Sunday, May 06, 2012

Mahmudah Versus Mazmumah

Tempat untuk saya membebel dengan diri sendiri adalah di mana burung biru berkicau. Yang kadangkala tiba-tiba ada paus comel terdampar kesedihan. *ayat madah berhelah*

Saya taip (di bawah ini adalah versi yang telah diedit kerana terdapat kesalahan):
"Setiap manusia ada masa lampau yang tidak mahu dikenang. Ianya ibarat hantu yang muncul *plop* tiba-tiba dan *plop* hilang sekelip mata.
Jadi hantu ini sentiasa menghantui kita. Kita takut orang tahu/ nampak hantu ini.
Jadi, untuk memastikan hantu ini tidak menghantui kita, maka janganlah kita memberi tahu sesiapa tentang kehadiran hantu ini dalam hidup kita.
Juga, janganlah kita mendedahkan hantu (kisah silam/ aib) orang lain."

Dalam keadaan diuji ini, saya berperang dengan syaitan yang ada dalam diri. Sabar, sabar, sabar.

Moga Mahmudah menang besar dalam perlawanan menentang mazmumah.

notakeyboard: Saya mohon doa dari murid saya supaya saya menang moral dalam situasi ini. Murid-murid bagi saya bukan sekadar murid, tetapi mereka anak-anak saya.

1 comment:

prof_jenggo said...

doa aku sentiasa ada dengan mu .

kadangkala hantu itu perlu ditonjolkan kalau ia melibatkan masa depan kita . selebihnya biar masa yang tentukan