Thursday, January 01, 2009

Bom atau bumi?

*
Anda lancar membaca jawi? Sejak pemansuhan Jawi dari sistem persekolahan, ramai di antara kita yang tidak lagi lancar membaca apatah lagi menulis Jawi. Saya sendiri merangkak-rangkak kerana sudah lama tak membaca bahan-bahan bertulis Jawi.
*
Satu kenangan yang saya ingin kongsikan ialah ejaan Jawi lama. Kepada anak-anak Johor yang pernah bersekolah agama, pasti kenal dengan Kitab Mat’al Badrin. Dalam kitab ini ada macam-macam topik. Muamalat, munakahat, ibadat, jinayat (my fav)...
*
Apa yang istimewa menganai kitab ini, adalah sangat sukar untuk kita menemui tanda nokhtah (full stop). Oleh itu, sekiranya anda berjumpa dengan orang yang suka bercakap tanpa berhenti, anda bolehlah mengibaratkan orang tersebut seperti kitab tersebut.
*
Ejaan yang di gunakan dalam kitab ini adalah ejaan Jawi lama. Cuba anda eja perkataan ini:
*
Ba-wau-mim
*
Bom atau bumi? Pasti kelirukan? Sebenarnya cara membacanya bergantung pada konteks. Ia boleh jadi bom, boleh jadi bumi. Tapi kalau dah namanya kitab agama, tak kan la bom...
*
(baca: siapa yang nak diletupkan?)
*

No comments: