Friday, April 29, 2011

AJ dan HJ (II)

Kakak kandung HJ berbual dengan saya suatu hari. Katanya,

"Cikgu, saya dapat tawaran sekolah teknik kat Pahang."
"Pergi ke? Tak sayang nak tinggalkan rumah?"
"Tak kisahlah cikgu. Lagi pun kat Pahang nanti, dekat dengan Ibu saya."

Saya tepuk dahi. Sporting habis budak ni wei!

Wednesday, April 27, 2011

AJ dan HJ

Mereka adik beradik. Saya tahu sejak HJ di Tingkatan Satu lagi kerana saya mengajarnya.

Saya tahu.

Saya tahu.

Saya tahu.

Tetapi awal tahun lepas, dua orang pelajar menghampiri saya di bilik guru pada waktu pagi. Salah seorang daripada mereka berkata,
"Cikgu, adik saya tak datang hari ini. Tangan dia patah semalam, main bola."
"Adik awak siapa?"
"HJ."
"Habis tu, AJ?"
"AJ anak dari mak nombor satu. Saya dan HJ dari mak nombor dua."

Saya tepuk dahi. Macam mana saya boleh tak perasan hal ini, walaupun saya tahu Encik J ada tiga isteri?"

Mama, Ummi, Ibu.

Tapi seperkara yang saya kagum, walaupun anak-anak Encik J tidak cemerlang berbintang-bintang, dapat A berderet dalam semua matapelajaran, tapi mereka semua bersopan dan baik budi bahasa.

Agak-agak, apa ilmu Encik J pakai ya?

Saturday, April 23, 2011

Rewarding Weekend

My rambling in the previous entry has officially come to the end. Yes, today I still go to work. In fact I punched in at 6.36 a.m. this morning.

Yesterday until last night, I struggle hard to mark my kids' paper. Luckily this time around for both forms they had objective questions and summary. I love marking summary (eventhough I still need to count the number of words). Yesterday, I managed to complete marking all four classes for Form One. I delayed marking Form Two sets because I waited for the marking scheme. However, the teacher who prepared the question did not turn up today and will be on leave until next Tuesday. *sigh* I need to come up with my own scheme.

O, I just can't express how relived I am as I managed to complete everything. Since I'll not be around next Monday, I've prepared works for my kids (kawan kesayangan said I have this Type A personality). I've even completed my lesson plan until next Wednesday *wink*wink*

But the problem is, when there's noting to do, I feel bored. I browsed the Internet and I found my picture captured by MH. I was so out of place! Ha ha.



I went for MSSD two weeks ago. Of course, it was a sports event. People around me wore sports attire and whatsoever, but me, wearing KODI t-shirt! Hah!

My, I ramble again. Need to stop now. Gotta watch the second CD of Dead Poet Society. Have a nice weekend peeps!

Friday, April 22, 2011

Power! Power!

Situasi: bilik guru.

Aku: Kak Ina ada duty tak esok (Sabtu)?
Kak Ina: Tak ada.
Aku: Alah...
Kak Ina: Akak tak nak cabar rekod Ay kerja 3 Sabtu beturut-turut. Keh keh keh
Aku: Caittt!

Masuk Sabtu ni sebenarnya aku kerja 5 Sabtu berturut-turut. Seorang kenalan berkata, kalau dia terpaksa bekerja pada hari Sabtu, pastinya dia akan berdalih supaya tidak perlu berkerja pada hari Isnin.

Kalaulah aku buat perkara yang sama, mau melompat anak-anak!



Motif letak kalendar meja? Motivasi untuk diri sendiri bahawa aku adalah aset sekolah. Sebab tu selalu sibuk. Ha ha, perasan je lebih!

Wednesday, April 20, 2011

Fobia

Dulu, aku pernah ngobrol sambil melepak dengan Mak dan Along. Macam-macam cerita keluar. Hatta yang tak masuk akal pun ada. Kalau mood Mak baik, dia layan. Kalau mood tak baik, kami kena sound waktu tu juga.

Kata orang, kata-kata ibu itu satu doa. Mak pernah kata, "nanti Ude ngajar kat sekolah atas bukit 'je". Ya, dan itulah sekolah tempat aku berkhidmat sekarang. Nampak gayanya, macam lama 'je aku mengajar kat situ.

Mak pernah berkata tentang sesuatu yang membuat aku tarik muka dan muncung yang panjang. Mak gelak cuma. Yang aku musykilkan sekarang, perkara itu semacam menjadi kenyataan pula.

