*
Beberapa hari lepas, aku berbual dengan seorang kenalan. Dan kenalan ini bercerita tentang seorang kenalan lagi, yang bercerita tentang aku. (Paham tak? Kalau tak paham, buat- je paham. Sebab kalau kau angkat tangan cam dalam kelas sekalipun, aku bukan nampak)
*
Orang tu kata:
“Saya respect dengan Ain. Dia tak malu. (part ni masa dengar rasa nak marah je. Sabar- sabar dengar ayat sampai habis). Anak dara muda, lawa lak tu (terima kasih puji saya!), tapi dia boleh selamba ‘ja bawa Datsun. Berapa ramai yang berani macam dia kat luar sana?”
*
Oh, terima kasih kerana anda respect pada saya. Untuk pengetahuan anda, saya sangat sayangkan Datsun tersebut (sehingga saya selalu melibatkan diri dengan kemalangan- kemalangan kecil bersamanya!).
*
Saya tidak lahir dalam dulang emas. Tidak sama sekali, malah, saya lahir di dalam rumah yang saya duduk sekarang di atas kerusi malas (kalau saya malas sekali- sekala, saya tau sebabnya!). Saya tahu peritnya hidup dan betapa susahnya untuk mendapatkan wang. Kerana itu sampai sekarang, saya melihat kereta sebagai punca rezeki. Faham maksud saya?
*
Ok, biar saya terangkan. Ayah saya selalu berkata, “Ayah beli kereta bukan untuk suka- suka. Bukan untuk tayang kat orang lain, tapi kereta adalah penyebab datangnya rezeki. Kalau ayah tak ada kereta, macam mana ayah nak pergi kerja jauh- jauh?”
*
Walauapapun, terima kasihlah kepada orang yang memuji saya. Saya pernah naik kereta anda, dan saya tahu anda memandu dengan cermat (bukan macam saya yang tak nampak tiang lampu kat depan rumah anda, dan saya langgar tiang tersebut sampai sengat! Aha! Kantoi!)

No comments:
Post a Comment