyak tak guna. Cuma satu sahaja harapan aku, aku boleh sokong Maskara untuk satu jangkamasa yang panjang. Aku jadikan Maskara satu ganjaran kepada diri selepas bergelumang dengan kerja dan anak-anak yang selalu buat aku stress. Teringat Maskara sahaja sudah boleh buat aku senyum sampai telinga.
Terima kasih Sol-Jah kerana menghidangkan Maskara untuk menghiasi bulu mata aku pada malam minggu!
3 comments:
Salam. Saya Fairul Nizam. Tadi saya terjumpa entri saudari pasal Kosong Berhad tulisan Saharil. Saya sebenarnya tengah mencari salinan cerpen itu (malah dah tanya Saharil tapi dia takde salinan) dan cuba cari antologi yang memuatkan cerpen tu tapi tak dapat. Saya nak tanya kalau saudari sudi tak untuk scankan untuk saya sebab saya nak cuba terjemahkan cerpen tu jadi screenplay sebenarnya. Terima kasih. Oh, ini emel saya ya, fairulnizam@gmail.com. Cheers.
Salam. Saya akan cuba cari semula cerita itu dan email kan kepada saudara. Majalah tersorok di rak.
=)
Terima kasih!!! Nanti kalau projek menjadi kenyataan, saya akan kreditkan saudari.
Post a Comment