Wednesday, January 12, 2011

Senarai Semak, Senarai Semak.

Oh, tugas saya sudah berubah sedikit. Saya tidak lagi memegang jawatan guru penasihat Kelab Catur. Yay! Itu sangat bagus. Saya tak tahu apa-apa pasal catur pun. Sila kesali. Tetapi yang bagusnya, saya ditarik masuk ke Kelab Koperasi. Yay lagi! Itu cinta saya. Kalau saya masih di Kelab Catur, maka seperti tahun-tahun yang sudah saya perlu mengiring pelajar unutk pertandingan catur Cina. Apa kesnya saya nak berlama-lama? Kalau catur biasa tak faham, apa lagi catur Cina!

Tetapi yang agak kurang seronok, saya dijadikan ketua Rumah Hijau (perempuan). Sepatutnya cikgu lain, tetapi dengan alasan mengandung, jawatan itu di 'tai-chi' kan kepada saya. GPK Ko-Kurikulum memaklumkan perkara tersebut pada keesokan harinya (saya masuk mesyuarat lambat, kira duit. Ha ha). Dengan selamba saya menjawab, "saya tau, jawatan ni saya akan pegang dua tahun (walaupun cuma menggantikan). Tapi kalau lepas ni saya kena lagi, jangan harap saya nak buat kerja."

Dari satu sudut, ya, saya kurang ajar. Tapi dari satu sudut yang lain, ia sebenarnya semacam satu budaya di sekolah untuk mengenakan guru baru. Baru tak barulah saya ni. Kalau tengok ticker di bawah, saya sudah berkhimat selama dua tahun, lima bulan, tiga minggu dan enam hari. Saya terima jawatan ini sebagai cabaran. Mencabar diri sendiri menguruskan waktu 24 jam. Okay kelemahan saya adalah, saya suka tidur. Sila kesali. Nampaknya saya perlu mengorbankan lebih banyak waktu tidur.

Seperti entri sebelum ini, saya ada menyatakan alasan saya suka berkhidmat di Koperasi. Ia juga sebenarnya sebagai satu platform untuk membina asas kerjaya. Biar di awal-awal ini saya bekerja teruk sedikit, tapi itu semua demi pengalaman. Sekuarng kurangnya, di masa hadapan tidaklah saya tercengang-cengang bila diberikan tugas.

(Teringat kata-kata Puan NH, lama betul saya beri penjelasan pada ibubapa/ penjaga dan murid yang mendaftar Tingkatan 1. Bagi pelajar baru, mereka perlu mengisi satu buku maklumat diri. Bermacam perkara perlu diisi. Selaku bekas guru tingkatan kelas hujung, saya sudah terbiasa memberikan penjelasan sejelas-jelasnya. Kalau tersalah isi, payah. Tambahan pula tahun ini ada borang baru dikepilkan bersama buku maklumat diri itu, borang SMM- Sistem Maklumat Murid. Syukurlah dua tahun lepas saya pernah ditugaskan di bahagian SSDM- Sisitem Salahlaku Disiplin Murid. SMM dan SSDM sememangnya berkait).

Kerana pengalaman juga, saya sudah mampu mengatakan 'tidak' kepada pengurus pusat tuisyen di mana saya mengajar. Selama ini, saya mengiyakan sahaja, mungkin lebih kepada rasa hormat, kerana dia bekas guru saya (ini salah satu alasan kenapa saya tidak suka berkhidmat di tempat sendiri). Tetapi saya tahu, kalau saya berterusan begitu, saya akan dipijak selamanya. Maka saya membuat syarat, berikan saya hanya satu kelas. Sekiranya saya ada dua kelas, saya tidak akan datang langsung (drastik sungguh). Ketika ini, duit bukan lagi keutamaan. Saya mengutip pengalaman melalui kaedah cuba jaya di situ (kasihan budak-budak itu tak tahu mereka menjadi bahan uji saya). Saya juga berjaya memastikan saya tidak ada kelas pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Alasan saya, nak pergi dating. Itu auta semata-mata. Hujung minggu saya masih terperuk di rumah sekiranya tidak ada aktiviti sekolah. Sebabnya, pada waktu itulah Ayahanda mengambil kesempatan untuk keluar. I have no life except work and home. Sila kesali (-.-)

Panjang pula membebel dalam entri ini (balas dendam sebab dah lama tak hantar entri). Minggu depan, hidup saya akan lebih sibuk dengan latihan merentas desa dan Kejohanan Merentas Desa juga.

notablog: Saya perlu lebih semangat. Kawan kesayangan saya juga sibuk dengan kerjanya, saya sunyi tanpa dia ='(

Thursday, January 06, 2011

Hari Kejadian

Hari ini, sudah masuk hari keempat sesi persekolahan bermula. Penat juga mula bertandang. Sejak hari pertama sehingga semalam, paling tidak saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya sejam di dalam Koperasi dan beraksi seperti lipas kudung. Kadang kala risau juga, kerana plastik pembalut buku bersepah atas lantai menyebabkan lantai licin. Nasib baik tak ada insiden jatuh tergolek.

