Update: Secara rasminya Gangguan sudah berada di tangan gua.
(klik gambar untuk visual yang lebih jelas)
Cakap banyak tak guna. Nak taip banyak pun malas. Cuma gua nak bagi tau, Gangguan dah siap dan akan dihantar ke penulisnya dalam masa terdekat. Awal-awal gua malas nak promo, sebab selagi tak ada kat tangan gua tak berani (ini bukan kes tak caya dengan Sindiket Sol-Jah, bukan). Tapi pasal gua sendiri rasa insecure kot.
Kalau nak beli dari gua, ini caranya:
(gua cilok dari blog FikriKacak, sendiri malas taip)
Kalau berminat nak tempah, boleh tinggalkan nama dan emel di ruangan komen.
Harga cuma :
RM15 (kalau ambil sendiri).
RM20 (kalau hantar guna poslaju).
Cara-cara :
1.) Sila bank in sejumlah bayaran ke dalam akaun.
2.) Sila emel gua gambar bank in slip (jika guna CDM) atau letakkan "msay_5@yahoo.com" sebagai rujukan jika guna perbankkan internet.
Maybank : 1510 5206 8139 (Nurul Ain Binti Kamarudin)
CIMB : 0102 5023539 524 (Nurul Ain Binti Kamarudin)
3.) Sila emel kepada: msay_5@yahoo.com dengan tajuk "Berikan Gua Gangguan Sebelum Gua Menggangu Lu!" dan letakkan butiran berikut :
i. Nama penuh
ii. Alamat surat menyurat - Alamat hostel tidak digalakkan.
iii. No.handphone
Buku lu akan dihantar sebaik sahaja gua terima dari penerbit.
(Kalau lambat sikit jangan marah gua)
Setakat ni yang dah pesan dari gua (ada yang dah bayar, ada yang belum lagi) adalah:
1. Gua sendiri- settle
2. Amir Aiman- settle
3. Nabila- settle
4. Norzana- settle
5. Norashikin- settle
6. Musfirah-settle
7. Ecah- settle
8. Neq
9. Lim Tow Suan- settle
10. Kamarul- settle
11. Ismaliza- settle
12. Lily-settle
13. Ida Rohayu- settle
14. Raihan Aan- settle
15. Rosziah-settle
16. Norfaizah
17. Zara
18. Acher Md Som- settle
19. Jenggo- settle
20. Sue Hafiza
Buku banyak lagi (1o buah lagi), tapi kalau tak tempah sekarang lu rugi. Buku rare tak diulang cetak. Penerbit lak Sindiket Sol-Jah (penerbit buku indie lagi rare yang berkualiti).
Senang cerita, LU TAK BELI LU KODI.
Sebab-sebab yang menyebabkan lu patut beli Gangguan.
Alasan Fikri Kacak
Alasan Syuq Kringet
notakeyboard: tandatangan adalah atas permintaan. Kalau tak nyatakan, gua tak tandatangan (bukan gua sombong, tapi gua tau ada orang tak suka buku kena conteng).
Wednesday, August 31, 2011
Sunday, August 28, 2011
Sepasang Kurung Biru
Satu satunya lagu raya kegemaran saya. Bila difikir-fikirkan semula, baju kurung terakhir yang saya jahit untuk arwah emak berwarna biru. Sebetulnya, baju itu tidak pernah siap. Tersadai dalam bakul. Tinggal menebuk leher, menyiapkan kemasan leher, mengelim hujung lengan dan badan, dan menjahit cangkuk pada kain. Baju itu tidak siap kerana saya sudah mula sibuk menjalani latihan praktikal.
Sejujurnya, itulah baju terakhir yang saya jahit. Sejak emak pergi, saya tiada hati ingin menjahit baju kurung lengkap. Sekadar menjahit kain yang koyak, menampal seluar Ayah, memotong jubah yang labuh dan menjahit manik.
Tapi setiap kali raya, lagu itu juga yang saya dengar. Tak mengapalah, saya selesa hidup begitu.
Harapnya raya kali ini ada yang baik untuk kami sekeluarga.
Salam Aidilfitri 1432H.

