Tuesday, November 30, 2010

Demam

Barangan yang berkaitan dengan elektrik selalunya panas.
*
Saya tidak mudah jatuh sakit. Tetapi, ketika belajar dulu, saya ada satu simptom yang tak dapat dielakkan. Demam dan barangan elektrik.
*
Setiap kali membeli barangan yang berkaitan dengan elektrik, saya akan demam.
*
Kali pertama membeli handphone (2003)
*
Kali pertama membeli seterika (2005)
*
Kali pertama membeli laptop (2005)
*
Nasib baik saya tidak membeli banyak barangan berasaskan elektrik. Kalau tidak, saya pasti demam.
*
Tahun ini saya membeli dua, tiga barangan yang berasaskan elektrik. Syukur, saya tidak lagi demam. Atau mungkin, saya sudah terlalu sibuk untuk demam?

Monday, November 29, 2010

Segitiga kehidupan

Segitiga sama kaki bermaksud, jumlah keseluruhan sudut dalam segitiga itu dalah 180 darjah.
*
Segitiga dalam persamaan kimia bermaksud, larutan tersebut dipanaskan.
*
Segitiga dalam nota Sejarah Dunia saya ketika di Tingkatan Empat bermaksud, perubahan.
*
Tetapi ini tidak bermaksud saya penggemar coklat segitiga Toblerone.
*
Buat kali ketiga juga, saya terjebak dalam sebuah segitiga yang mana seharusnya adalah dua garisan lurus yang selari. Yang seharusnya selari sampai habis. Sejujurnya, segitiga yang ketiga ini adalah segitiga yang terbaik pernah saya alami.
*
Hidup juga memerlukan kita untuk memilih. Bagaimana sekiranya saya memilih untuk tidak meninggalkan segitiga yang ketiga ini?
*
Tetapi saya harus akur bahawa saya tidak boleh mementingkan diri sendiri. Cuma cepat atau lambat sahaja masanya, lambat laun, pasti saya akan ditinggalkan (atau meninggalkan?) segitiga itu. Saya tidak pernah memilih untuk menjadi sisi ketiga dalam mana-mana segitiga itu. Tidak pernah sama sekali.
*
Tetapi untuk membayangkan saya menjadi dua garisan yang selari adalah sesuatu yang amat jauh dari fikiran saya. Mustahil kalau saya katakan perkara tersebut tidak pernah terlintas difikiran. Tetapi yang selalu tergambar difikiran saya adalah, saya bersama garisan-garisan kecil dibawah saya, tanpa garisan selari disebelah saya.
*
Kadangkala saya benci diri saya sendiri. Kenapa mesti saya?
*
Dan bila ada satu garisan lurus yang datang menghampiri, saya akan cuba sedaya upaya untuk mematahkannya. Saya sengaja dan kadangkala tidak sengaja. Saya kunci diri saya dalam syurga segitiga yang saya cipta sendiri.
*
Pernah juga saya terfikir, berapa banyak segitiga lagi yang saya akan cipta dari dua garisan lurus - yang seharusnya lurus sampai habis? Dan berapa banyak lagi satu garisan lurus yang akan saya patahkan (atau tidak sengaja patahkan)?
*
Dalam hidup, kita dibentangkan dengan pilihan. Saya pernah terfikir untuk menjalani hidup ini sebagai satu garisan lurus sahaja. Diatas saya, ada dua garisan lurus yang perlu saya tanggung sehingga ke hujungnya. Itu tugas saya.
*
Saya mengharapkan agar segitiga terakhir ini adalah yang terakhir dalam hidup saya. Saya penat, walaupun saya sangat menghargai setiap detik di dalam syurga segitiga itu. Sehingga saat ini, saya masih belum berhajat untuk meninggalkan segitiga terakhir, tetapi mungkin segitiga itu yang akan meninggalkan saya. Saya tidak akan meninggalkannya hanya kerana ada satu garisan lurus yang cuba menghampiri. Sebab saya tahu, kebarangkalian untuk saya cuba mematahkan garisan lurus itu adalah tinggi.
*
Segitiga dalam nota Sejarah Dunia saya ketika di Tingkatan Empat, bermaksud perubahan.
*
Satu hari nanti, segitiga itu akan hadir dalam hidup saya.

Sunday, November 28, 2010

Hari Dimana Saya Menjadi Santa

Krismas belum tiba. Tapi pada minggu terakhir persekolahan, saya menjadi Santa secara... (err, tak tahu nak kata sukarela/ paksarela). Tapi apa yang saya tahu, bonet Burung Besi saya mendap.

