*Sila cari dan mainkan lagu Suratan Atau Kebetulan (nyanyian Kenny, Remy dan Martin) bila membaca entri ini*
Anda percaya?
Kadangkala saya mahu percaya ia telah ditakdirkan.
Seperti sudah tertulis bahawa saya akan menjadi pengapit banyak kali sebelum saya sendiri naik pelamin (jangan tanya bila).
Bahawa saya akan jadi cikgu bahasa selepas banyak kali saya menjadi penterjemah bahasa antara abang saya dan saudara mara ketika raya semasa kecil (abang saya pelat kerana lidahnya pendek).
Bahawa cinta saya pada Matematik sejak kecil tidak akan pudar dan disalurkan apabila saya mula bertugas menjadi seorang guru. Walaupun saya bukan guru Matematik, tetapi saya guru Koperasi (congak saya lebih hebat dari pelajar Tingkatan 2 kelas pandai- not bad bagi seorang yang dah cukup lama meninggalkan Matematik dan pelajar TESL adalah teramat maklum agak lemah mengira).
Saya enggan percaya. Bahawa saya dan kawan kesayangan saya mengalami perkara yang hampir serupa.
Saya selsema, dia selsema.
Abang saya masuk hospital, saudara dekatnya juga masuk hospital.
Sekarang ini...
Dia ada ulser, saya pun kena!
Dan anda pasti berkata bahawa lagu Suratan atau Kebetulan tidak ada kait mengait dengan entri ini. Sekian.
notablog: saya rindu kawan kesayangan saya. Dia sibuk :'(
No comments:
Post a Comment