ay yusof, pak yusof, bulat, ms tepung, incik kacang senyum, apam balik kacang dan anak kelinci
Salam Aidilfitri 1432H.
Thursday, August 25, 2011
Hajat
Aku mahu rumah baru.
Aku mahu hias rumah cara Jepun
(sebidang tikar dan meja rendah sahaja).
Aku mahu sebuah Pajero
(dikeji guru Bahasa Inggeris Tingkatan 3- kau pendek).
Aku mahu sambung Master.
Aku mahu tas tangan Birkin Hermes.
Aku mahu seutas rantai Mikimoto.
Aku mahu Blackberry atau iPhone
(tapi aku ada Nokia X3).
Aku mahu macam-macam.
Tapi aku juga mahu umur yang berkat,
tubuh yang sihat.
Agar aku dapat berbakti,
agar aku dapat terus memberi.
Selamat pendek umur.

Sunday, August 21, 2011
Perlu Yang Baru
Sebenarnya nak letak tajuk 'Entri Baru', tapi bunyinya sangat cliche. Setiap kali buat entri- taip dan siarkan mestilah entri baru, kan? Takkan selamanya nak letak tajuk 'Entri Baru'?
Dah melalut pula. (bukan selalu buat kat sini) Sebenarnya ada beberapa entri yang hendak ditaip dan disiarkan, tetapi... (mod sedih) semuanya terpadam sekali gus! Sebabnya, semua entri itu ditaip dan disimpan dalam notes handphone. Bila terlintas idea di kepala dan tak ada pen atau pensil dan kertas, biasanya handphone akan menjadi mangsa.
Ini menyebabkan saya meyakinkan diri sendiri untuk membeli handphone baru walaupun handphone sekarang masih lagi baik. Walaupun kadang-kadang weng sedikit. Adatlah, pakai telefon slide, lepas setahun masalah mula muncul.
Alasan kedua, sebab saya sudah mula rasa sukar untuk menaip di papan kekunci handphone sedia ada (baca: jari saya mungkin sudah mengembang! Takkan papan kekunci tu makin mengecil pula). Tetapi untuk jari saya mengembang adalah perkara yang tidak logik juga. Takkan jari saja yang mengembang, kot?
Alasan ketiga. Saya gila menggunakan internet dengan handphone sedia ada. Handphone tak canggih, tapi main internet, haruslah bil melambung, kan? Lagi tertekan atau sunyi, lagilah rajin saya berinternet.
Alasan keempat. Nak mengelakkan diri dari membaca sms yang diberikan oleh ex. Okay, bunyi sangat pathetic. Nak buat macam mana, dah memang itu perangai saya. I live with dreams. Walaupun mimpi itu menyakitkan.
Alasan lain? Belum fikir lagi.
notakeyboard: Saya mahu semula idea saya yang berkaitan tentang mimpi. Sebab ia berkait secara tidak langsung dengan mimpi ini.

Thursday, August 18, 2011
Obsesi Rama-Rama
Sebenarnya bukan rimau saja yang aku suka, rama-rama juga. Kenapa? Sebab sifatnya yang flighty. Ini kes mudah sangat terpengaruh dengan bahan bacaan la. Masa undergrad, kena belajar teks A Streetcar Named Desire. Jenuh fikir masa tu, macam mana nak sebut nama Blanche du Bois. Kalau nak tau apa kaitan rama-rama dengan teks tu, pergi tanya Incik Gugel. Hi hi.
Bye!
Keronsang ni jadi inspirasi untuk jahitan manik di baju. Jadi pengapit, pengantin dah kena 'ikat' aku masih bebas ^___^
Bye!
Tuesday, August 16, 2011
Identiti
Kita semua meniru.
Tapi sebelum tu kita perhati dulu. Seperti anak kecil. Mereka perhatikan tingkahlaku orang di sekeliling. Baru mereka mulakan langkah. Tapi kita tak kata anak kecil itu meniru. Kita kata mereka mengajuk.
Euphemism betul.
Kau tiru, katakan, cara bergaya seorang artis. Kemudian semua orang kecoh kata kau meniru gaya artis tu. Memang pun. Tapi kau tetap rasa sedih. Kau kata kau tak tiru, kau cuma jadikan contoh je. Kau cuma imitasi apa yang artis tu pakai. Mula-mula kau sedih dengan umpat keji. Lama-lama orang pun lali dengan gaya kau. Tiba-tiba mereka kata kau trendsetter di situ. Mereka kata kau berani mencuba. Kau tak takut menjadi titik punca perhatian.
Akan tiba satu masa, datang orang lain. Yang lagi muda dari kau. Katakan 30 tahun kemudian. Dia ulang semula gaya kau. Kali ni orang tak mengata apa. Tak macam masa kau mula buat dulu. Kau kini sudah jadi sejarah. Sudah out of the league, bak kata bijak pandai Melayu PPSMI. Orang puji orang baru tu. Kata dia berani mencuba, kata dia trendsetter.
Kau juih bibir cuma dan berontak dalam hati, 'meniru!' Tapi semuanya kini balik to square one.
Kita semua meniru.
notakeyboard: aku baru habis baca Lagi Cerpen-Cerpen Underground Saharil Hasrin Sanin dan Faisal Tehrani. Aku tak tiru cara tulisan Saharil. Aku cuma terpengaruh.
Kita semua meniru sebelum mula mencari identiti sendiri.

