Tengah hari tadi kelas aku dengan 1 A(yam) di ambil alih oleh cikgu lain kerana mereka perlu berlatih koir sempena persaraan Pengetua. Mereka bergabung dengan pelajar 1 Eksyen (Excellent). Selaku cikgu yang kepochi, aku ikut mereka sekali. (Sebenarnya sebab aku perlu tahu apakah lagu yang akan dinyanyikan).
*
Bila dah masuk mood menyanyi, aku pun ikut serta. Kebanyakan pelajar tak kenal lagu- lagu yang mereka perlu nyanyi. Lagenda (Shiela Majid), Di Mana kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee) dan Anak (Freddie Aguliar- versi Melayu). Tak fasal- fasal aku pula yang ajak budak- budak di belakang menyanyi. Dalam aku menyanyi sekali (ya, aku meyumbangkan suara yang sumbang), aku perasan ada seorang pelajar perempuan Cina 1 Eksyen merenung aku.
*
Aku tak nak fikir negatif, seperti dia ngumpat suara aku tak sedap. Jadi, aku pun tanya dia.
"Kenapa awak asyik tengok saya?"
"Sebab cikgu cantik."
Okay, waktu itu juga aku gelak. Mungkin dia tak perasan, kalau terdengar suara mengaum macam harimau/ singa (singa mengaum ke?) di kelas 1 A(yam), aku lah orangnya.
*
Ha ha. Sungguh, aku tak pernah rasa aku cantik.
*
Waktu balik, aku berselisih dengan Encik E yang memikul sebungkus beg plastik berisi kertas. Pada firasat aku, itu kertas Gerak Gempur yang dia perlu tanda. Maka, aku pun menegurnya.
"E, dah rupa macam Santa Claus dah."
"Tu la fasal. Ni dah sedia nak tunaikan hajat Ay. Cakaplah apa saja."
"E gantikan tempat Ay jaga peperiksaan SPM nanti."
"Hoh, yang tu siang- siang dah kena keluar senarai. Ay kena cari Santa lain. Ha ha."
*
Ha ha, sebenarnya sejak aku dapat surat lantikan mengawas SPM 2010, aku tak sudah- sudah mengecek E supaya menggantikan tempat aku. Alasan aku senang saja.
"E dah kahwin, bagi la orang bujang macam Ay ni pergi keluar dating."
*
*
*
Dating la sangat.
*
Ha ha.
*
notablog: Bersedialah untuk TIDAK bercuti ketika cuti akhir tahun nanti. Cuti yang sebenar cuma seminggu selepas SPM. Lepas dari itu, aku akan kembali sibuk dengan Mesyuarat Guru, Mesyuarat Panitia, Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin (sekiranya masih terlibat) dan paling penting membungkus buku untuk jualan di koperasi. Haish, aku dah terbayang penatnya! This is the price that I have to pay to be a teacher.
No comments:
Post a Comment