1 Syawal
Along bangun awal untuk masak lodeh. Baru dia perasan, santan mungkin tak cukup. Tak pe, kuah cair sikit pun masih boleh makan lagi. Dah sudah masak, baru berasan akak aku tak masukkan kimcan (aku pun tak atu benda tu apa). Dah siap masak dah... tak yah la nak nyesal-nyesal.
Encik Bulat dapat nama baru sempena Syawal ni. M. Untuk montel, muncung, malas dsb...
Semua pergi solat raya. Macam tahun lepas, time imam bagi khutbah aje mata aku pun layu. Hahaha...itu tandanya syaitan dah terlepas dari rantaian. Jaga-jaga... Balik solat raya, packing lauk untuk jiran sebelah rumah dan makan. Lepak kejap, lepas tu pergi rumah Tok Yam. Meriah sikit.
Petang raya akak aku balik KL. Aku pun membuta la... dalam pukul 5 lebih adala anak-anak kecik datang beraya.
2 Syawal
Takde sape datang umah aku. Biasala. Aku pun meneruskan aktiviti membuta. Ahahahahhaha!
3 Syawal
Bangun awal untuk basuh kain. Makcik aku datang, so tak dapat la aku berlama-lama dengan tv. Rancangnya nak tengok Sanggetha. Novelnya menang anugerah apantah aku tak ingat. Malam nanti tengok Jangan Pandang Belakang. Dah bertahun tayang, baru sekarang aku tengok. Hahaha... biasala, aku memang bukan kaki wayang....
2 comments:
cikgu dah terkena sindrom duduk rumah shj syawal ni ya? awat tak berkunjung munjung~ ;p
waduh, bukan nggak mau sih...ayahanda bukannya boleh drive jauh2. saya sndri pun tak expert lagi bawak kete (nama je g skola bawak kete, tapi tak penah ikut jalan luar, suma ikut shortcut je..)
bukan tak mau..tapi ada kekangan...mungkin jua masih ada mood berkabung...
Post a Comment