Sunday, August 14, 2011
Hassan Ali
"Politik itu kotor"- Duan
Senator Adila, Khadijah Hashim.
Saya tidak begitu mengikuti perkembangan politik. Tidak berminat pun. Tetapi saya bersetuju dengan pendiriannya dengan hal yang satu ini.
notakeyboard: Entah kenapa, walaupun banyak motivator di luar sana, saya masih tetap minat dia. Sejak dia berkecimpung dengan politik, saya terus tidak berminat dengan motivator lain.
Friday, August 12, 2011
Motivasi Pagi
Asalnya beli untuk anak-anak. Tapi bila sampai rumah, selit celah cermin dressing table, rasa macam sesuai pula. Untuk tatap pagi hari sambil bersiap dan bersolek. Maklumlah, dah 3 tahun lebih tak ada orang nak membebel kat telinga ni. Nak harap orang lain, memang tak adalah.
Tapi selalunya tak sempat nak belek pun. Lagi-lagi kalau tak pakai kanta lekap. Aku yang beria melekap kat cermin sebab sibuk melukis mata.
Sudahnya aku baca selalunya lepas balik kerja. Sambil tanggal make up, sambil baca.
Wednesday, August 10, 2011
Monday, August 08, 2011
Nota Untuk Fikri
Aku tak datang sekolah tadi. Tapi macam biasa, aku selalunya takkan tinggalkan anak-anak aku begitu sahaja. Dasar cikgu kejam, kata budak. Aku peduli apa. Gaji aku dibayar untuk mengajar mendidik mereka.
Dan Fikri adalah ketua tingkatan aku yang sweet dan pandai buat kerja. Tapi kadang-kadang aku rasa nak lempang dia juga. Ha ha. Cikgu kejam la katakan.
Esok aku datang sekolah semula ya, anak-anak. Jangan risau. 'Mak tiri' kesayangan anda akan periksa buku anda semua (ketawa jahat).

Wednesday, August 03, 2011
Jalan Sehala
Kita bermula dari dua arah berbeza.
Kau mula dulu, aku kemudian. Kita bertemu secara tidak sengaja. Kita bergerak selari. Pernah aku teringin melompat ke jalan kau.
Tapi itu semua mimpi.
Kita terus bergerak selari.
Sampai satu detik kita perlu berpisah. Kita mungkin seiring tapi tak sehaluan. Seperti jalan persekutuan dan lebuhraya yang dipisahkan dengan pagar lebuhraya. Kita berpisah di tol lebuhraya.
Aku cuma menyinggah, bukan?
Kau terus meluru laju, aku terus menghadap jalan berliku.
Satu ketika nanti, kau dan aku akan kembali sebelah menyebelah.
Mungkin kau di lebuhraya, aku masih di jalan persekutuan.
Mungkin kita sama-sama di lebuhraya. Kau lorong paling kanan, aku lorong paling kiri.
Atau juga mungkin. kita sama-sama di lebuhraya.
Kau menghala ke selatan, aku ke utara.

Subscribe to:
Posts (Atom)