Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Karim!

*
Lama juga saya tak letak entri baru kat blog ni. Bukan tak rindu, tapi dah beberapa minggu ni ada saja kerja tiap hari Sabtu. Mula dengan kursus di JB. Minggu depannya sekolah ganti (hari Sabtu) dan bertugas pula sebagai pengapit Puan Fashya (hari Ahad). Penat, penat... (Sigh...)
*
Hari ni, hari pertama Ramadhan. Puan Fashya telah selamat rasanya berpuasa di sisi Encik-Suaminya. ms tepung pula mungkin sedang berjalan- jalan cari barang denga incik-kacang-senyumnya. ainyusof pula masih dok melangut depan laptopnya, kebosanan... Apa taknya, semalam hari terakhir sekolah. Cikgu- cikgu lain sibuk bergembira mahu balik kampung, tapi ainyusof memang balik kampung hari- hari. (Sigh again...)
*
Ini Ramadhan kedua tanpa Mak. Persaan masih bercampur baur.
*
Saya teringat juga pada kisah tahun lepas. Seorang kawan (betul ke kawan?) bertanya pada saya, berapa pasang baju raya saya tahun itu. Maka saya membalas, tak ada. Sebenarnya, memang sudah beberapa tahun saya tak ada baju raya. Apa nak di kecohkan, kalau tak raya pun saya buat baju baru. Lumrah menjadi perempuan (dan juga cikgu), pasti selalu ada baju baru. Maka dia mengatakan saya seperti PEREMPUAN TUA. Saya tak marah, malah ketawa padanya, apabila dia mendefinasikan erti Hari Raya. Katanya, Hari Raya bererti ada baju baru. Senang sungguh! Macam tu, selalu lah saya berhari raya. Sebab tak kira apa pun, kalau saya terjumpa baju yang cantik dan murah, saya beli saja. Kasihan saya pada umat itu... Mungkin persepsi dia pada Hari Raya pada tahun ini berubah sedikit.
*
Dah lama- lama tak menulis ni, lambat sedikit nak warm up. Apa pun, di sini ain yusof ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Moga- moga segala amalan kita di terima dan di beri ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin~~~

(ainyusof rindu pada Mr. A!)

1 comment:

ryyhan said...

haha aku xjalan pun..
letih memanjang
duduk diam2 dalam umah..