Beg-beg plastik berisi makanan untuk anak-anak 2 Accident, hadiah untuk anak-anak 1 F(lamingo) yang lulus dan hadiah untuk anak-anak 2 E(tik) yang dapat markah 50 dan ke atas.

Hadiah untuk anak-anak 1 F(lamingo) yang lulus.
*
Pagi Isnin itu, saya menghadiri taklimat Pengawas SPM. Pulang dari taklimat, saya melepas geram di Mekdi (okay, sekarang kawan kesayangan saya dan brother bear boleh marah). Kemudian saya kembali ke sekolah untuk melangsaikan tugas-tugas pengurusan terakhir.
*
Satu panggilan telefon saya terima membuatkan saya bergegas keluar dari kawasan sekolah. Nasib baik GPK1 saya tidak ada. Kalau tidak, mahu saya kena pelangkung dengan dia (kot?) kerana meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
*
Saya keluar semata-mata kerana ini.
Cenderahati kelas 2 Accident.
*
Sekarang saya faham, jadi Santa itu penat.
^_^


Berlagak




Gua kata buat muka berlagak. Ni masing-masing buat muka jambu apa hal?
*
Oh, dalam tiga gambar ni, gua suka gambar gua yang nombor dua.





Saturday, November 20, 2010

Sajak- Sajak Cinta

Kau hadir dalam mimpiku.
Membaca sajak cinta beralas kad 001.
*
Beritahu aku sekarang, sayang.
Sejauh manakah makna
aku dalam hidupmu?

Friday, November 12, 2010

Dalam Hati Ada Cikgu

Tajuk entri kali ini adalah sangat poyo.

Sebetulnya ini adalah update pantas sebab saya rindu menulis blog. Tapi tugas di hujung-hujung ini sangat mendesak. Terima kasih kepada Alin yang menemani saya bersengkang mata dengan tulisan-tulisan di dinding Facebook saya.
*
Hari ini kawan kesayangan saya menelefon. Katanya, "I think you are born to be a teacher."
Itu saya tidak boleh nafikan. Sungguh, ke mana sahaja saya pergi, saya pasti akan teringatkan anak-anak saya yang entah berapa ratus sudah jumlahnya (bunyi macam anak ayam je. Ha ha.)
*
Petang tadi, kelas jagaan saya mengadakan jamuan akhir tahun di Kayefsee. Sayang juga kerana tak semua dapat pergi. Dua orang lenglui yang bijak pandai dalam kelas saya hampir menarik diri dari pergi kerana tidak ada kenderaan. Maka, sebagai 'mak tiri' yang baik hati saya menjemput mereka =P. Dua kali perjalanan pergi dan balik perlu dilakukan kerana bilangan mereka tidak memungkinkan untuk saya memuatkan mereka sekali gus.
*
Tetapi apabila pulang, adalah sangat mustahil untuk saya meninggalkan mereka separuh-separuh. Maka saya mengambil tindakan drastik lagi gila. Saya memuatkan kesemua enam orang anak dara orang dalam burung besi saya.
*
Tema parti saya adalah Alter Ego.
*
Wild party bagi saya. Kononnya lah.
*
Dan sungguh, ia menjadi sangat wild apabila enam orang pelajar bersesak dalam burung besi saya. Sampai ada yang duduk dalam bonet kereta. Saksi kejadian, Encik TongkangBocor juga mengakuinya. Katanya tak ubah seperti iklan Milo. Okay, saya tak boleh nak nafikan, mungkin ini antara perkara paling wild saya pernah buat.
*
(Ketika singgah di Dataran dalam perjalanan pulang dari Kayefsee, saya berdoa sungguh-sungguh supaya supaya saya tidak terserempak dengan Encik TongkongBocor. Tapi doa saya tidak makbul, sebab saya dapat parking betul-betul depan kedai dacing. Ha ha.)
*
Wild party saya dengan tema Alter Ego dikira boleh tahan la.
*
Sikap cikgu di sekolah masih terbawa-bawa hingga ke luar. Ketika membuat ucapan alu-aluan (yang tidak disengajakan), saya masih memanggil pelajar-pelajar saya, 'okay class'.
*
Sungguh cikgu.
*
Selepas ini saya patut biasakan diri dengan menyebut, 'okay people'.
*
Parti poyo macam ni pun masih ada guest book (-_-")
*

Yang lagi tak boleh blah, ambil gambar guest book dengan rotan lagi. Cikgu betul!

notablog: Kenapa Two Accident? Nantikan entri selanjutnya (yang entah bila).

