Anak-anak saya menjawab soalan Penilaian Kurikulum 1 hari ini. Ketika kertas Pendidikan Islam, saya berada di kelas terakhir bagi tingkatan satu. Selesai mengedarkan soalan, saya mengarahkan mereka menjawab soalan. Anehnya, mereka tercengang.
Kata mereka, "macam mana nak jawab soalan ni cikgu?"
(Sila abaikan papan hitam yang sangat teruk itu.)
Bagi soalan pertama, soalan ditaip dalam tulisan jawi, soalan yang lainnya tidak pula. Maka menjadi tugas saya pula untuk menterjemahkannya. Bila saya selak soalan yang lain, rasanya soalan yang disediakan termasuk dalam kategori mencabar bagi pelajar kelas hujung.
Kasihan anak saya. Yang menyediakan soalan pula adalah guru yang mengajar kelas itu sendiri. Tidakkah dia terfikir akan kemampuan pelajarnya untuk menjawab soalan tersebut?
Dalam sibuk membincangkan, patutkah cikgu mengajar semata-mata untuk peperiksaan atau untuk kegunaan dalam kehidupan, sebenarnya kedua-duanya perlu digunapakai. Janganlah nanti sampai pelajar pun tak tahu apa dan bagaimana nak menjawab soalan peperiksaan!
No comments:
Post a Comment