Aku fobia. Macam mana kalau apa yang Mak cakap tu akan jadi betul-betul?

Monday, April 18, 2011

Istilah

KDPM- Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KDP- Kursus Dalam Perkhidmatan

KDC- Kursus Dalam Cuti

PKPG-Program Khas Pensiswazahan Guru

PBPP- Program Berkembar Pra Perkhidmatan

PISMP-Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

KPLSPM- Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia





Hari terakhir kami di Maktab. 16 Mei 2008. Hari Guru terakhir di Maktab.




Menghitung hari. Rupanya tinggal kurang 3 bulan lagi genap 3 tahun kami bergelar Cikgu.

Bagaimana prestasi diri berbanding hari pertama mengajar?

Saturday, April 16, 2011

Ulang Tahun

Rasa seperti baru semalam ia berlaku. Perasaan itu masih tidak hilang. Kalau boleh, tidak mahu dihilangkan.

Pelbagai perkara dan peristiwa berlaku di antara detik itu sehingga ke hari ini. Manis, pahit, ketwa, duka semuanya berlaku walau tanpanya.

SMS yang berkait dengan perkara itu masih tersimpan di dalam telefon. Hari ini, secara rasminya nombor itu tidak lagi digunapakai.

Kadangkala terfikir, bagaimana agaknya kalau perkara itu tidak pernah terjadi?

Dalam sedar, sudah tiga tahun berlalu tanpamu. Emak.

Al-Fatihah.

Wednesday, April 13, 2011

Bila Diri Disayangi...

"Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani..."

Okay jangan keji. Zaman- zaman sekolah dulu memang pernah layan lagu ni. Siapa tak kenal kumpulan UK's sila lari jauh- jauh.

Sebenarnya, cerita yang saya dengar pagi tadi mengingatkan saya kepada lagu ini.

Gempar sekejap di kalangan guru di sekolah saya semalam. Salah seorang pelajar cemerlang sekolah lari dari rumah. Pagi tadi, dapat maklumat terbaru, pelajar tersebut sudah dijumpai di salah sebuah terminal bas. Tanpa beralas kaki, tersengih-sengih sendirian. Tapi syukur, dia selamat.

Puncanya? Masalah keluarga. Saya pernah mengajarnya selama sebulan setengah rasanya. Dan sepanjang ingatan saya dia tidak pernah ketawa sekalipun bila saya buat lawak. (Okay, fine. Saya tak boleh mengajar dengan serius tanpa lawak. Nanti saya yang stress pula).

Guru-guru yang pernah mengajar dia pun mengakui, paling tinggi pun dia tersenyum sahaja. Mahalnya harga senyuman dia. Dia pendiam. Masalah payah dikongsi. Sebagai guru, kami terkilan. Pelajar secemerlang dia (straight As!) memilih untuk tidak memohon ke mana-mana. Kalaulah dia bercerita walau sedikit masalahnya kepada kami, pasti akan ada mahu membantu. Guru mana yang tak mahu melihat anak didiknya berjaya?

Jadi para guru diluar sekalian, perhatikan anak-anak kita ini. Saya sendiri kalau perasan ada pelajar yang payah nak senyum atau ketawa, saya akan paksa dia ketawa (apa punya cikgu la). Tapi secara logiknya, kalau pelajar lain dah ketawa terguling-guling, dia seorang sahaja tidak memberikan sebarang reaksi, pasti ada yang tak kena.

(Baru semalam berkongsi istilah 'kongsi pundi kencing' kepada pelajar yang suka pergi ke tandas berdua. Meleleh air mata anak-anak itu ketawakan kawan mereka yang terpinga pinga baru pulang dari tandas).

Dan kalau ada yang tak kena, jangan teragak-agak untuk memasang perisik dikalangan pelajar sendiri. Pengalaman saya, saya kumpulkan semua pelajar perempuan kelas saya dan suruh mereka menjadi perisik kepada aktiviti pelajar lelaki. Ini semua gara-gara ada pelajar lelaki yang membuka seluar dalam kelas. Selepas saya melantik mereka menjadi perisik tidak rasmi, tidak bergaji, pelbagai aduan saya terima. Ada yang mendapat gangguan seksual secara lisan, ditampar pelajar lelaki, ditolak di tangga, bawa air bergas dan minum dengan panadaol. Haish, nasib baik tak 'jalan'...

