(rudy bluehikari kata, boleh tiru stlye penulisan dia, so, aku nak try ni)
Alif- Ramadhan 2006
Cabaran yang paling besar adalah untuk berlatih teater pada bulan ini. Pementasan akhir jua di lakukan dalam bulan Ramadhan. Pelik? Iya, seolah kami tak menghormati bulan suci ini. Tapi apakan daya, kekangan masa menuntut pengorbanan. Tapi yang bagusnya, inilah masa aku mula berlatih vokal (bercakap dengan kuat, menggunakan suara dari perut). Gembiranya rasa bila pementasan teater berakhir. Tapi aku juga merindukan berada di bawah limelight. Akahs! Gila glamour kejap.
Ramadhan yang sama aku perlu hadir kelas bola baling. Malam, selepas solat maghrib, saban minggu hari khamis, aku bertandang ke gelanggang. Penat memang tak di nafikan. Sehari sebelum 1 Ramadhan, kami menganjurkan match handball.
Hujung Ramadhan, aku memperoleh berat badan yang luar biasa. Kurus habis-habisan. Tapi lepas tu cepat je naik baik. Cessss!
Ba- Ramadhan 2007
Saban minggu aku pulang ke daerah S. Kesihatan mak dan ayah semakin merosot. Hinggakan untuk berpuasa pun tidak mampu. Ramadhan 2007 mengundang air mata yang tiada hentinya. Rejab dan Sya’aban yang berkunjung sebelumnya aku pergunakan secukupnya untuk berpuasa sunat. Hasilnya, berat badan ku turun lagi. Tapi kali ini, ia tidak naik semula, walaupun selepas Syawal. Mungkin jiwaku terganggu.
Tha- Ramadhan 2008
1 Ramadhan aku sambut dengan mengecat dapur rumah. Tiba-tiba dapur rumah ku ada feature wall! Ramadhan masih sama, tapi ada kurangnya. Mak tiada lagi di sisi. Mungkin Ramadhan tahun ini juga akan menguras banyak air mata. Ramadhan ini juga mungkin menyaksikan Ramadhan terakhir along ku berstatus solo. Aku? Usah di tanya. Masih belum berjumpa Chen-Chung mahupun Ziryad Zaim dalam hidup ku.
Kesimpulan: Ramadhan sememangnya bulan rahmat. Memang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Tapi jangan tiru style pemakanan aku. Takut nanti ada yang pengsan separuh hari. Selamat menyambut bulan Ramadhan!

No comments:
Post a Comment