Friday, November 27, 2009

Tercekik!

*
Kelakar. Tapi tak kelakar pun ada. Ini cerita saya. Terjadi dua malam yang lepas.
*
Saya baru pulang dari be'ronggeng rokiah' di JB. Malam itu, ketika melihat lauk, terlintas di hati saya untuk tidak makan malam (maaf, saya tak pernah berniat langsung untuk berdiet). Tapi mengenangkan sudah beberapa hari tidak merasa air tangan ayah, maka saya pun makan malam.
*
Sedang enak menikmati makan malam, tiba- tiba...
*
*
*
*
*
*
Saya tercekik tulang ikan!
*
Sungguh, masa itu saya rasa agak kelakar. Tapi selepas menelan 2, 3 kepal nasi, tulang itu masih tidak 'jalan', saya memaksa Ayah untuk menghantar saya ke klinik. Phew, nasib baik klinik sangat dekat dengan rumah (jalan kaki pun sampai).
*
Sebenarnya saya sedikit cuak, lagi- lagi bila teringat cerita salah seorang junior saya berkenaan situasi ini. Katanya, dia tercekik tulang ikan yang mak dia masak. Katanya lagi, tulang ikan tu besaaaarrrr. (Er... apa saya sedikit doubtful dengan saiz besar yang dia maksudkan, sebab Bahasa dia selalunya kurang tepat. Contoh ayat kegemaran junior saya adalah, "my punya rambut", haha).
*
Di pendekkan cerita, saya berjumpa dengan doktor dan doktor tersenyum mendengar cerita saya (masih boleh bercakap lagi). Sebenarnya saya bukan tercekik tulang ikan, tetapi tulang ikan itu tercucuk di bahagian lelangit (hampir dengan tekak). Tulang itu halus saja, tapi panjangnya hampir satu inci. Hmph...
*
Kopak lah RM15 kerana kes tulang ikan ni. Tak apa, lain kali kena berhati- hati occay~~~
*

8 comments:

Aisyah Mazelan said...

ahaha. sorry gelak. tp, kelakar. nasib baik klinik razak dekat kalau hmpphh.

ay_yusof said...

gelak la. mmg lawak pun. tp bila kena sendiri br rasa. kalau stakat tercekik, doc kata sng nk adjust. tp klu tercucuk ni yg pyh

Aisyah Mazelan said...

cikgu, kalau nak masuk nuffnang sign up as blogger ea?

ay_yusof said...

haah

Aisyah Mazelan said...

betol ea selamat?

ay_yusof said...

haha, klu x caya x yah la join.
hehe...

Aisyah Mazelan said...

caya just bab no i/c and full name jer. so letak jelah fullname ea?

ay_yusof said...

haah. address pn ltk gak
sbb sng dia nk tarce kita nnt
so far, xde dgr citer yg buruk2 pn psl nuffnang ni