Wednesday, November 10, 2010

Ulek Mayang

Aku sedang menanda kertas sambil mendengar seleksi lagu pilihan HoneyBee di dalam bilik. Ayahanda dan Incik Bulat sedang menonton siaran ulangan Ulek Mayang. Watak utamanya sedang menyeru-nyeru Sang Puteri.
"Wahai Puteri Mayang Mengurai, menjelmalah."
*
Dari dalam bilik aku menyampuk,
"Wahai Puteri Mayang Mengilai, menjelmalah!"
"Woi, kalau macam tu, tegak bulu ketiak kalau muncul" Ayahanda.
*
Aku?
Mengilai-ngilai sahaja dalam bilik.

Thursday, November 04, 2010

Dia

Pagi ini. Dia bangun dengan figur umurnya bertambah sehari, atau sebetulnya setahun. Nasib baik hari ini semua sekolah mewartakan cuti peristiwa sempena Deepavali pada hari esok. Kalau tidak, pasti dia akan bangun seperti biasa dan bersiap ke sekolah.
*
Dia, Pengetua saya.
*
Semalam majlis persaraannya.
*
34 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan, bukan satu jangkamasa yang pendek. Pelbagai dugaan yang ditempuhi. Yang paling diingati pastinya, hal yang berkaitan dengan laporan polis. Hal itu menjadi iktibar kepadanya, dan juga aku. Ya, aku. Kerana saiz aku seperti budak sekolah, maka ramai cikgu-cikgu senior yang meningatkan aku supaya berjaga-jaga apabila memakai baju t ke sekolah. Mujur, aku cuma mengajar PJK selama 2 bulan sahaja.

Menjadi Pengetua bukan kerja mudah. Mulutnya bising sentiasa, lumrah bagi wanita aku rasa. Tapi dalam bising-bisingnya, banyak ilmu yang dia turunkan secara tak langsung. Aku percaya ramai yang arif bahawa dia antara Pengetua wanita yang paling garang di daerahku.

Tapi satu perkara yang aku pasti aku akan rindui adalah pujiannya pada cara aku berpakaian. Bahkan dia pernah bertanya sama ada baju-bajuku dibeli di butik di Kuala Lumpur. Jawabku ringkas sahaja, asal cantik, murah pun tak apa. Pasar malam pun okay juga.

Dia juga tak lokek menurunkan ilmu kesihatan. Contohnya, program detok yang dikenalkan kepada kami secara tak langsung ketika makan di kantin. Sebiji epal hijau, sebiji tomato dan sebiji oren dikisar bersama menjadi jus. Begitu juga air teh bunga yang bagus untuk menyejukkan badan.

Pernah juga dia cuba menjadi telangkai, merapatkan aku dengan seorang guru bujang di sekolahku. Tapi dari awal aku sudah tahu, cikgu itu sudah berpunya maka perkara ini di diamkan sahaja. Patutlah tiba-tiba sahaja banyak aktiviti dan tugas di sekolah pada tahun lepas, aku digandingkan dengan cikgu tersebut. Juga baju uniform bombaku yang ditaja olehnya, juga bersama cikgu tersebut. Haish, macam-macam.

Mustahil kalau aku katakan aku tak pernah mengumpat atau sakit hati dengan sikapnya. Itu lumrah. Tapi aku bersyukur sekali lagi mempunyai ketua sepertinya. Kalau tak kerana dia, mungkin sekarang aku dalam proses saman menyaman dengan bapa seorang pelajar.

Atas segala tunjuk ajar, nasihat, herdik dan perli (ha ha) darinya, aku menjadi lebih kuat sekarang.

Terima kasih Ms Lee Geok Eng!

Wednesday, November 03, 2010

Tipu

Selepas pemeriksaan badan beruniform, LTS berdiri di sebelahku, mengomel-ngomel dan membebel-bebel. Ya, LTS walaupun dia seorang lelaki, dia suka membebel. Kadangkala dia sengaja datang mencariku untuk membebel. Layankan saja, sebab aku dah kenal dia sejak sekolah lagi.
*
Tiba- tiba dia menegurku,
"Ay, how come your eyelashes are longer than usual? Are you wearing the fake one? And why are you wearing blue eyeliner?"
*
Aku rasa nak lempang aje LTS.
"Hello, LTS. My eyelashes are ORIGINALY long. I'm just wearing MASKARA okay. No fake eyelashes. By the way, I could not find black eyeliner, that's why I'm wearing the blue one."
*
Siti Nurulfataheyah Binti Elies, sila buat testimoni pada LTS cepat. Anda pernah jadi juru solek rasmi kumpulan saya ketika berlakon teater dulu.
*
Aku bukan Rozita Che Wan nak pakai bulu mata palsu.
*