Saturday, February 12, 2011

Pelanduk Semuanya Nampak Lebih Kurang Serupa

Anda pernah nampak pelanduk dengan mata kepala sendiri? Arr, saya tak pernah (seingat saya la). Bagi orang yang jarang atau tak pernah nampak pelanduk, jika ada sekumpulan pelanduk depan anda, bolehkah anda bezakan antara satu dengan yang lain?

Ini kisahnya (yang atas tu selingan/ intro saja).

Saya mengikuti rombongan menghantar pengantin. Kebetulan, pihak lelakinya orang daerah saya. Maka, pulang dari aktiviti Larian Perdana Makhota tadi, saya bersiap (dengan malasnya) ke majlis tersebut. Saya sesat sedikit, maklumlah kawasan itu memang saya biasa lalu sahaja, tak singgah pun.

Sampai di pagar rumah bersanggar, Mak Long A dan Mak Long B menyapa saya (kedua-duanya adalah sepupu Ayahanda saya).

Mak Long A: Eh, datang sorang je? Mana Cik Abang nya?
Saya: Cik Abang mana pula ni?
Mak Long B: Cik Abang yang selalu sebelah awak la.
Saya: Eh? Yang selalu kat sebelah kita dalam bilik guru, Cikgu L (perempuan).
Mak Long A: Parah ni, orang yang selalu kat sebelah dia pun dia tak ingat dah.
Saya: ???
Mak Long B: Alah, orang yang tidur sebantal dengan awak tu...
Saya: Bila masa pula kita (saya) kahwin???

Kedua-duanya membuat muka pelik, saya apatah lagi. Selepas beberapa saat baru saya perasan, rupanya mereka menyangka saya adalah kakak saya! Ha ha. Lawak sungguh. Nasib baik mereka tak bertanya, "kenapa perut kau kempis semacam, kata mengandung?" Sila kesali -_-" Padahal kami sekeluarga baru sahaja berjumpa mereka hujung minggu lepas. Sila kesali lagi -_-"

Serupakah saya dengan kakak saya? Dah namanya adik beradik, pasti ada iras-iras. Tapi yang pasti saya lagi gelap dari dia (oh, saya suka jadi gelap!).

Ini kisah adik beradik, kalau pelanduk di depan anda, bolehkah anda bezakan?

Yang tak kenal pelanduk, inilah rupanya. Nama lain bagi pelanduk adalah kancil.

No comments: