Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Sekolah... Senarai Semak, Senarai Semak

Penat.

Okay, mana ada kerja yang tak penat. Sebetulnya sejak minggu lepas lagi saya sudah tahu kelas yang saya akan ajar dan jawatan yang akan saya sandang. Sepintas lalu, ini tugasan saya untuk tahun ini.

Mengajar kelas:
1 Excel, 1 A, 1 B, 1 F dan 2 E

Jawatan disandang:
Guru tingkatan 1 B
Guru Anti Dadah
Guru Koperasi
Guru Penasihat Rumah Hijau
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris
Guru Penasihat Kelab Catur
Guru Penasihat Kadet Bomba
Guru Penyelaras ADIUB

Saya sedikit terkilan kerana tidak dapat 'mengikut' anak- anak yang saya ajar tahun lepas (Tingkatan 1). Tidak seorang pun pelajar kelas 2 E yang saya pernah ajar tahun lalu. Dan ya, saya juga terkilan cuma mengajar satu kelas tingkatan 2.

Mengajar kelas Excel (kelas terbaik) juga adalah perkara yang saya tidak gemari. Jika diberi pilihan, saya lebih suka diberikan kelas hujung. Call me crazy, call me nuts. Memang betul, mengajar kelas hujung lebih tertekan kerana sikap mereka, tetapi kepuasannya lebih. Tekanan akan sentiasa ada tak kira mengajar di kelas mana sekalipun.

Hari ini, saya berselisih dengan beberapa orang pelajar saya dari Tingkatan 1 F tahun lalu. Tak tahu macam mana saya ingin gambarkan betapa gembiranya saya apabila kumpulan sasaran saya berjaya masuk ke kelas yang lebih bagus. Kebanyakan mereka berada di kelas 2 D. Ada 2, 3 orang pelajar masuk kelas 2 B. Alangkah serononknya jika saya dapat sambung mengajar mereka lagi!

Bagi jawatan yang disandang, tidak banyak beza dari tahun lalu. Dua jawatan yang saya tak mahu lepaskan selagi saya di sekolah ini adalah Guru Anti Dadah dan Guru Koperasi. Sila kesali. -_-"

Azam baru untuk kerja? Harap-harap saya lebih rajin menanda buku. Boleh tak macam tu? He he.

No comments: