Saturday, October 30, 2010

Tugas

Isnin lepas.
*
Wakil kumpulan guru bertugas minggu lepas memberikan laporan guru bertugas. Di belakangku, guru bertugas minggu ini sibuk mencatit.
*
Aku pusing ke belakang dan menegur guru tersebut.
*
"Kak Dila, akak bertugas minggu ni ye?"
"Ha'ah la. Tu yang sibuk dok mencatat ni."
"Pagi tadi masa kita sampai dan nak punch card, kita baca jadual guru bertugas. Kita kena bertugas minggu depan. Tapi kan kak, Isnin dan Selasa minggu depan kita tak ada. Kursus literature kat SeMeKAS. Rabu majlis persaraan Pengetua, kita kena jadi MC. Khamis dan Jumaat cuti Deepavali."
"Jelousnya akuuu."
"Ha ha."
*
Jangan cemburu. Aku keluar berkursus pun kerana tugas juga. Aku jadi MC pun kerana tugas juga. Kita sama- sama ada tugas dan bertugas, kan?
*

Monday, October 25, 2010

Mengaum dan Santa Claus

Tengah hari tadi kelas aku dengan 1 A(yam) di ambil alih oleh cikgu lain kerana mereka perlu berlatih koir sempena persaraan Pengetua. Mereka bergabung dengan pelajar 1 Eksyen (Excellent). Selaku cikgu yang kepochi, aku ikut mereka sekali. (Sebenarnya sebab aku perlu tahu apakah lagu yang akan dinyanyikan).
*
Bila dah masuk mood menyanyi, aku pun ikut serta. Kebanyakan pelajar tak kenal lagu- lagu yang mereka perlu nyanyi. Lagenda (Shiela Majid), Di Mana kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee) dan Anak (Freddie Aguliar- versi Melayu). Tak fasal- fasal aku pula yang ajak budak- budak di belakang menyanyi. Dalam aku menyanyi sekali (ya, aku meyumbangkan suara yang sumbang), aku perasan ada seorang pelajar perempuan Cina 1 Eksyen merenung aku.
*
Aku tak nak fikir negatif, seperti dia ngumpat suara aku tak sedap. Jadi, aku pun tanya dia.
"Kenapa awak asyik tengok saya?"
"Sebab cikgu cantik."
Okay, waktu itu juga aku gelak. Mungkin dia tak perasan, kalau terdengar suara mengaum macam harimau/ singa (singa mengaum ke?) di kelas 1 A(yam), aku lah orangnya.
*
Ha ha. Sungguh, aku tak pernah rasa aku cantik.
*
Waktu balik, aku berselisih dengan Encik E yang memikul sebungkus beg plastik berisi kertas. Pada firasat aku, itu kertas Gerak Gempur yang dia perlu tanda. Maka, aku pun menegurnya.
"E, dah rupa macam Santa Claus dah."
"Tu la fasal. Ni dah sedia nak tunaikan hajat Ay. Cakaplah apa saja."
"E gantikan tempat Ay jaga peperiksaan SPM nanti."
"Hoh, yang tu siang- siang dah kena keluar senarai. Ay kena cari Santa lain. Ha ha."
*
Ha ha, sebenarnya sejak aku dapat surat lantikan mengawas SPM 2010, aku tak sudah- sudah mengecek E supaya menggantikan tempat aku. Alasan aku senang saja.
"E dah kahwin, bagi la orang bujang macam Ay ni pergi keluar dating."
*
*
*
Dating la sangat.
*
Ha ha.
*
notablog: Bersedialah untuk TIDAK bercuti ketika cuti akhir tahun nanti. Cuti yang sebenar cuma seminggu selepas SPM. Lepas dari itu, aku akan kembali sibuk dengan Mesyuarat Guru, Mesyuarat Panitia, Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin (sekiranya masih terlibat) dan paling penting membungkus buku untuk jualan di koperasi. Haish, aku dah terbayang penatnya! This is the price that I have to pay to be a teacher.

Tuesday, October 19, 2010

Kredit

Hari Guru tahun ini dah lama berlalu. Tahun depan punya lambat lagi. Tapi aku tetap nak bagi kredit kepada pendidik yang pernah mengajar aku sejak sekolah rendah. Ini antara petikan kata- kata mereka yang sangat aku ingati.

