Sebetulnya ini adalah update pantas sebab saya rindu menulis blog. Tapi tugas di hujung-hujung ini sangat mendesak. Terima kasih kepada Alin yang menemani saya bersengkang mata dengan tulisan-tulisan di dinding Facebook saya.
*
Hari ini kawan kesayangan saya menelefon. Katanya, "I think you are born to be a teacher."
Itu saya tidak boleh nafikan. Sungguh, ke mana sahaja saya pergi, saya pasti akan teringatkan anak-anak saya yang entah berapa ratus sudah jumlahnya (bunyi macam anak ayam je. Ha ha.)
*
Petang tadi, kelas jagaan saya mengadakan jamuan akhir tahun di Kayefsee. Sayang juga kerana tak semua dapat pergi. Dua orang lenglui yang bijak pandai dalam kelas saya hampir menarik diri dari pergi kerana tidak ada kenderaan. Maka, sebagai 'mak tiri' yang baik hati saya menjemput mereka =P. Dua kali perjalanan pergi dan balik perlu dilakukan kerana bilangan mereka tidak memungkinkan untuk saya memuatkan mereka sekali gus.
*
Tetapi apabila pulang, adalah sangat mustahil untuk saya meninggalkan mereka separuh-separuh. Maka saya mengambil tindakan drastik lagi gila. Saya memuatkan kesemua enam orang anak dara orang dalam burung besi saya.
*
Tema parti saya adalah Alter Ego.
*
Wild party bagi saya. Kononnya lah.
*
Dan sungguh, ia menjadi sangat wild apabila enam orang pelajar bersesak dalam burung besi saya. Sampai ada yang duduk dalam bonet kereta. Saksi kejadian, Encik TongkangBocor juga mengakuinya. Katanya tak ubah seperti iklan Milo. Okay, saya tak boleh nak nafikan, mungkin ini antara perkara paling wild saya pernah buat.
*
(Ketika singgah di Dataran dalam perjalanan pulang dari Kayefsee, saya berdoa sungguh-sungguh supaya supaya saya tidak terserempak dengan Encik TongkongBocor. Tapi doa saya tidak makbul, sebab saya dapat parking betul-betul depan kedai dacing. Ha ha.)
*
Wild party saya dengan tema Alter Ego dikira boleh tahan la.
*
Sikap cikgu di sekolah masih terbawa-bawa hingga ke luar. Ketika membuat ucapan alu-aluan (yang tidak disengajakan), saya masih memanggil pelajar-pelajar saya, 'okay class'.
*
Sungguh cikgu.
*
Selepas ini saya patut biasakan diri dengan menyebut, 'okay people'.
*
Parti poyo macam ni pun masih ada guest book (-_-")
*
Yang lagi tak boleh blah, ambil gambar guest book dengan rotan lagi. Cikgu betul!
notablog: Kenapa Two Accident? Nantikan entri selanjutnya (yang entah bila).
No comments:
Post a Comment