Kerja di Koperasi, bukan ada elaun atau gaji. Tapi saya tetap mahu berada di Koperasi. Sebabnya? Tak adalah nanti orang cakap bukan-bukan saya tak ada apa-apa jawatan sampai saya boleh ditendang ke sana sini. Penting tu, penting! (mood masih tak baik sebab belum sah jawatan)

Hari keempat, proses P&P sudah mula agak stabil. Kebetulan, pagi ini saya tidak ada kelas. Maka ini yang terjadi...

Bukti

Zoom buku rekod mengajar...

Harapnya GPK 1 saya tak mengamuk dan suruh saya tukar pembalut buku bila dia tutup buku rekod saya nanti. Kalau dia mengamuk juga, saya nak melobi pada anak dia (pernah sekali tahun lepas saya 'termengadu' pada anak GPK 1 kerana menyuruh saya menjadi guru ganti bagi kelas 1F. Terus saya tak dapat jadual mengganti pada waktu itu lagi. Bukan nak mengada-ngada, masalahnya lepas waktu yang saya ganti itu adalah waktu saya di kelas itu sendiri! 3 masa di kelas 1 F adalah sooooorgaaaa duniaaaaaa...)

Baru empat hari meja sudah kelam kabut. Tetapi sebelum pulang, meja saya sudah kemas. Esok ada empat masa lagi...

notablog: Pemilik pusat tuisyen bodek aku smart la, bagai. Tahun ni aku ugut dia secara berhemah. Kalau dia bagi aku kelas Jumaat malam Sabtu bermula minggu depan, jangan harap aku datang mengajar. Friday night fever, dude! Hari Jumaat dan hujung minggu adalah hari untuk travelling (niat nak pergi MASKARA la tu).

Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Sekolah... Senarai Semak, Senarai Semak

Penat.

Okay, mana ada kerja yang tak penat. Sebetulnya sejak minggu lepas lagi saya sudah tahu kelas yang saya akan ajar dan jawatan yang akan saya sandang. Sepintas lalu, ini tugasan saya untuk tahun ini.

Mengajar kelas:
1 Excel, 1 A, 1 B, 1 F dan 2 E

Jawatan disandang:
Guru tingkatan 1 B
Guru Anti Dadah
Guru Koperasi
Guru Penasihat Rumah Hijau
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris
Guru Penasihat Kelab Catur
Guru Penasihat Kadet Bomba
Guru Penyelaras ADIUB

Saya sedikit terkilan kerana tidak dapat 'mengikut' anak- anak yang saya ajar tahun lepas (Tingkatan 1). Tidak seorang pun pelajar kelas 2 E yang saya pernah ajar tahun lalu. Dan ya, saya juga terkilan cuma mengajar satu kelas tingkatan 2.

Mengajar kelas Excel (kelas terbaik) juga adalah perkara yang saya tidak gemari. Jika diberi pilihan, saya lebih suka diberikan kelas hujung. Call me crazy, call me nuts. Memang betul, mengajar kelas hujung lebih tertekan kerana sikap mereka, tetapi kepuasannya lebih. Tekanan akan sentiasa ada tak kira mengajar di kelas mana sekalipun.

Hari ini, saya berselisih dengan beberapa orang pelajar saya dari Tingkatan 1 F tahun lalu. Tak tahu macam mana saya ingin gambarkan betapa gembiranya saya apabila kumpulan sasaran saya berjaya masuk ke kelas yang lebih bagus. Kebanyakan mereka berada di kelas 2 D. Ada 2, 3 orang pelajar masuk kelas 2 B. Alangkah serononknya jika saya dapat sambung mengajar mereka lagi!

Bagi jawatan yang disandang, tidak banyak beza dari tahun lalu. Dua jawatan yang saya tak mahu lepaskan selagi saya di sekolah ini adalah Guru Anti Dadah dan Guru Koperasi. Sila kesali. -_-"

Azam baru untuk kerja? Harap-harap saya lebih rajin menanda buku. Boleh tak macam tu? He he.

Saturday, January 01, 2011

Sambutan Malam Tahun Baru

Malam semalam, saya menyambut tahun baru dengan jayanya (walaupun agak sedikit lambat).

Ini dia, cara saya sambut tahun baru...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Okay, sangat loser. Saya keluarkan semua baju kerja dan susun mengikut kod warna (seperti entri ini). Kurang dari 20 minit, kerana ini kali ketiga saya melakukannya. Bahagian yang susah rasanya adalah kerja memunggah baju keluar dari almari. Betul kata Ayah, saya perlu cari almari baru untuk menampung baju-baju saya.

Habis memunggah, menyusun mengikut warna, mengumpul baju empat-empat (untuk hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat), saya punggah semula baju masuk almari yang semakin sendat. Mengikut perkiraan saya, pelajar tidak akan melihat saya memakai baju yang sama dalam jangkamasa 11 minggu. (-_-") Jadi kalau saya tak ada baju raya, saya tak hairan. Baju saya banyak.

Akhir sekali, saya buat countdown tahun baru dengan menggosok baju kerja minggu depan.

Semoga tahun ini lebih baik untuk saya dan anda semua. Mari minum barbican!