9 Julai 2008
Aku menanti. Semua motor yang lalu aku dengar bunyinya macam motor posman. Aku penasaran.
12 Julai 2008
Aku dapat surat. Suruh turun JPNJ 17 Julai. Turun la nanti.
14 Julai 2008
Dua missed called. Masa tengah siang ikan, aku jawab telefon. Orang PPDS telefon.
"Dah dapat surat panggilan? Jangan lupa datang JPNJ 17hb ni"
Aku mesti turun. Mana boleh tidak.
15 Julai 2008
Aku turun JB. Berhenti kat Terminal Larkin, solat dan makan roti Nazih. Terus ke JJ Tebrau. Beli refill pen UNIC. Masa tunggu refill, salesboy tu tanya aku, "Cikgu ke ni?". Sah, dah ada cop mohor KPM kat dahi aku.
16 Julai 2008
Turun JPNJ. Masa nak balik, baru perasan beg dalam kereta kawan. Beg aku balik rumah atok semula. Aku berlenggang balik daerah S.
Turun kereta, lintas jalan, daki tangga. Aku menyumpah dalam hati, "Tak de orang yang pernah lalu tangga ni ke?"
Jumpa pengetua. Aku dah tau perangai dia sejak aku masuk bilik dia. Macam Ms L. Apa nak buat. "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
18 Julai 2008
Kena marah dengan pengetua sebab tak masuk kelas. Bukan salah aku. BUKAN SALAH AKU!!! Aku dapat jadual lama. Masuk kelas, budak tak faham bahasa. Kalau Bahasa Malaysia yang aku gunakan pun mereka masih tak faham, apatah lagi Bahasa Inggeris.
Ya
Ya
YA!
Aku guru Bahasa Inggeris. Welcome to the harshness reality of life. I have to bear with this principle for only-God-knows how many years.
No comments:
Post a Comment