Hari ini, sudah masuk hari keempat sesi persekolahan bermula. Penat juga mula bertandang. Sejak hari pertama sehingga semalam, paling tidak saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya sejam di dalam Koperasi dan beraksi seperti lipas kudung. Kadang kala risau juga, kerana plastik pembalut buku bersepah atas lantai menyebabkan lantai licin. Nasib baik tak ada insiden jatuh tergolek.
Kerja di Koperasi, bukan ada elaun atau gaji. Tapi saya tetap mahu berada di Koperasi. Sebabnya? Tak adalah nanti orang cakap bukan-bukan saya tak ada apa-apa jawatan sampai saya boleh ditendang ke sana sini. Penting tu, penting! (mood masih tak baik sebab belum sah jawatan)
Hari keempat, proses P&P sudah mula agak stabil. Kebetulan, pagi ini saya tidak ada kelas. Maka ini yang terjadi...
Bukti
Zoom buku rekod mengajar...
Harapnya GPK 1 saya tak mengamuk dan suruh saya tukar pembalut buku bila dia tutup buku rekod saya nanti. Kalau dia mengamuk juga, saya nak melobi pada anak dia (pernah sekali tahun lepas saya 'termengadu' pada anak GPK 1 kerana menyuruh saya menjadi guru ganti bagi kelas 1F. Terus saya tak dapat jadual mengganti pada waktu itu lagi. Bukan nak mengada-ngada, masalahnya lepas waktu yang saya ganti itu adalah waktu saya di kelas itu sendiri! 3 masa di kelas 1 F adalah sooooorgaaaa duniaaaaaa...)
Baru empat hari meja sudah kelam kabut. Tetapi sebelum pulang, meja saya sudah kemas. Esok ada empat masa lagi...
notablog: Pemilik pusat tuisyen bodek aku smart la, bagai. Tahun ni aku ugut dia secara berhemah. Kalau dia bagi aku kelas Jumaat malam Sabtu bermula minggu depan, jangan harap aku datang mengajar. Friday night fever, dude! Hari Jumaat dan hujung minggu adalah hari untuk travelling (niat nak pergi MASKARA la tu).
No comments:
Post a Comment