Oh, tugas saya sudah berubah sedikit. Saya tidak lagi memegang jawatan guru penasihat Kelab Catur. Yay! Itu sangat bagus. Saya tak tahu apa-apa pasal catur pun. Sila kesali. Tetapi yang bagusnya, saya ditarik masuk ke Kelab Koperasi. Yay lagi! Itu cinta saya. Kalau saya masih di Kelab Catur, maka seperti tahun-tahun yang sudah saya perlu mengiring pelajar unutk pertandingan catur Cina. Apa kesnya saya nak berlama-lama? Kalau catur biasa tak faham, apa lagi catur Cina!
Tetapi yang agak kurang seronok, saya dijadikan ketua Rumah Hijau (perempuan). Sepatutnya cikgu lain, tetapi dengan alasan mengandung, jawatan itu di 'tai-chi' kan kepada saya. GPK Ko-Kurikulum memaklumkan perkara tersebut pada keesokan harinya (saya masuk mesyuarat lambat, kira duit. Ha ha). Dengan selamba saya menjawab, "saya tau, jawatan ni saya akan pegang dua tahun (walaupun cuma menggantikan). Tapi kalau lepas ni saya kena lagi, jangan harap saya nak buat kerja."
Dari satu sudut, ya, saya kurang ajar. Tapi dari satu sudut yang lain, ia sebenarnya semacam satu budaya di sekolah untuk mengenakan guru baru. Baru tak barulah saya ni. Kalau tengok ticker di bawah, saya sudah berkhimat selama dua tahun, lima bulan, tiga minggu dan enam hari. Saya terima jawatan ini sebagai cabaran. Mencabar diri sendiri menguruskan waktu 24 jam. Okay kelemahan saya adalah, saya suka tidur. Sila kesali. Nampaknya saya perlu mengorbankan lebih banyak waktu tidur.
Seperti entri sebelum ini, saya ada menyatakan alasan saya suka berkhidmat di Koperasi. Ia juga sebenarnya sebagai satu platform untuk membina asas kerjaya. Biar di awal-awal ini saya bekerja teruk sedikit, tapi itu semua demi pengalaman. Sekuarng kurangnya, di masa hadapan tidaklah saya tercengang-cengang bila diberikan tugas.
(Teringat kata-kata Puan NH, lama betul saya beri penjelasan pada ibubapa/ penjaga dan murid yang mendaftar Tingkatan 1. Bagi pelajar baru, mereka perlu mengisi satu buku maklumat diri. Bermacam perkara perlu diisi. Selaku bekas guru tingkatan kelas hujung, saya sudah terbiasa memberikan penjelasan sejelas-jelasnya. Kalau tersalah isi, payah. Tambahan pula tahun ini ada borang baru dikepilkan bersama buku maklumat diri itu, borang SMM- Sistem Maklumat Murid. Syukurlah dua tahun lepas saya pernah ditugaskan di bahagian SSDM- Sisitem Salahlaku Disiplin Murid. SMM dan SSDM sememangnya berkait).
Kerana pengalaman juga, saya sudah mampu mengatakan 'tidak' kepada pengurus pusat tuisyen di mana saya mengajar. Selama ini, saya mengiyakan sahaja, mungkin lebih kepada rasa hormat, kerana dia bekas guru saya (ini salah satu alasan kenapa saya tidak suka berkhidmat di tempat sendiri). Tetapi saya tahu, kalau saya berterusan begitu, saya akan dipijak selamanya. Maka saya membuat syarat, berikan saya hanya satu kelas. Sekiranya saya ada dua kelas, saya tidak akan datang langsung (drastik sungguh). Ketika ini, duit bukan lagi keutamaan. Saya mengutip pengalaman melalui kaedah cuba jaya di situ (kasihan budak-budak itu tak tahu mereka menjadi bahan uji saya). Saya juga berjaya memastikan saya tidak ada kelas pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Alasan saya, nak pergi dating. Itu auta semata-mata. Hujung minggu saya masih terperuk di rumah sekiranya tidak ada aktiviti sekolah. Sebabnya, pada waktu itulah Ayahanda mengambil kesempatan untuk keluar. I have no life except work and home. Sila kesali (-.-)
Panjang pula membebel dalam entri ini (balas dendam sebab dah lama tak hantar entri). Minggu depan, hidup saya akan lebih sibuk dengan latihan merentas desa dan Kejohanan Merentas Desa juga.
notablog: Saya perlu lebih semangat. Kawan kesayangan saya juga sibuk dengan kerjanya, saya sunyi tanpa dia ='(
No comments:
Post a Comment