Ini kete Datsun. Model apa aku tak tau. Aku memang banyak tak tau pasal kete. In fact, apa beza Proton Saga dan Proton Iswara pun aku tak boleh cam (kalu kena wat kawad cam, musti aku fail)
Tapi, kete ni la yang aku bawak ari-ari gi skola. Bila di umum kan semua kete kat Mesia kena pasang tali-pinggang-keledar, aku jadi susah ati. Tapi ada skali aku nonton Buletin Utama dengan ayah (aku memang anak ayah), newscaster tu kata:
"kenderaan yang di daftarkan SEBELUM 1995 tidak akan di saman sekiranya tidak ada tali-pinggang-keledar"
Aku pandang ayah, dan tanya:
"kete ayah tu daftar taun brapa?"
Ayah aku gelak kuat2:
"taun 70-an"
Aku pun gelak kuat2 gak. Suka betul ati aku
Aku tau, time aku bawak kete ni ramai yang pandang semacam. Mesti diaorang kata dalam ati:
"apala budak kecik ni bawak kete buruk"
Helo, buruk2 pun kete gak. Dan setiap kali aku gi kedai photostat, pasti ada mamat2 student YPJ yang gi photostat sama gak. Dan mamat2 tu semua tengok aku semacam je. Apa kes? Sekali aku langgar motor kau dengan DATSUN nih, menangis sampai keluar bijik mata kau nanti!
Kadang2 aku wat lawak kat students aku. Aku ugut diaorang sikit2.
"hafal apa yang saya bagi kat awak tu. kang nanti time pekse tak tau nak jawap apa. at least kalau awak tulis apa yang saya bagi ni, saya bagi awak 2 markah. kalau nak markah lebih lagi, kena la stadi"
Mula la students aku mengomel ntahapapa. Aku pun cakap kat diaorang:
"ok, camni saya paksa semua hafal. next week waktu literature saya nak test sorang2. kalau ada sape2 yang tak hafal, saya langgar dengan DATSUN saya"
Pergh, bukan takut malah diaorang gelak dengan gumbiranya. Anak, anak...
Itulah secebis kisah aku dan DATSUN. Kerana sayangkan kete ni, aku telah membuat aksi stunt yang tak merbahaya dengan melanggar kete lain. Hasilnya? Kos untuk menegetuk kete ni cuma RM30 je. (lepas aku accident, aku tak trauma pun, tapi rasanya ayah aku yang lebih trauma. kete dia oi... tapi kos baik pulih aku yang tanggung...)
*
3 comments:
aku tabik springggg kete otai.....andai kata aku nampak kete ko lalu kat mana2 jalan...aku blok sume kenderaan biar ko nye kete leh lalu dgn jayanye....paal student ko tu...langgar je..budak2 klo tak sakit mana nak ingat..kan...kan...
kete cikgu rock! hehe xD
jeng: meh ronda2 aps naik kete bapak aq ni
ecah: dh merasa naik kete ni kn? nk naik lg ke?tgu raya taun nih plak
Post a Comment