Membayar bil-bil setiap bulan adalah tanggungjawab aku. Dahulu, ketika Ayah masih menggunakan perkhidmatan pasca bayar, Ayah seringkali enggan membenarkan aku membayarkan bilnya. Tetapi sekarang, adalah wajib untuk aku melakukannya. Sebabnya, sekarang Ayah menggunakan pra bayar =)
Kali pertama aku mendapat bil telefon, Ayah merungut. "Mahalnya! Kau buat apa dengan handphone kau tu?" Aku membalas, "main Facebook."
"Huh, membazir je. Dah la bulan-bulan bayar bil Internet, pakai Internet lagi kat handphone."
Aku diam sahaja. Ya, memang salah aku.
Bulan ini, bil-bil tiba, tetapi aku tak sempat menjelaskannya sebelum aku berkursus (er, bertaklimat?) di JB. Sehari selepas pulang dari JB, aku segara menyelesaikan bil-bil tersebut. Sementara menunggu barisan yang tak berapa panjang, aku membaca jumlah yang aku perlu bayar. (Ayah dah kira siap-siap)
Caitttt, mentang-mentangla aku kata aku guna handphone untuk main Facebook, boleh pula Ayah tulis bil handphone aku sebagai Facebook.
Ya, bil eletktrik (api) rumah aku percuma. Bil telefon rumah juga sebenarnya percuma. Ayah salah baca bil.
Err, Selamat hari Jadi Ayah! Berapa umur Ayah ye? Sebab umur Ude 16 tahun lagi~~~~
No comments:
Post a Comment