*
Cuba lihat tangan dan jari jemari para artis. Bandingkan pula dengan mekanik. Ada perbezaan?
*
Aku terpanggil menulis tentang perihal tangan apabila melihat tangan sendiri. Juga kerana secara tak sengaja terkenang apa yang di perkatakan oleh senior ku dengan ibunya.
*
Pada suatu hari dia memegang dan melihat tangan ibunya. Dia berkata:
“Eh, kasarnya tangan mak”
Sambil tersenyum, ibunya membalas:
“Memangla, cuba bandingkan tangan orang yang memegang batang cangkul dan orang yang memegang batang pen tiap-tiap hari. Memangla ada bezanya”
*
Lihat tangan anda sendiri. Lihat tangan ibu anda. Lazimnya, jika ibu anda suri rumah sepenuh masa, pasti ada kesan oren kekuningan kerana memotong kunyit. Dan kesan itu akan lebih jelas sekiranya ibu anda masih menggunakan lesung batu untuk menumbuk kunyit. (Biasanya ibu-ibu di rumah akan menggunakan jari jemari sendiri untuk mengaut bahan yang telah di tumbuk, bukan macam chef di tv yang menggunakan sudu)
*
Lihat tangan anda. Jika anda anak gadis yang jarang turun ke dapur, boleh di kata kan setiap kali ‘lawatan sambil belajar’ anda ke dapur akan mendatangkan ‘hasil’ yang dapat di lihat di tangan. Jari terluka kerana tak biasa menggunakan pisau untuk menyiang ikan, ayam… menyiang sayur…
*
Aku lihat jari aku sendiri. Uhhh, sekarang cuti sekolah, maka kesannya tak berapa kelihatan. Memiliki kulit sensitif menyebabkan jari jemari aku mengelupas dengan agak teruk kerana setiap hari memegang kapur. Sekolah aku agak kurang bernasib baik dari sekolah Cikgu Jimi yang sudah menggunakan papan putih. Waktu interaksi maksimum aku dengan pelajar dalam sehari adalah enam waktu. Tiga waktu sebelum rehat dan tiga waktu selepas rehat. Pada waktu rehat aku bertugas di koperasi. Oleh itu aku tidak sempat untuk membasuh tangan. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Oleh itu, pada hari tersebut tangan aku di selaputi kapur selama 230 minit (bersamaan 3 jam 50 minit)
*
Lihat tangan dan jari anda, lihat tangan dan jari orang di sekeliling anda. Adakah anda menggunakannya dengan sebaik-baiknya?
*
Tangan dan jari dapat menggambarkan secara tidak langsung pekerjaan anda.
*
3 comments:
teringat pulak zaman sekolah asrama dulu. pakai sarung tangan getah nak basuh baju. sebab allergic dengan sabun basuh.
ade jugak cikgu dulu yg allergic kapur mcm u. nama dia cikgu latif.(takde kena-mengena)
huuu
tangan aku takder bende.. sebab dok kerja dengan laptop aje.. cuma domestic hazard seperti terkena pisau di dapur aje.. ahaha
xeea: sy pun basuh bj pakai sarung tangan gak ms skola2 dl
cik puan daun: beruntungla x pyh kna pegang kapur tiap2 ari. dh la tangan mengelupas, habuk2 kapur jatuh kat muka, spek n tudung...tp cikgunya ttp maintain ayu...hehehhe...
Post a Comment