"Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani..."
Okay jangan keji. Zaman- zaman sekolah dulu memang pernah layan lagu ni. Siapa tak kenal kumpulan UK's sila lari jauh- jauh.
Sebenarnya, cerita yang saya dengar pagi tadi mengingatkan saya kepada lagu ini.
Gempar sekejap di kalangan guru di sekolah saya semalam. Salah seorang pelajar cemerlang sekolah lari dari rumah. Pagi tadi, dapat maklumat terbaru, pelajar tersebut sudah dijumpai di salah sebuah terminal bas. Tanpa beralas kaki, tersengih-sengih sendirian. Tapi syukur, dia selamat.
Puncanya? Masalah keluarga. Saya pernah mengajarnya selama sebulan setengah rasanya. Dan sepanjang ingatan saya dia tidak pernah ketawa sekalipun bila saya buat lawak. (Okay, fine. Saya tak boleh mengajar dengan serius tanpa lawak. Nanti saya yang stress pula).
Guru-guru yang pernah mengajar dia pun mengakui, paling tinggi pun dia tersenyum sahaja. Mahalnya harga senyuman dia. Dia pendiam. Masalah payah dikongsi. Sebagai guru, kami terkilan. Pelajar secemerlang dia (straight As!) memilih untuk tidak memohon ke mana-mana. Kalaulah dia bercerita walau sedikit masalahnya kepada kami, pasti akan ada mahu membantu. Guru mana yang tak mahu melihat anak didiknya berjaya?
Jadi para guru diluar sekalian, perhatikan anak-anak kita ini. Saya sendiri kalau perasan ada pelajar yang payah nak senyum atau ketawa, saya akan paksa dia ketawa (apa punya cikgu la). Tapi secara logiknya, kalau pelajar lain dah ketawa terguling-guling, dia seorang sahaja tidak memberikan sebarang reaksi, pasti ada yang tak kena.
(Baru semalam berkongsi istilah 'kongsi pundi kencing' kepada pelajar yang suka pergi ke tandas berdua. Meleleh air mata anak-anak itu ketawakan kawan mereka yang terpinga pinga baru pulang dari tandas).
Dan kalau ada yang tak kena, jangan teragak-agak untuk memasang perisik dikalangan pelajar sendiri. Pengalaman saya, saya kumpulkan semua pelajar perempuan kelas saya dan suruh mereka menjadi perisik kepada aktiviti pelajar lelaki. Ini semua gara-gara ada pelajar lelaki yang membuka seluar dalam kelas. Selepas saya melantik mereka menjadi perisik tidak rasmi, tidak bergaji, pelbagai aduan saya terima. Ada yang mendapat gangguan seksual secara lisan, ditampar pelajar lelaki, ditolak di tangga, bawa air bergas dan minum dengan panadaol. Haish, nasib baik tak 'jalan'...
Tetapi jangan semua aduan pelajar boleh dipercayai bulat-bulat, selidiki dulu. Pelajar perempuan pun ada kes mereka sendiri. Macam mana nak tahu, kena fikirkan jalan lain juga. Facebook antaranya. Gunakan untuk ketahui apa aktiviti mereka, apa masalah mereka. Bukan nak menyibuk, tapi perlu ambil tahu. Kerana secara tidak langsung, segala permasalahan ini akan dibawa bersama ke sekolah.
Panjang pula entri hari ini. Sama-sama kita doakan pelajar tersebut dapat dibantu. Amin.
No comments:
Post a Comment