Monday, November 09, 2009

Edisi Terhad: Kak Long

*
Anda pernah di puji oleh ketua anda?
Ini cerita saya.
*
Sisi 1
Saya baru membuka pintu pejabat. Ketika itulah Kak Long lalu bersama Ketua Pembantu Tadbir pejabat. Tiba- tiba Kak Long berhenti di hadapan saya dan bertanya, "kenapa ada rosette yang besar?'
Saya: terkedu!
*
*
Sisi 2
Seharusnya saya tidak kembali ke sekolah. Saya baru lepas menghadiri mesyuarat penggubal soalan Bahasa Inggeris di SMKSK. Tetapi, mengenangkan kehadiran anak- anak saya belum diambil, saya kembali ke sekolah. Sampai waktu pulang, kami berdedai- dedai 'menembak' kad perakam waktu. Ketika itulah Kak Long keluar dan menyapa kami.
Kak Long: You pakai macam ni cantiklah. Nampak modern, so stylish
Saya: tergamam
*
*
Sisi 3
Saya menantikan waktu untuk berangkat ke kursus di PKG STAR. Sedang saya berdiri menghadap anak- anak yang yang berhimpun untuk perhimpunan pagi bersama- sama guru lain, bahu saya ditepuk dari belakang.
Kak Long: Baju yang you pakai ni sangat cantik. You beli kat mana?
Saya: Errr... tak ingat la ** ***. Tapi kat bandar S la
Kak Long: O... you beli mahal ka?
Saya: Tak mahal ar-em lapan puluh sahaja (sambil tergaru- garu kepala yang tak gatal)
Kak Long: (sudah berlalu pergi...)
*
*
Sungguh, mendapat pujian dari Kak Long dihadapan guru- guru lain membuatkan saya hilang kata- kata. Pernahkan anda dipuji oleh ketua anda kerana cara anda berpakaian?
*
nota papankekunci: jatuh cinta berkali- kali dengan entri terbaru vovin. buat saya berhenti dan berfikir sejenak

7 comments:

ღnFashyaღ said...

aahla ain, baju yang last tu cantik...mane ko beli? buat baju ngandung pon cam nice jek..ekekeke

Aisyah Mazelan said...

ahaha. banggalah tu, banggalah tu.

ay_yusof said...

cicak: haha, nk wat baju ngandung pn xde mslh. tp klu perut 2 besar sgt, xleh la ko bli size 36 or 38. kang kat bahu muat, tp kat perut sendat.ekekeke

ecah: haha, bangga+segan. cikgu2 lain sume dengar

Sheikh Norirman Shah Bin Sheikh Noordin said...

:P comelnyer adik abg sorang nie anak sapa la nie...

ay_yusof said...

hehe, harus la... mestilah anak pak usop..ekekeeke~~~

ryyhan said...

wakaka...

suh kak long ko belek paris hilton ~ mau nanti ko tambah lg 1 beg baru

ay_yusof said...

hoho...tau la aq tgh angau dgn paris army...
wooo...sape nak taja aq beli handbag paris hilton ni weh???