Tahun ni aku bolkot penjual kelapa parut. Masakan untuk raya memang menggunakan santan, biasala masakan orang Melayu, tapi kami tak menggunakan santan sebenar. Untuk kari, kakak aku guna susu cair. Untuk lodeh, guna santan segera. Harga kelapa makin naik sekarang. Rasa macam tak berbaloi la pula kalau beli kelapa parut. Sebab tu awal-awal lagi aku dah beritahu akak aku, tahun ini tak akan ada rendang. Dah la guna kerisik, pastu pakai santan pulak. Kolestrol tinggi wooo...
Jadi, untuk daging, aku masak Daging Masak Ketumbar. Lauk biasa bagi orang Jawa, tapi tak berapa biasa untuk keluarga aku. Maklumla bukan Jawa sebenar. Bila dah kahwin campur campur, kadangkala apa yang sepatutnya di perturunkan hilang di tengah jalan. Lost in the middle of somewhere.
Semua di masak pada petang dan malam raya, kecuali lodeh. Oh ya, untuk ketupat, guna ketupat plastik je. Dah bertahun rasanya aku tak masuk ketupat daun. The last time that I can remember weaving coconout leaves to make ketupat, I slept in the middle of the process of weaving it. Dari tengah hari sampai ke petang, aku sorang je yang menganyam, sampai juling biji mata aku. Last-last aku tertidur. Sedar-sedar je, aku dah ada atas lidi kelapa. Itu pun sebab ada panggilan telefon.
That was the first time we cook everyting on our own. Sebelum ni, arwah yang buat, macam biasa, aku memang malas masak. Setakat tolong-tolong boleh la. But yes, last year I cooked, but still under close guidance from her.
What ever it is, semuanya boleh di makan. Sedap sangat tak de la, tapi boleh la. Ketua chef turun untuk memantau rasa masakan. Siapa lagi kalau bukan ayah aku!
p/s: tengah mask-masak, garam kasar habis! Nasib baik ada garam halus.
No comments:
Post a Comment