Hari Khamis adalah hari yang paling menggembirakan bagi cikgu Bahasa Inggeris macam aku. Sebabnya, hari Khamis adalah hari yang paling sedikit lot menoreh kami (waktu mengajar). Selalunya, dalam sehari kami ada 6 lot. Kalau tak kena gaya, boleh dapat 3, 4 lot menoreh lantun (mengajar waktu terakhir di kelas hujung).
Kenapa kami dapat keistimewaan 4 lot sahaja pada hari Khamis? Jeng jeng jeng... kerana kami ada program LET (Learn English Together). Kepada cikgu BI di negeri lain, harap maaf. Keistimewaan ini hanya ada pada cikgu-cikgu BI Johor sahaja. Masa inilah kami berlonggok buat kerja panitia, walaupun selalunya kami akan bergebang, bertukar gosip dan tak lupa... mesyuarat panitia.
Hari ini, tiba-tiba sahaja topik yang kami bincangkan ialah tilikan tapak tangan. Ini gara-gara tapak tangan kanan saya gatal yang teramat membuatkan saya menggaru sepuasnya. Ini mendatangkan kemusykilan kepada LTS. Kemudian KP (ketua panitia) saya pun ikut serta dengan pengetahuannya dalam bidang menganalisa tapak tangan.
Bermacam bacaan tilikan yang dibuat. Tapi satu tilikan dari KP ke atas tangan saya membuatkan ketawa dan teringat tilikan yang dibuat seseorang 2 tahun lepas (ketika saya Induksi).
Katanya, saya akan memiliki dua orang yang betul-betul menyayangi saya. Mungkin saya akan bersama salah seorang dari mereka, tetapi kepastian itu tidak ada.
Peh, itu satu bentuk bacaan yang sangat mengganggu. Tapi hey, itu hanya tilikan. Jangan pula percaya 100%. Rosak akidah nanti.
Mereka memetik satu pepatah, "the future is in your hand". Ya, kerana ia telah tertulis, tetapi ia juga bermaksud, kita mampu mengubahnya kerana ia berada di tangan kita.
Saya senyum sahaja.
notakeyboard: Terima kasih kepada mereka kerana menyokong saya. Kata mereka, "you have done the best decision and we understand how you feel. We don't blame you for what had happended." I love them!
No comments:
Post a Comment