I, you, we, they no 's'
>Ms. Woon Ai Lee
>>SKBK

Kadar zakatnyeeeee...
>Tn. Hj. Ismail Rosli
>>STS

Kita harus bersyukur, jangan berpura- pura. Makan satu hari bayar seringgit. Sembahyang tak nak dekat- dekat, nak jauh- jauhh...
>Tn. Hj. Ismail Jalis
>>STS

JB's weather is just like women's feeling, unpredictable
>Pensyarah Unit Bahasa Inggeris
>>MPTI

Adat Temenggong, berani buat berani tanggung. Berani buat berani mengandung
>Mr. Kam
>>Pensyarah MPTI

I'm sixteen and always sixteen
>Dr. Fauziah
>>Pensyarah FPP, UPM

... and then you can slowly 'tai chi' the works to other people...
>Dr. Fauziah
>>Pensyarah FPP, UPM

Literature is all about sex
>Dr. Edwin
>>Pensyarah FPP, UPM

We do not need another Karam Singh Walia. His daughter is in the next class.
>Dr. Edwin
>>Pensyarah FPP, UPM

I know that all of you are innocent
>Dr. Arshad
>>Pensyarah FPP, UPM

Sunday, October 17, 2010

It's Timeee!

Tiba- tiba sahaja rasa nak update blog macam update status kat FB.
*
Mari angkat kain dan buat kerja yang saya tak suka-> cuci kereta. May bad. I wish I am still driving my Dad's Datsun. By driving his Datsun, I do not feel really bad when the car gets dirty. Ha ha. Poyo sungguh.
*
By the way, thanks to my dearies, Jenggo Sazali and Norfaizah Mohd Hashim. Both of you really know who to play with my emotion. I cried shitless, but I feel better after that. Love both of you!

Saturday, October 16, 2010

Vintaj

[Satu]
Saya suka cincinbelah rotan yang saya pakai sekarang. Belah rotan asli, tanpa sebarang ukiran. Selisih di hujungnya membolehkan si pemakai untuk melaraskan saiz cincin. (Sila abaikan cincin delima dan tulisan dalam buku rekod saya) Lama sungguh saya mengecek arwah Mak untuk mendapatkan cincin ini. Akhirnya saya dapat juga, itu pun selepas dia pergi.
*
*
[Dua]
Saya suka tonton cerita Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) dan Waris Jari Hantu (WJH) kerana barang kemas lama yang menjadi isu/ pokok cerita ini. Dalam PHSM, gelang kakinya memikat hati saya sehingga saya pernah menyatakan hasrat pada arwah Mak untuk membelinya. Tapi Mak membalas "kau nak pakai pergi mana?". Okay, betul juga. Tak kan nak pakai sesuka hati ja.
*
Dalam WJH, sekali lagi saya suka cincin yang dipakai oleh Ari dan Tina. Jika anda perhati betul- betul, cincin yang mereka pakai mempunyai loceng. Tak jumpa pula gambar cincin tu bila google tadi. Tapi sungguh, saya tahu cincin tu memang antik sebab saya pernah jumpa cincin mainan Mak ketika mengemas rumah dulu (baca: rumah kadangkala sudah boleh jadi muzium antik. Macam- macam ada!)
*
(gambar diambil dari google)
*
[Tiga]
"Kawan pun dengan orang yang vintaj juga. Ha ha."
Okay, itu awak yang kata, bukan saya. Hi hi.
*
IMYVM!

