*
Sebenarnya tak ada cerita yang nak di ceritakan. Bila Ramadhan menjelang, tak dapat tidak, aku pasti teringat kisah- kisah Ramadhan yang lalu. Ramadhan dua tahun lepas, terlalu banyak dugaan yang mendatang hingga banyak menguras air mata.
*
Ramadhan tahun ini, macam tahun lepas. Berbuka ala kadar sahaja. Semalam, salah seorang pelajar ku di pusat tuisyen bertanya, "Teacher, teacher buka apa semalam?". Dengan selamba dugong nya aku membalas, "roti cicah sup aje. Supnya pun masin sebab saya terlebih letak garam". Dan pelajar tersebut tercengang mendengarnya.
*
Masa arwah Mak masih ada, pasti kami berbuka dengan kuih muih. Memang sedari kecil, asal berbuka saja, pasti ada kuih muih (yang pasti di beli, iya, bukan di buat. Sebab adik beradik aku tak ramai). Rindu benar suasana itu. Nak menyedapkan hati, hari ini aku ke Bazar Ramadhan dan membeli tiga jenis kuih. Cukuplah untuk pemanis mulut. Sebelum aku ke Bazar, aku di tahan oleh anak- anak jiran ku. Kata Han, "kakak, jangan lupa beli keropok macam hari tu tau!". Wah, bersemangat sungguh dia menge'pau' aku. Tak mengapa, hari ini pun hari gaji kan. Tak salah menggembirakan hati orang lain. Oh ya, anak jiran aku kecil lagi, baru Darjah Dua. Dan iya, dia memang tak berpuasa kerana keluarga dia Orang Asli yang tidak beragama Islam.
*
Esok, aku mahu ke KL. Merayau- rayu sendiri lagi. Sementelahan ada Book Fest di KLCC, apa salahnya. Duit gaji bulan ini memang telah di ketepikan untuk membeli buku baru dari FT, tapi nampaknya sampai sekarang tak ada berita ia akan ke pasaran.
*
Aku rindu berjemaah terawih di surau Blok G MPTI...rindunya...
*
Nak cerita pasal Ramadhan ku dua tahun lepas? Baik tak usah, nanti ada pula entri nya tak habis di tulis sebab aku dah banjir...
No comments:
Post a Comment