Tetapi jangan semua aduan pelajar boleh dipercayai bulat-bulat, selidiki dulu. Pelajar perempuan pun ada kes mereka sendiri. Macam mana nak tahu, kena fikirkan jalan lain juga. Facebook antaranya. Gunakan untuk ketahui apa aktiviti mereka, apa masalah mereka. Bukan nak menyibuk, tapi perlu ambil tahu. Kerana secara tidak langsung, segala permasalahan ini akan dibawa bersama ke sekolah.

Panjang pula entri hari ini. Sama-sama kita doakan pelajar tersebut dapat dibantu. Amin.

Monday, April 11, 2011

Dalam Perhubungan

Tina menukar statusnya di Facebook. Dari single kepada in a relationship.

Emmm...

3 bulan kemudian, teman lelakinya bertanya.
"Eh, you dah tukar status you kat Fb ya? You in a relationship dengan siapa?"
"Dengan you la, siapa lagi."
"Ya ke? Sukanya I. Kalau boleh I nak bagi tahu satu dunia."

Tapi tak siapa pun tahu.





Tina cuma selingkuhan.



Aku memandu sambil menutup mata.
Aku memandu mimpi.

Friday, April 08, 2011

Kerana Iman

Saya tidur lena malam sebelumnya. Saya tidak tahu bagaimana Iman. Mungkin lena, mungkin resah.

Tugas berjalan seperti biasa di sekolah. Saya mula runsing. Iman. Iman.

Saya turun ke kantin melihat jadual. Rombakan lagi. Says cuma bertugas sehari. Bagaimana Iman agaknya nanti? Saya tidak akan berada di sisinya.

Saya genggam tangan Iman ketika taklimat. Saya harus pergi ke kelas. Iman saya tinggalkan. Habis kelas, Iman masih tidak bertolak. Saya masuk ke dalam bas. Saya peluk Iman. Iman kata, "saya takut".

Saya resah. Sejak Iman pergi sehingga jam 3.15 petang saya sentiasa teringatkan Iman. Bagaimana agaknya dia?

Saya tiba di khemah. MH menegur saya. "Anak buah Ay dah lepas. Iman dapat satu mata. Dia dapat nombor empat."

Alhamdulillah.



Iman, tahun hadapan masih ada. Boleh cuba lagi.

Wednesday, April 06, 2011

Masuk tak Keluar

Kad perakam waktu aku 'cantik' hujung bulan lalu.



Aku punch in, tapi tak punch out.

Dah penat berjemur di padang, aku tak kuasa nak naik pejabat 'menembak' lagi.

Azam aku untuk sampai sekolah sebelum pukul 6.45 pagi setiap hari hampir berjaya. Yeay!

Monday, April 04, 2011

Anakku Bukan Anakku

Tahun lepas, bolehlah aku nasihat, aku bebel, aku talqin, aku sindir.

Tahun ini aku angkat tangan. kau bukan lagi anakku.

Tahun lepas, buka seluar dalam kelas.

Tahun ini, minum arak pula.

Tahun depan, apa pula ya?




Kau ingat senang ke jadi cikgu?

Sunday, April 03, 2011

Azam Kecil

Sejak kecil dah dengar perkataan azam. Bila besar, mula pasang azam sendiri. (Tapi tak pernah berfikir nak cari calon suami nama Azam). Azam anak kecil biasanya kurang realistik, tinggi menggunung. Azam orang dewasa, agak realistik, sebab dah boleh berfikir secara waras.

Tapi masalahnya, aku ada satu azam ni. Azam yang kecil sahaja, tetapi sangat susah nak laksanakannya. Kalau buat pun, tak konsisten. Arr, tak istiqamah.

Azam aku adalah...






tak nak bawa balik kapur dalam bekas pensil ke rumah.

Apa ceritanya kalau kapur tulis dalam bekas pensil, tapi sekolah cuti seminggu?

notakeyboard: Masih lagi mencari Kapur Cap Harimau. Bebas debu.

Friday, April 01, 2011

APC

Aku melangkah masuk ke dalam surau sekolah. Tiga orang guru perempuan sedang duduk mengira duit kutipan untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Salah seorang dari mereka menegur aku.
*
Kak NI: Tak balik lagi dik?
Aku: Tak kak. Nak stayback kejap. Siapkan kerja sikit.
Kak NI: Bagus, bagus. Tahun depan dapat APC.
*
Aku mengerutkan kening. Err...
*
Kak NI: Anugerah Pekerja Cantik.
*
Aku senyum.
*
notakeyboard: APC= Anugerah Pekerja Cemerlang.