Friday, September 19, 2008

Apa Ada Pada Nama?

Bagi sesetengah orang, nama melambangkan keperibadian seseorang. Contoh yang paling dekat bagi aku adalah seorang kenalan ku ketika di pusat matrikulasi. Mohd Arif. Orangnya searif namanya. Kearifannya terserlah apabila dia di kehendaki memberikan penerangan mengenai tugasan yang di berikan.

Tetapi, berapa ramai orang di luar sana yang benar-benar mempunyai keperibadian selaras dengan maksud nama mereka?

Aku pernah membebel pada pelajarku (I actually do not consider it as nagging, but instead, a tazkirah or talqin).

"Anda harus bersyukur dengan nama yang telah di berikan oleh ibu bapa anda. Mereka telah menjalankan antara tugas mereka yang terawal, iaitu memberikan nama yang baik, selaras dengan tuntutan agama. Maka seharusnyalah anda berperangai seperti makna nama anda. Tetapi anda tengok sendiri perangai anda."

Ramai yang terdiam. Tapi ada seorang pelajar yang menjawab semula. “Saya tak suka dengan nama saya cikgu”. Subahanallah, terkedu aku seketika. Ya, aku bukan guru agama, tapi dengan ilmu yang ada di dada ini, aku ingin memberikan serba sedikit peringatan kepada mereka. Kerana aku tidak mahu termasuk ke dalam golongan ornag yang rugi.
Mungkin kadang kala aku sedikit bias. Ya, kadangkala aku lebih melebihkan pelajar Islam-Melayu. Mungkin kerana aku sendiri Islam-Melayu. Aku mahu membantu anak bangsa sendiri. Umat Muhammad sendiri. Salahkah aku?
Bagi aku sendiri, aku sendiri tidak pasti samada perwatakan aku menzahirkan makna namaku. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba.
Dan kerana namalah kadang-kala seseorang boleh terpikat. Sejujurnya, aku menggemari nama Zamri. Kenapa? Kerana salah seorang juruhebah radio IKIM.fm bernama Zamri (Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin). Seorang lagi Zamri ialah Ustaz Zamri yang menjadi hakim untuk pertandingan Akademi Al-Quran, jua menjadi ‘tok guru’ bagi rancangan Mari Mengaji.
Jadi, adakah maksud nama anda melambangkan keperibadian anda? Renung-renungkan.

Maksud namaku…
-> of Arabic Origin
A Name Meaning “Light of God, the eye”
An enchanting story teller
She’s set for stardom
Capable of making the right decision
She spends her money wisely
Never diverted from a task
An enlightened individual
She has a soothing voice
With her life is a dream

No comments: