Saturday, June 19, 2010

Menyusun wardrobe

Entri ini ditujukan buat warga pendidik. Tapi pekerja dari bidang lain juga boleh menggunakannya.
*
Saya percaya ramai di antara anak murid yang mengeluh bila melihat cara guru- guru mereka berpakaian. Saya tidak mahu mendabik dada mengatakan bahawa cara saya berpakaian adalah yang terbaik di sekolah saya, tetapi sekurang- kurangnya murid- murid saya tidak merasa bosan dengan penampilan saya setiap hari. (oh, juga kadangkala mendapat pujuan dari pengetua, ia sesuatu yang sangat dia jarang lakukan). Riak sikit, (-_-")
*
Di sini saya turunkan beberapa kaedah yang saya gunakan dalam menyusun wardrobe saya.
1. Keluarkan semua baju kerja anda.
Saya yakin, bila anda melihat baju- baju anda, anda akan terkejut dengan jumlah sebenar baju yang anda miliki. Terutamanya bagi guru- guru yang sudah lama bekerja. Sekiranya pengetua anda agak sporting dari segi berpakaian (membenarkan guru- guru memakai blaus, skirt, jubah, jubah seluar dan lain- lain), maka longgokkan sekali baju- baju tersebut.
*
2. Asingkan baju batik dari baju- baju.
*
3. Susunkan baju batik anda berselang warna.
Katakan anda ada 3 baju merah, 4 baju hijau dan 2 baju coklat. Letakkan baju hijau sebagai baju pertama, baju merah sebagai baju kedua dan seterusnya. (Rujuk rajah di bawah)
*
4. Asingkan baju- baju anda mengikut warna (colour coding). Masukkan sekali baju blaus dan jubah anda.
*
5. Susunkan baju- baju anda seperti baju batik.
a) Baju anda harus di kumpulkan empat- empat.
Ini kerana dalam seminggu, biasanya kita bertugas lima hari. Empat baju yang di kumpulkan mewakili hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat. Hari Khamis adalah hari batik.
*
b) Jangan longgokan baju- baju polos (tidak bercorak) dalam satu minggu. Selangkan dengan baju bercorak.
*
c) Pastikan anda tidak mengulang baju dari kumpulan warna yang sama dalam masa seminggu.
Katakan anda mempunyai banyak baju berwarna merah. Jangan di longgokan dua pasang baju merah dalam minggu yang sama. Tetapi sekiranya ia tidak dapat di elakkan, maka selangkan dengan hari lain. Contohnya, baju merah untuk hari Isnin dan Jumaat.
*
d) Dalam masa anda menyusun atur baju anda, mungkin anda mahu mengambil kira bilangan waktu mengajar pada hari- hari tertentu. Contohnya, pada hari Isnin, saya perlu mengajar enam waktu, manakala pada hari Selasa, saya mengajar empat waktu. Maka apa yang saya lakukan adalah, baju pada hari Isnin seharusnya lebih selesa (dari fabrik yang mudah menyerap peluh).
*
e) Bagi guru- guru yang perlu memakai uniform pada hari Rabu, mungkin anda boleh menyelang selikan pemakaian uniform tersebut.
Contohnya, pada setiap minggu pertama dan ketiga dalam setiap bulan.
*
Nah, sekarang wardrobe anda telah siap! Apa yang menariknya, apabila anda sudah melakukan kesemua langkah di atas, akan akan kagum, betapa bervariasinya baju anda dalam masa seminggu. Anda juga mungkin akan sedar bahawa baju anda tidak akan di ulang pakai dalam masa sekurang kurangnya sebualan. (saya sendiri berjaya menyusun baju untuk sembilan minggu!).
*
Pada masa yang sama, ini menyenangkan anda untuk tidak memeningkan kepala, baju apa yang anda perlu pakai pada setiap pagi. Bagi mereka yang malas (seperti saya), anda boleh menggosok baju- baju anda untuk seminggu sekali gus. Ada yang mengamalkan kaedah ini, terutamnya bagi guru- guru yang sudah mempunyai anak yang bersekolah. Pada masa yang sama juga, anda dapat menjimatkan bil elektrik.
*
Sekiranya anda masih malas lagi (seperti saya), and juga boleh menggosok tudung- tudung anda sekaligus. Ada yang berkata, tudung mereka akan renyuk dan susah di pakai sekiranya di gosok seminggu sekali, itu terpulang pada anda. Tapi bagi orang yang malas (seperti saya) untuk menggosok CUMA sehelai tudung pada waktu pagi, anda boleh gosok tudung anda seminggu sekali dan meletakkannya elok- elok.
*
(Kaedah saya, sesudah tudung digosok, saya lipatkannya, dan sepitkan penjuru tudung dengan penyepit baju. Sekiranya saya perlu memakai tudung sarung, saya sepitkan bahagian dagu dengan penyepit baju)
*
Kepada yang berkata, “banyaknya cangkuk baju yang perlu di gunakan!” saya menggunakan cangkuk baju bayi untuk baju- baju kerja saya. Kreatifkan? Daripada saya membuang cangkuk- cangkuk baju tersebut dan membeli cangkuk yang baru, lebih baik saya gunakannya semula. Oh ya, cangkuk baju bayi tersebut bukan kepunyaan Awang, anak kakak saya. Tetapi cangkuk baju saya dan adik beradik ketika kami kecil. (boleh agak tak sudah berapa lama cangkuk baju tersebut?)
*

sekadar gambar hiasan, Cikde tak curi hangar Apam tau!


Kepada yang tidak memiliki canguk seperti saya dan tidak mahu membeli cangkuk baju lagi, jangan risau. Sekiranya anda rajin, lipatkan sahaja baju- baju anda! Ini lebih menjimatkan ruang berbanding menggantungkan baju anda.
*
Selamat mencuba!

Maaf entri ini terlebih panjang pula. Bila sesi persekolahan di buka semula, tidak tahu bila ada masa untuk update blog.

3 comments:

ღnFashyaღ said...

huh..cikgu ni...teliti betul...kene gune cara ni.....

ay_yusof said...

Haha... ini supaya students tak perasan kita pakai baju yang lebih kurang sama ja. Lagi pun, masa kita sekolah dulu pun kita suka tengok cikgu yang bergaya kan?

ay_yusof said...

Haha... ini supaya students tak perasan kita pakai baju yang lebih kurang sama ja. Lagi pun, masa kita sekolah dulu pun kita suka tengok cikgu yang bergaya kan?