Saya dah tak larat menjawab
soalan yang satu ini. Kalau dulu, pelbagai jawapan boleh saya berikan. Tetapi
maklum sajalah, jawapannya semua yang menyimpang dari soalan asal. Sekarang
ini, kalau ada yang bertanya, saya cuma nak jawab.
“Tuhan belum gerakkan hati
mana-mana lelaki untuk masuk meminang saya.”
Kalau disuruh memilih, saya
akan kata saya berkenan dengan Anuar Zain. Tapi hey, siapa saya. Maka sekarang saya
berkenan dengan Incik Saharil Hasrin Sanin. Tak kenal? You are so
yesterday.
Kalau ada yang berkata dan
mengata sekiranya seseorang perempuan itu masih belum berkahwin itu rugi KERANA
dia tidak dapat berbakti, maka saya mahu orang tersebut periksa di mana letak duduk
otaknya. Jangan sempitkan konsep berbakti HANYA melalui perkahwinan.
Isu ini timbul bila saya
berbincang dengan seorang rakan sejawat. Soalan yang sama dilontarkan kepadanya
walaupun orang yang bertanya itu adalah orang yang sedia maklum dengan latar
belakang rakan ini. Perempuan, kalau anda masih belum berkahwin, jangan kesal
mengeluh kesah kak esah. Jika anda masih ada ibu bapa, curahkan bakti anda
kepada mereka. Ramai yang mungkin tidak perasan, mereka inilah yang paling
banyak menyumbang untuk keluarga di kampung, paling cepat tiba jika ada perkara
berlaku, paling tidak banyak songeh bila diberikan tugas. Tapi kami juga ada hati.
Kalau dikata memilih,
jawapannya memang harus memilih. Cuba periksa setiap satu barangan yang anda
ada, ada tak yang ada tidak pilih, hatta barangan dari kedai RM 2. Ada sebab
kenapa anda pilih untuk beli barang itu dari kedai tersebut. Kalau dikata jika
membeli barangan pakai buang tidak perlu memilih, biar saya cucuk biji mata
oarng tersebut. Kanta lekap yang saya pakai dari jenis pakai buang (daily) pun
saya pilih jenamanya!
Pra syarat bakal suami saya
tidak dikira sangat dari segi paras rupa. Anda tidak perlu bergaya sangat
seperti Anuar Zain atau bijak bistari seperti Saharil. Tetapi tolonglah jangan
kemproh sangat. Penampilan itu penting kerana ya, saya perempuan yang jangok.
Taraf pendidikan sekurang kurangnya ijazah sarjana muda dan tolong, tolong
jadikan membaca itu satu keperluan hidup anda. Bukan sekadar surat khabar,
tetapi bahan bacaan bermutu. Ayah saya sendiri selari minat membacanya dengan
saya.
Syarat utama- agama.
Syarat kedua- perlu menerima
hakikat, sekiranya anda berkahwin dengan saya, saya ada abang anak istimewa
yang berada di bawah tanggungjawab saya. Yang sekiranya Ayah saya pergi dulu
(saya tidak mendoakan Ayah saya pergi awal, tetapi mati itu pasti), abang saya
berada di bawah tanggungjawab saya.
Syarat ketiga- bukan sekadar
anda menerima keadaan abang saya, tetapi keluarga anda juga. Tak perlu tipu
saya, stigma orang keliling masih ada. Khuatir anak akan menjadi sebegitu rupa
juga. Janji Tuhan, setiap anak ada rezekinya. Maka, percaya.
Syarat keempat- menerima
saya dengan idea gila saya juga. Minat dan cinta saya- dunia pendidikan, drama
(teater), menulis dan cinta baru saya- silat.
Syarat kelima- hakikatnya
saya ada seorang kawan baik yang berjantina lelaki. Teman susah senang ketawa
menangis bergaduh sejak 12 tahun yang lepas. Hubungan kami platonik- tanpa
sebarang rasa cinta. Jangan terkejut sekiranya dia lebih faham saya
(kadangkala) berbanding saya memahami diri saya sendiri.
Amacam?