Friday, October 15, 2010

Bundle

Sebenarnya aku tak pernah terniat untuk membeli barangan bundle. Aku akui agak skeptikal terhadap barang- barang bundle. Tapi bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Ha ha.
*
Ketika aku ajukan persoalan mengenai barangan bundle kepada pelajarku, semuanya memberikan jawapan yang hampir sama, tapi tak seorang pun yang memberi jawapan yang sama dalam hatiku. Okay, aku seharusnya belajar lagi untuk menjadi cikgu yang baik, jawapan pelajar tak akan selalunya sama dengan jawapan guru. Jawapan mereka boleh jadi berbeza, tapi sebagai guru, kita harus menerima jawapan mereka yang kadangkala tak masuk akal. Celebrate the difference.
*
Tapi yang bagusnya, mereka tidak skeptikal seperti aku. Ya, perkara pertama yang terlintas dalam fikiranku mengenai barangan bundle adalah kebersihan. Aku bukan health freak, tapi kebersihan sangat penting (baca: setiap kali aku masuk kelas, pelajar mesti kutip sampah di kawasan jajahan mereka. Baca perenggan pertama entri ini)
*
Jadi, aku promosikan pada mereka baju bundle aku. Konsep yang aku nyatakan pada mereka, "you don't have to buy expensive clothes to look nice. What's more important is, how you present yourself to others".
*
Kata ustaz kat sekolah aku, "Ay jangok"
*
Ada aku kisah?
*
Bundle 1
Top bundle + dress dari KL Sentral (ha ha, Brother Bear, sekarang anda tahu kenapa saya suka KL Sentral)
*

Bundle 2
Jaket wajib pakai ketika kursus-super-sejuk-dalam-dewan-berhawanafsu-dingin.
(alasan sebab malas beli blazer, ha ha)
*

Bundle 3
Hadiah kesayangan saya! Baru dapat dan pakai sambil posing macam cerita Matrix Reloaded. Saya sayang jaket dan tuan yang memberinya! Hi hi.
*

Monday, October 11, 2010

Cinta dalam Secawan Kopi McD

Kau boleh mula mengunjungi McD seawal 4 pagi. Kau pesan hidangan sarapan bersama kopi dalam cawan kertas. Bau gurih kopi menggoda engkau.
*
Di katakan, kalau kau mencari wangian dan kau hampir keliru dengan bau- bauan, maka hidulah bau kopi. Nescaya deria bau kau akan neutral kembali.
*
Kopi yang hampir habis itu kau tambah lagi. Tak siapa boleh menghalang.
*
Begitulah cinta kopi McD dalam cawan kertas. Panas, hangat, membahayakan, tapi juga enak menggiurkan. Boleh kau cicip sesuka hati, kurang boleh kau tambah tambah lagi. Manis pahitnya kau tentukan sendiri.
*
Tapi awas, ada had masanya, hingga 11 pagi. Sesudah itu kau harus berhenti. Tapi kalau kau suka, kau boleh kunjungi lagi, hari esok dan seterusnya. Kalau kau selalu berpergian, kau boleh kunjungi cawangan yang lain juga.
*
*
*
Persoalannya, bilakah cinta kopi McD dalam cawan kertas akan berakhir?
*

Friday, October 08, 2010

Anak- Anakku

Aku bukan seorang cikgu yang baik. Kalau aku pergi kursus, aku memang tak ingat anak- anakku. Tapi cerita tentang mereka memang tak pernah lepas. Maklumlah, berkursus sesama cikgu, pasti cerita yang keluar tentang kerenah murid.
*
Pagi tadi, Aman bertanya padaku,
"Cikgu, bila Ms *** nak kahwin? Because she is soooo pretty"
"Mana la saya tahu. Kalau nak tahu sangat, awak tanyalah dia"
"Cikgu pula bila nak kahwin?"
"Saya tunggu orang pinang, baru saya kahwin" (jawab sambil tergelak- gelak)
"Macam tu saya suruh Hisham pinang cikgulah" (Hisham adalah kawan sekelasnya)
"Kalau Hisham, saya tak nak lah. Saya nak Anuar Zen" (gelak lagi)
"Eh cikgu, mana boleh. Anuar Zen tu mak saya punya" sampuk Hanis.
"Pulak dah..."
*
Adoilah anak- anakku...
*
p/s: Nama anak- anakku telah diubah. FYI, ada 9 orang cikgu perempuan bujang di sekolah aku. Jadi bila ada yang bertanya soal kahwin, aku memang tak ambil hati. Ha ha.

Friday, October 01, 2010

Rehat

Mungkin saya perlu berehat dari blogging buat seketika.
*
Hati saya perlu ditampal dengan koyok.
*
Agak- agak berapa lama saya boleh bertahan tanpa entri baru?
*
*
*
*
*
notablog: anak kecil main api, terbakar hatinya yang sunyi...
*